Detektif Fesyen Bersama MakYam & KakPetir: Evolusi NatCos Malaysia

Detektif Fesyen Bersama MakYam & KakPetir: Evolusi NatCos Malaysia

MakYam dan KakPetir sebenarnya bangga bila belek2 NatCos Malaysia kat pelbagai ajang pageant kita alami evolusi yang membanggakan. Kalau dulu wakil Malaysia hanya pakai  pelbagai jenis kebaya simple untuk segment NatCos, sekarang rekaan NatCos kita semakin vasss & meletop ikut peredaran zaman. Jom tengok evolusi NatCos kita.





Josephine Lena Wong - Miss Universe Malaysia 1970

MakYam: Walau pic hitam putih, aura memukau Josephine berkebaya tembus terus ke mata hati sanubari MakYam. Simple yet elegant, ayu yet gojes.

KakPetir: Sweet gitu mak Andrea Fonseka ni pakai kebaya Kota Bharu dari fabrik songket/broked berkilat.Aura dia melimpah ruah dengan styling yang kena gaya, sebab tu bukan kejutan sangat Josephine lolos ke Top 15.



Datuk Yasmin Yusoff - Miss Universe Malaysia 1978

MakYam: Inilah definition glamor girl sebenar kan KakPetir. Zaman ni kebanyakan NatCos masih lagi simple & original tanpa penambahan segala bulu, manik, bling2 semua. Bila Yasmin muncul dengan aksesori emas bercucuk sanggul merelap relip, memang terkesima judges sampai tapau tempat ketiga Best NatCos.

KakPetir: Cantik sangat busana tradisi asli kita. Nampak mewah & classy. Yasmin antara ratu kita yang terawal bawakan busana Puteri Perak ke pentas antarabangsa. Berbaloi uolss sebab dapat tempat ketiga Best NatCos MU1978. Tulah kali pertama & terakhir dapat award kat MU uolss 😢



Lynette Mei - Miss Universe Malaysia 2000

MakYam: Dah macam promosi Tahun Melawat Malaysia pun ada bila MakYam tengok jelitawan berbaris macam ni. Tinggal nyanyi Malaysiaa Truly Asiaa je. Tapi comel lah si Lynette ni. 

KakPetir: Puteri Perak lagi uolss. Color dah cantik purple ngan yellow gitu tapi macam ada something yang tak kena kan uolss macam tenggelam. Maybe sebab Lynette petite & cucuk sanggul tu pun ala2 tak berapa nak meriah kot.



Tung Mei Chin - Miss Universe Malaysia 2001

MakYam: Jubah Muslimah pun boleh,  cuma tak pakai hijab jek.

KakPetir: Kebarung+ Baju Kelawar+ Baju Pelakon Opera Cina, final touch letak cucuk sanggul kat kepala. Confused KakPetir dik.



Karen Ang - Miss Universe Malaysia 2002

MakYam: Sama ada si Karen ni memang buat homework sebelum bertanding atau sponsor NatCos memang ikhlas sponsor. Nilah salah satu busana tradisi paling anggun & mewah wakil kita pernah bawa ke MU. Semuanya cukup perencah tak ada yang kurang & cacat cela. Letoppp.

KakPetir: Ini yang KakPetir suka & tak malu mengaku wakil Malaysia. Busana Cik Siti Wan Kembang Kelantan yang cantik & sedap dipandang. Head piece tu meletop dik non dengan juraian bunga emas lagi, barulah berdiri sama tinggi dengan wakil lain,  ginilah kalau nak compete kat ajang pageant international uolss, bukan setakat gi melancong jek ya.



Elaine Daily - Miss Universe Malaysia 2003

MakYam: MakYam nak buat confession yang memang MakYam teringin nak pakai masa wedding dulu, tapi sebab konsep wedding English Garden, terpaksa MakYam lupakan hajat terpendam. Tapi baju ni memang senarai teratas baju tradisi terfavourite MakYam.

KakPetir: Walau simple, tapi Elaine KakPetir rasa nak stay true dengan identiti asal busana Minangkabau Negeri Sembilan yang original gitu. Not bad lah kan uolss sebab memang camnilah wanita Minangkabau dulu2 pakai. Mak2 kita pun pakai macam ni masa dok bersanding tukar2 baju masa malam berinai kan uolss 😄



Andrea Fonseka - Miss Universe Malaysia 2004

MakYam: Lebih molek MakYam rasa kalau Andrea pakai sepersalinan penuh songket kalau nak pakai baju pengantin macam ni. Impak dia pasti lebih boom.

KakPetir: Sewa kat butik pengantin mana ek Andrea? KakPetir nak sewa gak lah nak pergi Anual Dinner company KakPetir bulan depan sebab tema dinner kitaorg Baju Pengantin. 


Angela Gan - Miss Universe Malaysia 2005

MakYam: Manis dan ayunya dah ada tapi perincian & detailing yang nampak murah cacatkan persalinan kebaya dengan bahu bertanduk ni.

KakPetir: Sori Angela, KakPetir dulu dah pakai baju broked emas macam ni masa terpilih menari tarian lilin zaman sekolah rendah lewat tahun 1980-an. Cikgu KakPetir jahitkan lepas beli kain broked sepapan kat Globe Silk Store dulu untuk kumpulan tarian kitaorang.



Adelaine Chin - Miss Universe Malaysia 2007

MakYam: Wow Junior Juice, happy nya dia ya. Sekurang kurangnya si Adelaine tak heret langsir bergerak macam peserta kat sebelah kiri dia tu kan.

KakPetir: Camne ek KakPetir nak cakap. Lawa corak & susunan manik kat baju ni. Dik, ko kan Ratu Semesta Alam Malaysia, nape bawa NatCos yang taraf pertandingan beragam sekolah dik. Downgrade sangat tau.

# nantikan sambungan edisi seterusnya
# MakYam tengah buat NatCos bertemakan "buah rambutan" 

Comments

Popular Posts