Miss Grand Malaysia 2017

Miss Grand Malaysia : Harapan Baru Dunia Pageant Malaysia

Mr Jude Benjamin merupakan individu yang bertaggunjawab menjadi peolopor dunia pageant Miss Grand International di Malaysia. Bermula pada detik mendapatan lesen Miss Grand Malaysia pada tahun 2016, nama Miss Grand Malaysia mula menjadi perhatian peminat dunia pageant tanah air. Pemilihan Dr Ranmeet Jassal sebagai wakil Malaysia pada tahun 2016 telah membuahkan hasil apabila Berjaya meloloskan diri ke senarai top 20 Miss Grand International dan juga top 5 bagi National Costume by voting yang diilhamkan oleh Borneo Repubilc Creation Malaysia.



Pada tahun 2017, Miss Grand Malaysia telah mencipta sejarah apabila Berjaya diadakan di 3 buah negeri walaupun usia Miss Grand Malaysia masih lagi muda. Kejayaan mengadakan sesi pemilihan di Sabah di bawah kelolaan Mr Boii Naain , di Sarawak di bawah pengurusan Mr Gabriel Padan dan di Kuala Lumpur di bawah kendalian Mr Meris Louise menjadi bukti bahawa Miss Grand Malaysia mudah didampingi dan disenangi dalam kalangan “State Director” yang terlibat.
Usaha ini telah memberikan satu impak yang amat besar buat penjenamaan Miss Grand Malaysia bukan sahaja di Malaysia malahan juga di negara luar. Setelah berakhir 3 sesi pemilihan di ketiga-tiga buah negeri ini , dapatlah disimpulkan bahawa peserta yang mewakili negeri masing-masing adalah lebih bersedia dan mendapat pendedahan awal untuk berentap di peringkat National nanti.

Berikut merupakan sedikit info tentang juara bagi setiap negeri yang mengadakan pemilihan di peringkat negeri.


 Miss Grand Sabah : Felcy Fransie Julian
Miss Grand Sawarak : Fiolla Redup
Miss Grand Kuala Lumpur : Parveen Sidhu


Antara perkara menarik yang admin ingin ketengahkan di sini ialah usaha yang dilakukan oleh Miss Grand Kuala Lumpur dengan mengadakan Grand Final di Panggung Anniversary , Taman Botani , Kuala Lumpur. Venue pertandingan yang diadakan secara terbuka di luar kebiasaan dunia pageant di Malaysia yang lebih gemar diadakan di hotel-hotel mewah dengan sesi “dinner” berubah sekelip mata dengan sokongan padu dan jeritan para penyokong fans yang hadir. Suasana hangat semasa Grand Final Miss Grand Kuala Lumpur menunjukkan bahawa fans sudah lama menantikan sesuatu yang sebegini agar masyarakat lebih dapat menerima dunia ratu cantik di Malaysia. Adakah Grand Final Miss Grand Malaysia akan menggunakan konsep yang sama seperti Miss Grand Kuala Lumpur. Sama-sama kita nantikan finalnya kelak ada 5 August 2017.


Adakah Miss Grand Malaysia mampu memberi harapan baru buat peminat pageant Malaysia agar nama Malaysia kembali bertapak di dunia pageant antarabangsa? Sokongan daripada peminat pageant Malaysia seharusnya menjadi titik tolak kepada kebangkitan pageant Malaysia kelak. Apa yang pasti, Miss Grand Malaysia sudah semestinya memerlukan sokongan padu peminat pageant Malaysia. Andainya perkara asas ini tidak dapat dicapai, sudah pasti dunia pageant Malaysia akan tetap selamanya berada pada tahap yang sama sahaja.


Teruskan memberi sokongan buat Miss Grand Malaysia.


Admin mbpfc

#credit picture to the owner 
#credit picture watermark on pic

source pic Miss Grand Malaysia & Miss Grand Kuala Lumpur IG

Comments

  1. A good start for Miss Grand...walo ada lagi beberapa minor elemen kena improve especially penganjuran regional Miss Grand, tapi Miss Grand KL dah letak penanda aras baru dlm dunia pageant kita bukan lagi zaman penganjuran miss fun fair or miss buffet hotel lagi

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah miss grand... Semoga lebih sukses... Saya nak mencadangkan jika akan datang Miss Grand KL ditukar menjadi Miss Grand Semenanjung yg terbuka kepada wanita2 yg berpotensi di seluruh semenanjung Malaysia untuk bersaing dengan Miss Grand Sabah dan Miss Grand Sarawak... Trio 'S' ni akan bertanding dalam Miss Grand Malaysia.. Dan wildcard hanya diberikan kepada peserta2 yang join pertandingan sahaja.. Bagi saya kurang umphh klo wildcard diberikan pada individu yang tidak join mana2 pertandingan Miss Grand peringkat negeri... Sedangkan yang lain bersusah payah memberi komitmen diperingkat negeri tetapi tidak diberi peluang kedua.. Top 3 setiap pertandingan akan mewakili bahagian masing2.. Dan baki 6 spot dinilai oleh ND dan SD-SD berdasarkan potensi dan saingan yang boleh diberikan kepada 9 spot terawal tersebut... Top 15 akaan bertanding untuk rebut gelaran Miss Grand Malaysia dan Miss Intercontinental Malaysia nnti... Semoga terus maju organisasi Miss Grand Malaysia dan semoga dapat membeli lesen2 pageant lain terutama Miss International dan Miss Supranational Malaysia dari ERM...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts