10 Atlit Wanita Malaysia Paling Memukau

Kejelitaan Wajah dan Kehebatan Aksi Atlit Wanita Malaysia Beri Inspirasi

KakPetir pun sama dengan rakyat Malaysia yang lain tengah 'demam' dek Sukan SEA KL 2017 yang sedang rancak berlangsung. KakPetir sanggup duduk berjam2 menghadap TV nak tengok aksi wira & wirawati kita yang berjuang demi nama negara gitu. Naik semua bulu roma KakPetir saksikan detik gemilang atlit negara berjaya dapatkan pingat emas baik dari renang berirama, memanah, bola jaring, ragbi, wushu, basikal sampailah pada gimnastik artistik.

Sambil2 tu KakPetir juga teruja melihat kekacakan dan kejelitaan atlit negara kita. Ramai betul atlit kita yang cantik2 dan kacak kan uolss. Dahlah berbakat kan uols, paras rupa pun elok jek sebab tu jadi idola semua rakyat Malaysia. Walau baru empat hari Sukan SEA KL 2017 sejak dirasmikan dah ada beberapa atlit wanita kita yang dah viral dan menangkap mata netizen. Hasil pemerhatian KakPetir sepanjang Sukan SEA KL yang sedang hangat berlangsung ni, hakak senaraikan Top 10 atlet wanita kita yang bukan saja berwajah gojes, cantik, jelita malah aura dan bakat dimiliki diaorang ni amat dikagumi ramai. 






First stop adalah gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi, 23, yang memilik paras rupa yang amat jelita dan dikatakan antara atlet wanita Malaysia yang paling menawan. Gadis kacukan Melayu-Kanada ini pernah memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA Singapura 2015 menerusi acara gimmastik artistik berpasukan dan senaman lantai. Malah malam semalam, Farah Ann dan pasukannya berjaya mengulangi dan mempertahankan kecemerlangan edisi lalu apabila sekali lagi merembat pingat emas dalam acara berpasukan pada Sukan SEA KL 2017. Selepas ni, Farah Ann juga akan bertanding dalam beberapa acara individu termasuk palang sejajar dan senaman lantai. Selain hebat dalam gimnastik, Farah Ann pun amat bijak apabila meraih 5 A dan 5 B dalam SPM 2011 dan selepas ini bertekad mahu jadi jurulatih gimnastik sepenuh masa bagi melatih bakat2 baru selepas bersara nanti.




Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, 26, adalah antara muka baru atlit bowling wanita negara. Syaidatul bukan sahaja berparas manis menawan malah dia adalah penyumbang pingat emas acara berpasukan wanita pada temasya Sukan SEA di Singapura, dua tahun lalu. Prestasinya pada awal tahun lalu tidak begitu baik selepas dibelenggu kecederaan belakang yang menyebabkan dia terlepas beraksi dalam beberapa siri kejohanan namun bertekad kembali menyinar pada Sukan SEA kali ini di KL selepas disahkan sembuh dan tersenarai dalam skuad bowling wanita. Antara pencapaian terbaik Syaidatul Afifah tahun ini ialah menduduki tempat ketiga kejohanan Terbuka Wichita Persatuan Boling Profesional Wanita (PWBA) di Amerika Syarikat (AS) dan berjaya ke separuh akhir Kejohanan Boling Piala Dunia di Shanghai.




Leong Mun Yee,32, adalah antara atlit terjun negara paling otai dan banyak pengalaman selain masih gigih bertanding di peringkat antarabangsa. Malah Sukan SEA KL 2017 adalah penampilan beliau dalam edisi ke-10 sukan ini 😱...Wow kan uolss..Mun Yee yang juga mempunyai paras rupa jelita ini berpengalaman bertanding di Olimpik 2000, 2004, 2008 dan 2012 yang kesemuanya atas meritnya sendiri selepas meraih mata dan ranking yang baik dalam pelbagai siri kejohanan dunia. Mun Yee adalah penerjun pertama negara yang layak bertanding di Olimpik pada edisi 2008 sebelum berjaya meraih pingat gangsa pertama negara dalam acara terjun Kejohanan Dunia 2009 bersama Pandalela Rinong. Mun Yee sudah memenangi 15 pingat emas Sukan SEA dalam acara terjun dan dalam misi mendapatkan pingat emas ke-16 dan bersara selepas mengumumkan Sukan SEA KL ini adalah pentas terakhir dia berbakti pada negara dan bersara.





