NatCos Sammy & Sanjna bakal bikin sensasi & kejutan?

Rekaan unik NatCos Sammy & Sanjna

Woww KakPetir teruja uolss bila dengar gossip terbaru NatCos yang bakal digayakan Sammy & Sanjna, dua ratu kesayangan ramai ni, double S gitu. Ada yang membisikkan kat KakPetir NatCos Sammy & Sanjna bakal meraih gegak gempita perhatian peminat pageant mahu pun rakyat marhaen Malaysia ala2 yang dicetuskan NatCos KLCC Kiran yang dihasilkan Rizman Ruzaini (RR) Januari lalu. Khabarnya perancangan rapi untuk menghasilkan 'mahakarya' untuk kedua2 ratu tu sedang giat berjalan. Nampak gayanya kedua2 team di belakang Sammy & Sanjna kali ini bukan main bersungguh lagi untuk menghasilkan rekaan NatCos spektakular bagi menonjolkan ratu2 berkenaan di pentas antarabangsa.



Walaupun cubaan team &  pihak2 di belakang dua ratu itu untuk menutup rapi & merahsiakan segala persiapan yang sedang dijalankan secara senyap2, namun sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke ribaan KakPetir juga akhirnya uolss..







Walaupun pereka yang diberi tangungjawab menghasilkan NatCos Sammy masih dirahsiakan namun seperti tahun lalu, MUMO khabarnya sekali lagi memilih konsep avant garde buat NatCos Sammy. MUMO katanya sudah menyenaraikan tema2 ikonik Malaysia yang dikenali ramai & dekat di hati rakyat negara ini untuk diterjemah sebagai karya rekaan agung gitu. Antara tema2 ikonik yang disenaraikan untuk direalisasikan sebagai NatCos Sammy termasuklah pengangkutan negara,  bangunan@binaan tersohor, jambatan, gunung, flora & fauna termasuk haiwan kebangsaan & bunga kebangsaan, kraftangan Malaysia dan budaya hidup Malaysia. Amboi vass kan, baru tema KakPetir dah teruja uolsss. Macam mana la agaknya rupa bentuk atau idea NatCos budaya hidup Malaysia tu ya. Adakah Sammy akan pikul set rumah kampung lengkap dengan orang kampungnya atas pentas MU nanti ker? 😁...




Untuk Sanjna pula, khabarnya dia akan ditampilkan dalam balutan mewah berunsur warrior princess dengan gabungan fusion unsur tradisi dan moden yang digabungkan untuk tampil lebih segar. Khabarnya tema ratu pahlawan tu akan digayakan dalam rona keemasan lengkap dengan hiasan kepala gah dan senjata. KakPetir harap costume untuk Sanjna dihasilkan dengan penuh teliti & kasih sayang supaya nanti tampil nampak expensive kebabom meletop. Sanjna bagi KakPetir berhak dapat NatCos hebat kerana potensi besar dia ditambah dengan kegigihan dia menyiapkan diri ke Miss Intercontinental walaupun ada banyak masa sebelum pertandingan akhir yang akan diadakan di India.




KakPetir dan semua fans pageants tempatan sangat berharap hasil NatCos untuk Sammy & Sanjna nanti akan tampil gah selepas NatCos Kiran meletop & viral sedunia Januari lalu. KakPetir yakin organisasi ratu kita mahu & berkebolehan mengekalkan momentum yang diraih tahun lepas kerana selepas ini mahu tak mahu, Natcos yang ditampilkan selepas ini akan dibandingkan dengan NatCos Kiran yang dijadikan kayu pengukur.




Untuk ratu yang lain pulak lepas ni, kalau susah2 sangat boleh guna pakai design NatCos Amman yang KakPetir tengok admin MBPFC upload kat fb aritu kan. Cantik & kreatif sangat kan uolsss. Paling KakPetir suka design Sirih Junjung, Sape, Sepak Takraw, Gasing..ehh semualah suka kaedahnya.


Sebelum ni pun KakPetir dah teruja dengan sketch design NatCos yang media influencer macam PK (Firdee Francouvinier Mindeng) hasilkan macam2 sketch NatCos dengan imspirasi Air Asia, bunga Raflesia, mutiara & tudung saji. KakPetir tertarik gagak ngan sketch NatCos konsep Keris Taming Sari yang pernah MBPFC post aritu tapi lupa pulak siapa yang design.

Itu maknanya kat Malaysia ni memang banyak bakat2 terpendam yang tak dicungkil dan diaorang pun tak tau nak salur ke mana selain hanya share kat media sosial atau share kat admin page pageant macam MBPFC kan. Kalau bukan sebab kekangan bajet, kepakaran dan lain2, KakPetir rasa Amman & PK mesti dah hasilkan NatCos tu untuk ratu2 kita pakai kan uols.

KakPetir sangatlah berharap organisasi pageant kat Malaysia ni macam MUMO serta lain2 jangan buat2 tak nampak bakat diaorang yang sepatutnya dipupuk dan dibantu untuk realisasikan rekaan NatCos yang dibuat tu. Bakat baru macam diaorang & KakPetir percaya ramai lagi yang ada kat luar tapi hanya senyapkan diri sebab tak tau nak salur kat mana design diaorang, kenalah disokong supaya kita ada pelapis untuk hasil rekaan NatCos yang lebih fresh, inovatif dan meletop. Sayang rasanya idea2 meletop tu terbiar sebagai sketch jek sampai bila2.

KakPetir: Tak sabar nak tunggu hasil akhir NatCos Sammy & Sanjna yang amat mengujakan itu 😘😘😍

Comments

  1. Bile Miss Intercontinental? dan bile Miss Universe? klo makin lambat, makin berdebar plak menunggu.... adekah MUMO menggunakan cara sama iaitu satu designer design EG n NC sekali untuk Sammy tahun ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Intercontinental 2017 - 1 Disember di Sri Lanka. MU pula 26 November di Planet Hollywood, Las Vegas, USA. Kalau pasal designer kena tunggu sidang media MUMO la uols yg dijangka akhir bulan Oktober ni.😊

      Delete
  2. Kak petir.. Sepertinya sammy suka idea air asia, pernah nampak sammy komen pasal air asia punya idea natcos. Suka btol dia.. Sangkaan ni ditambah lg bila sammy join airasia punya promosi ke sydney.. Hehe. Agak je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan uolss, pandai ya uolss menganalisis.. 😆..kena tunggu sidang media MUMO lah yg dijangka akhir bulan ni ya uols, adakah benar or tersasar speku uolss tu.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts