Siri 2 : EG MUM Sentapan Sayang MakYam & KakPetir



Carey Ng - Miss Universe Malaysia 2013

MakYam: Mana EG jutaRia? KakPetir rasa tertipu tak dengan elemen suprise? Mutiara kena tanggal balik ke simpan dalam peti besi. EG biru CN yang biru ni pula MakYam OK je kalau gi buang train tu di rentap gantung kat penyidai rumah. Maybe Alia Bastamam nak buat elemen surprise ke bila catwalk libas kain nampaklah detailing bahagian dalam tapi sori tak menjadi dan tak surprise langsung. Malas MakYam nak cakap lebih bab EG ni sebab MakYam tak suka EG mavam ni. Not my taste! 

KakPetir: Expectation KakPetir punyalah tinggi MakYam, setinggi gunung Everest bila kekonon MUMO & sponsor umum nak sponsor EG paling mahal di dunia dengan taburan mutiara laut masin tawar semualah. Bergempita dunia pageant around the world sebab jealous Malaysia bakal pakai EG nan meletop... Last last nan hadooooo uolss. Sori Alia Bastamam, KakPetir rasa material uols guna untuk EG electric blue Carey Ng ni macam dibeli kat Jakel jek, biasa jek mana janji sponsor nak tabur mutiara kat EG ni x ade pun, ke katarak mata KakPetir dah tebal sangat sampai x nampak. Sebenarnya design EG ni not bad, tapi KakPetir x suka bila train kain chiffon tu macam melekap menutup bahagian skirt EG, patotnya train dia kat belakang kan uolss.

MakYam : Nannnnnnn adoooo roti naaaan satu.

KakPetir serkup muka dengan penyapu lidi.





Sabrina Bennet - Miss Universe Malaysia 2014

MakYam:Antara EG terbaik pernah dihasilkan untuk MUM tapi sayangnya EG fiziwoo gold metallic ni sekadar hiasan di muzuim tak dipakai semasa prelim. Prelim pakai EG surprise rahsia pohon cemara. MUMO kan suka konsep rahsia last last nan adoooooo........

MakYam dalam hati menyanyi lagu TokTi Biarlah Rahsia.

KakPetir: Ok KakPetir nak declare yang EG hitam/gold metalic stripe FiziWoo design ni antara yang paling meletop untuk ratu kita. Bertuah Sabby dapat pakai EG gojes ni. Nampak expensive dengan rekaan EG yang fashion forward sampai banyak pengkritik fesyen letak EG ni dalam Top 5 Best EG tahun ni. Tapi sayang Sabby pakai EG lain untuk prelim. Walau boleh tahan EG rahsia Sabby, tapi impak dia tak sama dengan EG hitam/gold tu, nampak tertutup, sopan dan tak seksi.



Vanessa Tevi Kumares - Miss Universe Malaysia 2015


MakYam: Walaupun ramai yang kata VT memberi impak hubungan M & P tapi maaflah MakYam tetap tak boleh nak keluarkan asid amino nak cerakinkan kemenangan VT. EG yang hazabedah ni MakYam sakit mata tengok sebab tak sesuai dengan VT. Suka sangat konsep libas kain langsir kan. Tak paham MakYam. Apa kata buat jerutan leher je kain langsir tu. Apa kata KakPetir?

"Nak jerut leher sapa ek" fikiran MakYam melayang jauh.

KakPetir: Camne KakPetir nak cakap ek. EG ni actually taklah seburuk EG Levy Li, tapi tak sesuai untuk bentuk badan Vanessa yang agak thick dan boxy sampai hilang bentuk seksi yang nak ditampilkan Jovian Mandagie. Lainlah pemakai dia tinggi lampai dan kurus mcm ***** 😁... barulah sesuai kan uolss. Design Jovian kali ni agak old fashioned &  banyak kali dah diulang2 dalam banyak pageant. Tak membantu beri impak pada presentation Vanessa walau kain train EG ni panjang berjela2 tapi wow factor dia tetap tak sampai. Tapi KakPetir pujilah presentation Vanessa yang bersahaja, kalo KakPetir mesti dan tertumus muka cium stage sebab terpijak train yang berjela tu.

MakYam betulkan anak tudung sebab rambut dah terkeluar ke depan sambil menjeling KakPetir. Dalam hati MakYam "OMG Aurat!!!!!" 



Kiran Jassal - Miss Universe Malaysia 2016

MakYam: MakYam tahu KakPetir suka EG RR ni kan? 

Tanya MakYam kepada KakPetir sambil memotong kain kapan untuk dijadikan NatCos tahun ini. " Habis potong kain kapan ni , kalau MUMO masih ada elemen surprise elok talkinkan sekalilah senang" getus hati MakYam.

KakPetir: Suka lah juga. 

MakYam tertelan putung rokok mendengar jawapan KakPetir bagaikan terpana dipanah halilintir KakPetir.

MakYam: Bagi MakYam EG nampak mewah sebab dipakai Kiran. Kalau VT pakai EG ni nampak mengah. Lengan tu MakYam tak suka. Tapi keseluruhannya MakYam puji usaha RR ni. Ingat senang ke nak buat detailing nak jahit batu puaka Swaroski tu. Antara EG pilihan MakYam lah. Tapi MakYam tahu RR mesti lebih super kreatif dari ini. MakYam suka EG yang tak payah letak batu nisan pun tak apa, cukuplah menggunakan suntikan potongan dan elemen penuh dramatik pada design EG. Sbg contoh EG Freda Kahlo. 

Dalam hati MakYam " eh kain kapan dah ada, batu nisan dah ada , then talkinkan. Soalannya nak kuburkan kat mana pulak" 

KakPetir: Upgrade sangat EG rekaan Rizman Ruzaini (RR) ni daripada EG tahun 2014 dan 2015 I lah MakYam . Barulah nampak mewah dengan taburan ribuan kristal Swaroski kat serata EG. Dibantu dengan kegojesan Kiran, nampak cantik jek EG ni. Tapi KakPetir tak berkenan lah dengan bahagian lengan EG ni, rasanya kalau tak ada pun dah cantik. Fit EG ni pun nampak macam besar tak melekap habis kat badan Kiran, so impak dia agak mengganggu tumpuan KakPetir masa prelim, yang nampak material kain EG terkuak terkeluar sikit kat bahagian ketiak dan dada yang agak longgar. Tapi memang puas hatilah tengok hasil EG semewah ni.

# perbualan MakYam dan KakPetir dilakukan semasa sesi audition mencari wakil Miss YouNervous Malaysia 2018 sambil MakYam memotong kain kapan untuk NatCos 2019.

Comments

Popular Posts