Miss Universe Malaysia Organization : Salam Perkenalan dari Kak Petir

Sendunya persiapan Sammy ke MU





Heloo uolss. Salam perkenalan daripada Kak Petir yang jauh nun di seberang Sungai Segget. Kak Petir buat kemunculan perdana lagi vogue ni lepas risau nasib ratu kesayangan ramai, Samantha Katie James aka Sammy, 23, yang dah menang mahkota Miss Malaysia Universe (MUM) sejak Februari lalu macam angin bayu sepoi bahasa gitu.

Pejam celik dah 5 bulan Sammy menang, kaedahnya kalau Kak Petir ikut plan diet coach beri dah boleh kurus tau..or kalau baby 5 bulan dah boleh menyiarap, betul tak?  Tapi persiapan Sammy ke Miss Universe Kak Petir tengok macam sendu,  suam suam kuku or non existence omputih cakap.

Bila Sammy menang haritu, Kak Petir adalah antara fans yang buat pulut kuning sebab terlebih happy bila first time pemenang MUM bukan jek 'mega favourite' ramai tapi ada aura seksi, sultry, fierce dan menggoda yang amat jarang ada pada pemenang MUM sebelum ini. Tapi sekarang Kak Petir macam dah penat & letih tertunggu buah durian belakang rumah yang tak gugur gugur walhal jiran tetangga dah mula tunjuk belang berlagak kekwat sebab durian yang diaorg tanam dah keluarkan hasil.

Kak Petir tengok jiran tetangga huruf P ngan I bukan main upload bagai perkembangan ratu diaorg ala2 Road To Miss Universe gitu. Sekejap post pasal catwalk lah, kelas make up lah, make over lah lepas tu photo shoot bertimbun timbun kalahkan top model sampai semua magazine, ratu diaorg tapau jadi penghias muka depan gitu. Sammy plak krik krik jek perkembangan. Tak ada pun nampak mana-mana magazine jadikan dia cover girl walhal status Sammy bukan calang calang tau..Ratu Semesta Alam Malaysia uolsss.

Kak Petir bukanlah nak salahkan Sammy, sebab tahu dia amat hardworking & gigih bertapa kat gym sampai body dia yang agak thick dulu sekarang langsing kurus meletop kababom. Sammy pun khabarnya sangat friendly melayan fans tegar dia & antara ratu yang rajin updates akaun media sosial dia. Dah la pandai bergaya, tu belum masuk bab make up yang memang flawless kalau dia make up sendiri. Kak Petir nak panahkan arjuna petir ni kat Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) yang kekonon suka berahsia & secretive sangat persiapan Sammy. 

Hello MUMO...wake up please. Tak ada langsung khabar berita pasal Evening Gown (EG) dan National Costume (NatCos) yang akan digayakan Sammy di pentas Miss Universe yang jadi elemen paling ditunggu tunggu peminat pageant apalagi pengumuman rasmi pereka fesyen yang mana diberikan tanggungjawab besar dan berat menghasilkan EG dan NatCos buat Sammy. Senyap sunyi krik krik jek.

Kalau tanya kat MUMO pun apa perkembangan preparation Sammy memang senyap seribu bahasa macamlah fans tegar macam Kak Petir ni tunggul kayu, tapi esok esok masa MU tau plak merayu menagih simpati fans macam kita vote kan. Nasiblah Sammy memang Kak Petir sayang, kalau tak dah lama Kak Petir nyanyikan lagu dangdut Kak Melah, Selamat Jalan Romeo kat muka MUMO.

Kak Petir nak juga tanya kat MUMO, ni uols semua dah busy buat road show MUM2018 serata alam semesta Malaysia, ada ke team yang pantau preparation Sammy or nan hado Sammy buat sendiri semua. Kak Petir ada gak risik risik kat orang yang rapat dengan Sammy tanya preparation dia, tapi memang Kak Petir pujilah kat Sammy,  memang dia tolak secara baik untuk share apa apa, sebab ada klausa kontrak yang dia tak boleh share apa apa selain MUMO yang umumkan sendiri. So Kak Petir respek kerana Sammy menjaga bab yang memang sensitif ni. 