Nama An Najwa Azizan, 20, terus meletop selepas kejayaan skuad bola jaring Malaysia tampil garang dan gagal dikalahkan dalam semua perlawanan awal sehingga lah ke final bertemu musuh tradisi kita, Singapura. Apalagi ini kejayaan skuad bola jaring negara menamatkan kemarau 16 tahun pingat emas di Sukan SEA. An Najwa menjadi sebutan & buah hati terbaru rakyat Malaysia bukan saja dek kemanisan wajah semulajadinya yang berkarekter malah ketangkasannya menjaringkan gol setiap kali mendapat bola. An Najwa juga tampil unik dengan gaya rambut bun tinggi setiap kali perlawanan pada Sukan SEA kali ini,  memiliki ketinggian 178 sentimeter (5′ 10 inci) persis seorang model, An Najwa sebenarnya bergiat dalam sukan olahraga (lompat jauh) sebelum beralih ke sukan bola jaring dek kelebihan ketinggian serta kepantasannya.
Kehebatan An Najwa dalam pasukan bola jaring negara sukar disangkal malah pada Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu, An Najwa dinobatkan sebagai MVP (Most Valuable Player) kerana ketangkasannya menjaringkan gol buat negara.




Amy Kwan,22,  adalah gimnas gimrana negara yang dijangka bakal memberi gegaran pada 26 hingga 29 Ogos nanti. Amy yang mempunyai paras menawan ini adalah pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, malah semakin cemerlang apabila berjaya merembat 5 gangsa di Kejohanan Gimrama Cabaran Piala Dunia di Portugal Mei lalu, sekaligus menewaskan ramai jaguh gimrama Eropah dan Asia yang jadi kuasa besar sukan ini. Amy dijangka tidak berdepan masalah menjinakkan pencabar lain di ASEAN dalam Sukan SEA kali ini berbekal reputasi hebat di peringkat dunia malah Persatuan Gimnastik Malaysia berhabisan kali ini dengan menempah pakaian gimrama yang berharga RM4,000 sehelai di samping mendapatkan khidmat kareografer gimrama bertaraf dunia dari Russia dan Jepun untuk tampil memukau nanti.




Nama Niena Azman, 30, atau nama sebenarnya Nur Izwani Azman, penjaga gawang pasukan Futsal wanita Malaysia tiba-tiba meledak sejak beberapa hari lalu apabila netizen tertawan dengan kejelitaan paras Niena yang mesra dipanggil Dekno ini. Niena yang juga jurulatih futsal di Academia de Futsal dan Putra Ria FC sebenarnya mula bergiat aktif mewakili negara dalam sukan futsal sejak 2004 dan pemain futsal yang cukup dikenali di arena futsal negara malah Niena pernah menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik. Tak sabar kan nak tengok aksi si jelita ni mengawal gawang negara dari dibolosi. Good luck Niena.





KakPetir cukup yakin, atlit seterusnya ini cukup dikenali di kalangan peminat pageant tempatan apatah lagi Tanalaksiumy Mahenthiran Rayer atau Tana,22, sudah viral selepas MBPFC memaparkan kisahnya yang bertanding dalam acara olahraga lumba lari 4x400 meter pada Sukan SEA KL 2017 kali ni. Tana yang mempunyai kecantikan unik dan menonjol ini juga cemerlang di atas trek kerana kuartet 4x400 yang dianggotainya berjaya mendapat pingat perak dalam acara berkenaan di Thailand bulan lepas. Seperti semua tahu, Tana adalah antara 17 finalis Miss Universe Malaysia yang kemudian bejaya mara ke Top 10 MUM dan akhirnya mencatat kedudukan ke-8 pada pageant yang dimenangi Samantha Katie James itu. Tana bakal memulakan saingan dalam acara olahraga pada 22 Ogos ini bersama-sama rakan sepasukannya. Good luck Tana, semoga berjaya dapatkan pingat emas untuk Malaysia ya.





Nur Dhabitah Sabri, 18, seorang lagi atlit terjun muda negara bagi KakPetir amat comel dan mempunyai identiti tersendiri kerana sering tersenyum sebelum membuat terjunan dalam pertandingan antarabangsa berbanding penerjun lain yang lebih serius sepanjang masa. Malah senyumannya yang sentiasa terukir di wajah Dhabitah membuatkan namanya menjadi sebutan dan meniti di bibir peminat dunia ketika dia bertanding di Sukan Olimpik Rio 2016 sehingga mendapat gelaran The Smiling Diver dan wajahnya dipapar dalam media dunia. Selain berjaya mengumpul peminat dari seluruh dunia, Dhabitah juga digemari pengulas sukan antarabangsa yang menyifatkan kehadirannya di pentas terjun dunia sebagai amat menyegarkan di sebalik senyumannya yang amat manis. Walaupun berwajah manis, Dhabitah juga dijangka bakal mengegarkan sukan terjun sedikit masa lagi berbekalkan reputasi hebat berjaya melayakkan diri ke acara terjunan dunia baik di Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia. Dhabitah turut cemerlang apabila berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform berirama di Sukan Komanwel Glasgow, walau berdepan cabaran jaguh penerjun dunia dari Kanada dan Australia. Beliau juga adalah pemenang dua pingat emas, masing-masing di Sukan SEA Myanmar 2013 dan Sukan SEA Singapura 2015. Lebih bermakna, Dhabitah mencatat sejarah negara sebagai atlit wanita pertama dan paling muda pernah diberi penghormatan bagi menyalakan obor perasmian Sukan SEA yang dilakukan dengan penuh stylo.





Seorang lagi atlit menawan negara yang muncul pada Sukan SEA KL 2017 adalah bekas balerina, Gan Hua Wei, 18, yang bikin sensasi dalam acara renang berirama apabila merembat pingat emas dalam acara Renang Berirama Solo (Teknikal)  mengenepikan cabaran Singapura yang mempunyai ranking lebih tinggi dari Malaysia. Pada Sukan SEA Singapura lalu, Hua Wei hanya sekadar menang pingat perak dalam acara sama. Kejutan dilakukan Hua Wei itu amat manis sekali sekaligus mencalar ego Singapura yang sebelum ini menyasarkan untuk menyapu bersih pingat emas dalam acara renang berirama. Menambah luka Singapura, Hua Wei bersama pasangannya, Zylane Lee,25, berjaya mempertahankan emas dalam acara rutin duet teknikal walaupun Singapura sangat berhajat merampas emas dalam acara itu selepas jaguh renang berirama negara, Katrina Ann Abdul Hadi bersara selepas Sukan SEA Singapura, namun kemunculan Hua Wei menggantikan Katrina Ann menghalang niat Singapura itu untuk dominan dalam acara renang berirama peringkat ASEAN.




Phoon Eyin, 21, adalah atlit wushu pelapis negara yang sedang meningkat naik selepas mengejutkan negara apabila tiba-tiba meraih emas di Sukan SEA Myanmar 2013 walaupun ketika itu baru berusia 17 tahun dan dihantar sekadar untuk meraih pengalaman pertama di peringkat antarabangsa. Eyin yang berwajah jelita ini kemudian membuat kejutan lagi apabila muncul sebagai juara dunia dengan menang dua emas pada Kejohanan Wushu Dunia ke-12 juga pada 2013 selepas penampilan sulung di Myanmar. Walaupun setakat ini Eyin sekadar meraih dua pingat perak dalam dua acara wushu iaitu qiangshu dan jianshu pada Sukan SEA KL 2017, Eyin dijangka bangkit dalam beberapa acara wushu yang lain kalau pun tiada rezeki Eyin untuk meraih emas kali ini, Kejohanan Wushu Dunia selepas ini menjadi medan terbaik Eyin menebus kehampaan dan muncul sebagai juara dunia sekali lagi.

Comments

Popular Posts