Rambut 'karat' atau hitam bersinar?

Warna rambut main peranan penting dalam beauty pageant?


Posting kali ni KakPetir nak berkongsi rasa trend warna rambut 'berkarat' or diwarnakan dengan pelbagai warna2 karat termasuk tona copper/tembaga, blonde/perang, coklat atau marron yang cukup disukai sesetengah finalis pageant tempatan. Malah ada pageant tempatan yang membuat make over khas mewarnakan rambut finalis mereka berikutan ditaja salon2 terkenal.

Bagi KakPetir memanglah tak jadi kesalahan untuk warnakan rambut finalis untuk naikkan seri wajah & serlahkan feature kecantikan mereka pada pageant nasional kita, namun jika bertanding ke peringkat dunia atau antarabangsa, wakil Malaysia perlu kembali kepada warna asal rambut mereka serta gadis Asia yang majoritinya mempunyai warna rambut hitam berkilat mahupun coklat gelap bergantung asal usul bangsa dan keturunan masing2. KakPetir rasa kadang kala kecantikan wakil kita bukan saja diganggu dengan color rambut karat yang tak perlu & nampak artificial malah menenggelamkan kecantikan sebenar ratu cantik kita. Ala2 tak ori kan uolss.



Bila KakPetir belek2 semula senarai wakil dari Asia yang sama ada berjaya mara sebagai semifinalis, finalis atau menang mahkota Miss Universe hampir kesemuanya berambut hitam berkilat dan mengekalkan warna semulajadi rambut mereka. Malah 11 pemenang MU daripada MU Iris Mitteranaere (2016) sehinggalah MU Zuleyka Rivera (2007) berambut coklat gelap (brunnette) dan hitam berkilat. Hanya MU Jennifer Hawkins (2007) berambut tona blonde. Selain Jennifer, Pia, Paulina, Gabriela, Olivia, Leila, Ximena dan Riyo Mori semua berambut hitam berkilat dan coklat gelap.


Di Miss World juga nampaknya pemenang edisi dari 2000, berambut hitam berkilat atau coklat gelap (brunnette) hanya empat Miss World terkini iaitu Alexandria Mills (2010), Ksenia Sukhinova (2008) Taťána Kuchařová (2006) & Rosanna Davison (2003) berambut perang/blonde. So KakPetir buat kesimpulan memang juri terutama dari benua Eropah, Amerika, Afrika or even Asia, lebih suka wakil berambut warna ori sama ada hitam berkilat atau coklat gelap yang ternyata lebih jelita bagi diaorang. Malah memang diketahui umum orang2 Amerika dan Eropah sangat mengagumi warna rambut hitam berkilat yang bagi diaorang amat esotik & seksi, so KakPetir tak nampak apa relevannya ratu cantik or wakil kita perlu mengubah warna rambut mereka ke warna2 karat, yang hanya membuatkan diri mereka lebih tengelam dengan peserta Asia dan negara lain. Nampak macam remeh jek kan uolss, tapi sebab2 yang remeh temeh ni la yang selalu buatkan wakil kita gagal menyerlah ketika bertanding di peringkat dunia.

KakPetir senaraikan beberapa wakil dari Asia yang berjaya mara ke babak semifinalis, finalis or even menang mahkota MU yang kesemuanya berambut hitam berkilat uolss.




Pertamanya, siapa yang tak kenal dengan sensasi Thailand, Chalita Suansane or nama manjanya Chaling yang tampil seksi dan penuh yakin pada malam final MU 2016. Rambut Chalita yang hitam berkilat digayakan dengan style belah tengah pada segmen swimsuit sehingga menonjolkan keunikan wajah Asia Chalita yang seksi menggoda. Chalita tampil anggun dengan bun di atas kepalanya pada segmen EG sekali gus saling melengkapi EG hitam dia yang super meletop.




KakPetir tak lupa pada kegojesan Kurara Chibana, Miss Japan yang hampir menang MU 2006 selepas dikalahkan Zuleyka Rivera. Bagi KakPetir Kurara muka oriental yang amat jelita dengan body yang solid, catwalk padu tak lupa rambut hitam berkilat yang digayakan dengan style belah tengah untuk segmen EG dan Swimsuit. Bayangkan kalau Kurara warnakan rambut dia dengan color karat, mesti hilang & tenggelam kegojesan dia kan uolss. Jepun akhirnya menang mahkota MU tahun berikutnya apabila Riyo Mori (MU2007) mengalahkan wakil Brazil di tempat kedua. Riyo yang berambut hitam berkilat dengan style wavy ombak manja meletop dengan catwalk ampuh & presentation EG dramatik ala2 menebar skirt EG ke udara gitu.




Antara ramai2 Miss Philippines ke MU, Miriam Quimbao - Miss Philippines 1999 antara favourite KakPetir. Miriam adalah makna sebenar ratu paling elegant dengan presentation EG antara paling flawless & anggun KakPetir pernah saksikan di pentas MU apalagi EG dia pun memang kena dengan styling overall dengan rambut hitam dia yang di style kan low bun gaya2 nenek kita bersanggul. Meletoppp, KakPetir terkesima tengok Miriam masa EG. Masa SS pulak, Miriam just lepaskan rambut hitam berkilat dia yang just disikat rapi ke sisi. Walau Miriam pakai one piece SS tapi body dia yan solid dan modelesque membuatkan dia dapat high score masa SS. So memang kenalah Miriam dianugerahkan Miss Elegence Herbal Essence & first runner up pada Botswana malam tu. Philippines pun terus mengganas berjaya ke Top 5/ Top 6 bermula dengan Venus Raj (2010), Shamcey SupSup, Janine Tugonon (1st Runner Up MU 2012), Ariella Arida, MJ Lastimosa (Top 10 2014) sebelum akhirnya menang MU apabila Pia Wurtzbach menyingkirkan Colombia. Mereka semua berambut hitam berkilat tanpa satu pun wakil mereka 'mengaratkan' rambut masing-masing.



Kalau disebut wakil Asia Tenggara ke MU yang lolos ke semifinal, tak lengkap kalau KakPetir tak sebut wakil Indonesia yang berjaya lolos ke semifinal MU sejak Artika Sari Dewi (2006) , Elvira (2014), Anindya (2015) dan Kezia (2016) yang kesemuanya berambut hitam berkilat. Bagi rakyat Indonesia warna rambut asli mereka yang berwarna hitam perlu dipertahan dan dibawa bertanding ke peringkat dunia sebab itu dah jadi jatidiri diaorang malah fans pageant kat sana lagi lantang mengkritik ratu diaorang kalau lihat color rambut ratu diaorang bukan warna asli. KakPetir hanya nak sentuh pasal Whulandary Herman (MU Indonesia 2013) yang gigih mewarnakan semula rambutnya ke warna asal hitam berkilat untuk ke MU walaupun sebelum itu dia menggayakan rambut dengan warna coklat gelap yang seakan warna hitam juga. Kegigihan dan sikap tak ambil mudah Whulandary tu perlu dicontohi ratu kita.





KakPetir tak lupa pada India yang juga negara powerhouse sebelum tempatnya diambil alih Philippines. Wakil India paling menonjol sudah pastilah Sushmita Sen (MU1994) wakil India pertama dinobat Miss Universe dan Lara Duta (MU2000) yang dianggap ramai pageant expert MU terbaik pernah wujud di muka bumi ini. Sudah pasti kedua2 nya mempunyai warna rambut hitam berkilat dengan kedua2 nya mengayakan high big bun masa EG round. Sushmita juga mencatat sejarah kerana sehingga kini memegang rekod finalis MU yang memakai anting2 paling besar di MU. Trend anting2 besar  yang dipakai Sushmita kemudian ditiru calon MU pelbagai negara selepas dia.

Oleh itu, KakPetir membuat kesimpulan yang rambut bewarna hitam adalah warna rambut yang paling disukai judges kerana keupayaan nya menonjolkan kecantikan semulajadi & eksotik peserta atau wakil ratu dari Asia. Bukanlah warna rambut lain tak boleh atau susah nak menang ratu cantik, tapi rasanya keistimewaan warna rambut semulajadi Asia yang hitam berkilat seakan sudah menjadi identiti gadis Asia dan ia juga sering menimbulkan sisi misterius wanita rumpun kita.

KakPetir: Ratu cantik Malaysia tak payahlah hilangkan seri diaorang kekonon nak tampil moden & menonjol warnakan rambut dengan tona 'karat' tapi last2 jadi buruk jek kan uols 🤐

Comments

  1. sammy sgt cantik kalo diluruskn rambut mcm chalita..pic sammy rambut lurus nampk elegent n sesuai dgn dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Sammy sesuai berambut lurus hitam berkilat ala2 top model... chic & vogue sangat kan uolss. 😊

      Delete

Post a Comment

Popular Posts