Ratu jiran tetangga P ngan I  rasanya dah fasa akhir make over diaorg dah, apa lagi Kak Petir dengar khabar angin Miss Universe Organization (MUO) nak pentaskan final MU pada November ni...OMG sangat kan lagi 3 bulan kalau plan MUO tak ada perubahan.

Kak Petir nak sangat nasihatkan MUMO
lupakanlah taktik nak buat EG rahsia yang kononnya jadi senjata sebab tiap  kali MUMO kata ada EG rahsia, hasilnya nan hado gitu, below expectation kaedahnya. Bagi Kak Petir, x payahlah nak simpan simpan EG rahsia bagai yang kononnya amat gah hakikatnya Malaysia nak lolos ke bababk semifinal pun masih tercungap cungap kan uols. Kita bukan Venezuela, Philippines atau Colombia yang memang wajib lepas kat semifinal nak simpan EG rahsia bagai, baiklah all out kat prelims supaya mata judges ngan fans seluruh dunia terkesima dengan performance Malaysia.

Bagi Kak Petir, MUMO kena ikut apa yang Thailand aka Miss Universe Thailand buat tahun lepas, tunjuk semua EG & wardrobe yang Chalita akan pakai kat Manila masa sidang media khas. Thailand tunjuk semua masuk gak sampai Top 6 kan...tak ada pulak negara lain tiru EG hitam Chalita yang wow tu.

Kalau MUMO nak sangat main teka teki nak EG rahsia bagai, hasil dia perlulah lagi wow meletop kababom daripada EG yang diumumkan pada sidang media, kalau tak janganlah MUMO nak melatah kalau kena kecam peminat, nak nak kalau hasilnya sendu nan hambar gitu.

Harap MUMO tak padamkan kilauan sinar harapan last year apabila natCos KLCC Kiran Jassal yang dihasilkan Rizman Ruzaini (RR) viral dan diperkatakan seluruh dunia dek inovasi dan elemen pembaharuan yang ditampilkan. EG prelim Kiran pun dipuji walaupun  Kak Petir rasa RR boleh hasilkan EG lagi wowww dua kali ganda daripada yang aritu.

Walaupun, Kiran gagal lolos, namun Kak Petir puji jugaklah usaha dia yang gigih menonjolkan diri masa kat Manila malah dikagumi bekas 3rd Runner Up MU 2011 Shamcey SupSup selain barisan bekas Miss USA termasuk Nia Sanchez, Kristen Dalton dan Olivia Jordan, yang kata Kiran antara wajah paling gojes jelita kat batch MU2016. 

Kak Petir harap sesangat MUMO khususnya Elain Daily tak sia siakan Sammy sebab pakej yang dia ada mcm 10 tahun sekali pun belum tentu kita akan dapat lagi lepas ni. Pasti lepas ni ada fans yang cakap sabarlah Kak Petir, mesti MUMO dah baik punya planning dan ada perancangan, ok baiklah Kak Petir nak tunggu dan lihat jek, kalau sendu hasilnya, siap siap lah ya.

Kak Petir: Tu yang Kak Petir malas nak tulis apa yang tak puas hati, kan dah jadi karangan lebih 1,000 patah perkataan 😅

Comments

  1. Macam mana nak buat supaya MUMO dapat beri respon dan sedar tentang kehadiran peminat yg bukan hanya diperlukan masa vote saja malah sentiasa mengikuti progress Sammy... Tapi apa yang peminat dapat? Nothing... Tak pahamlah kenapa MUMO so slow... Did they hear our voices or just trash it? I thought after ED take over MUMO akan lebih gah... Tapi sebenarnya sendu jugak... Preparation so slow... Cadangan pernah diambil kisah ke? Hurmmm nothing has been change...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts