Ratu Etnik Cina Malaysia ada ke yang jelita?

Jelitawan Ratu Cantik Etnik Cina Malaysia


Berdentam-dentum guruh & petir kat langit bila ada 1 pertandingan tu makotakan ratu baru dia. Eh bukan Miss Grand Malaysia semalam ar uols..yang pageant sebelum tu. Ramai fans pageant kita pun berduyun2 meroyan kat fb rasmi ratu tu. Kelass uolss. Kalah KakPetir kena caras ngan uolss gitu 😄

Sampai ada pula dakwaan kata fans yang tak sokong & terima kemenangan ratu tu sebagai racist. Motif sangat kan uolss, kalau ratu tu gojes meletop bak bidadari macam Zhang Zilin (Miss World 2007), gila fans semua tak bersorak ria sambut kemenangan dia kan uolss. X kisahlah bangsa apa ratu tu, India, Punjabi, Cina, etnik Sabah, Sarawak, Pan Asian or even Orang Asli, kalau layak, pasti kita semua sokong dan dukung tanpa berbelah bahagi kan uolss.

KakPetir tak berminat langsung nak buat ulasan selari ratu tu, hilang selera uols. Tapi KakPetir nak tunggu & lihat jek sebab team ratu tu dah yakin bebenor gamak nya, siap keluar tagline 'prove them wrong' kan. Ok, kita nantikan detik bersejarah itu.

Sementara kita semua menunggu sejarah baru itu tercipta, jom kita lihat ratu cantik etnik Cina Malaysia yang gojess kababomm yang bukan saja menjadi idola fans pageant kita malah terselit dalam dalam lipatan sejarah ratu tempatan kerana kecantikan mereka. Kepada penganjur pageant kat luar tu jadikan ratu yang KakPetir senaraikan ni sebagai kayu ukur kalau nak hantar wakil Malaysia di kalangan etnik Cina atau berwajah Oriental di masa depan, sama ada pakej kecantikan setaraf or lebih baik daripada diaorang ni, kalau tak mahu gak ambil pengajaran, nanti kena carut berjemaah jangan pulak ugut2 nak banned fans bagai kan uolss.






First stop, Lina Teoh - 2nd Runner Up Miss World 1997 & Queen of Asia & Oceania. Lina bukan saja antara ratu cantik kegemaran KakPetir malah KakPetir letak Lina di taraf2 ratu cantik legenda negara kita. Walaupun Lina anak kacukan Cina-Belanda, tapi wajah dia kental berindentiti Malaysia, dengan mata sedikit sepet dan kulit sawo matang. Apa yang buatkan Lina begitu mempesonakan adalah personaliti dia yang bersahaja, real dan berbekal kebijaksanaan dan keunikan wajahnya yang jelita. Pakej sempurna itu buatkan nama Lina terpahat sebagai ratu Malaysia paling berjaya mencapai kedudukan paling tinggi dalam mana2 pageant dunia. Dengar khabar gak Lina akan mengambil alih tampuk francais Miss World Malaysia mulai tahun depan, sangat excited kan uols, harapnya Lina berjaya kembalikan zaman emas Miss World Malaysia macam zaman kegemilangan dia dulu.






Siapa kata ratu cantik Malaysia berdarah Cina asli tak ada yang gojes dan cantik meletop. Josephine Lena Wong - Miss Universe Malaysia 1970, buktikan dia antara ratu etnik Cina kita yang kababomm. KakPetir suka tengok kecantikan wajah Josephine yang klasik & memukau. Inilah wajah gadis Cina asli yang cantik jelita, kalau hantar ke pageant peringkat dunia, tak ada fans yang berani pertikai. Ramai yang tak tau Josephine & wakil Miss Universe 1970 dari negara lain berkampung kat Jepun masa minggu pageant MU 1970. Masa tulah diadakan pertandingan ratu selingan sampai Josephine tapau menang Miss Expo Queen 1970 kat Jepun dan dimahkotakan oleh Miss Universe 1969 Gloria Diaz dari Philippines. Kecemerlangan Josephine kat Miss Universe 1970 berterusan semasa final MU yang diadakan di Miami, USA apabila gadis Cina dari Ipoh, Perak ni bukan saja tersenarai Top 10 Best In Swimsuit malah jadi wakil Malaysia yang pertama dan terakhir lolos ke babak Semifinal sebagai Top 15 di MU. Meletopp kan uolss.





Selain Josephine, KakPetir turut kagumi kejelitaan Soo Wincci - Miss World Malaysia 2008 yang amat gojesss. Wincci pun gadis Cina asli yang berjaya raih perhatian pageants fans seluruh dunia dengan kemulusan kulit putihnya yang flawless hingga digelar Barbie Asia & Malaysian Sensation. Sape kata fans Malaysia tak suka & sokong ratu Malaysia etnik Cina kalau dah memang sedia gojes macam Wincci kan uolss. KakPetir ingat lagi Wincci telah memukau fans dunia masa segmen Top Model Miss World 2008 dengan kejelitaan dia. Pencapaian Wincci pun cemerlang sebab berjaya raih Top 12 Talent Miss World 2008, Top 20 Beauty With Purpose dan Top 32 Top Model. Paling meletop, Wincci disenaraikan Hollywood's Independence Critic di tempat ke 91 dalam senarai 100 Wanita Paling Jelita Dunia 2013 dengan mengalahkan ramai jelitawan dunia di belakangnya termasuk Rosie Hutington Whiteley (Pelakon Transformers & Model Victoria Secret) & Amanda Seyfried ( Pelakon Terkenal Hollywood).




KakPetir tak lupa pada Arriana Teoh Lai Poh - Miss World Malaysia 1997. Arriana adalah kesinambungan zaman emas Malaysia di Miss World selepas kecemerlangan Rahima Orchient Yayah Miss Malaysia World 1994. Arriana yang juga seorang Chindian mempunyai kecantikan semulajadi memukau dan mempunyai personaliti yang cukup tenang selain bijak sehingga disenaraikan sebagai Top 10 Miss World 1997 yang akhirnya dimenangi Diana Hayden dari India. Sayang Arianna agak gugup ketika sesi speech Top 10 Miss World 1997 kalau tak, KakPetir amat yakin Arianna mampu mara ke Top 5.





Seorang lagi ratu Malaysia etnik Cina yang gojes dan cantik bagi KakPetir adalah Trincy Low Ee Bing yang juga pemenang berganda dan mewakili Malaysia dalam dua pageant terbesar dunia iaitu Miss World Malaysia 1995 dan Miss Universe Malaysia 1997. Kejelitaan Trincy yang juga gadis Cina asli memang menyerlah sehingga dia diletakkan sebagai antara ratu cantik Asia pilihan ramai ketika MU 1997 di Miami selain India. Kegojesan Trincy juga amat menyerlah di Miami walaupun ketika prelims dia diletakkan dalam kumpulan maut bersama mega favourite ketika itu termasuk wakil Curacao, Verna Vasque, Denny Mendez, Italy, dan Ana Rosa Brito, Puerto Rico, kejelitaan Trincy tak tenggelam dan setaraf dengan mereka. Verna, Denny dan Ana semuanya mara ke Top 10 ketika finale, bagaimanapun nasib tak menyebelahi Trincy. Namun Trincy terus mencuba pageant Mrs World 2009 dan akhirnya tersenarai sebagai Top 12 ketika itu.


Ramai fans mungkin tak tau, pada 2005 Malaysia menghantar Winnie Chan ke Miss International 2005 di Jepun yang menjadi hot favourite sejaj dia jejak kaki kat negara matahari terbit itu. Kejelitaan Winnie yang juga gadis asli Cina Malaysia itu mendapat perhatian meluas portal2 pageant antarabangsa apalagi zaman itu bermulalah era populariti pelbagai portal majalah dan forum pageant antarabangsa termasuk Global Beauties yang membuat coverage meluas pageant dunia. Winnie ketika itu disifatkan sebagai antara front runner yang bakal mengungguli Miss International dengan rambut hitam lurus panjang sehingga paras dada selain kulit putih mulus bak salji. Malah kegagalan Winnie lolos ke babak semifinal bukan saja amat mengejutkan pageant expert dunia apalagi Malaysia amat jarang hantar wakil gojes dan kuat di ajang Miss International malah Global Beauties pernah membuat artikel dedikasi khas buat Winnie dan menamakan segmen itu sebagai If She Was There, yang kemudian menjadi antara artikel tetap GB setiap tahun.




KakPetir tak lupa pada kejelitaan Carey Ng - Miss Universe Malaysia 2013, walau ada fans cukup tak suka nama dia disebut2 lagi, namun kita tak boleh nafikan hakikat yang Carey Ng antara wajah wakil Cina asli kita yang cantik dan perlu dijadikan contoh pada organisasi pageant kita yang mahu hantar wajah Oriental ke pageant. Kalau wajah finalis mereka tak mencapai sekurang-kurangnya standard kecantikan Carey tu maknanya finalis mereka tu bukan saja nan hado di bawah piawaian malah bakalan dikecam berjemaah. Carey Ng juga pernah dipuji judges prelims MU2013 sebagai antara finalis yang mempunyai wajah paling gojes dalam batch peserta MU2013 di Moscow, Russia. Carey juga sering menjadi pilihan krew penerbitan MU apabila dipaparkan dalam footages aktiviti finalis MU di Moscow yang kemudiannya disiarkan ketika siaran langsung MU. Walau Carey gagal lolos ke semifinal, Carey diberi blocking di tengah2 pentas utama MU membuatkan wajah Carey sentiasa disorot kamera dan dipaparkan di kaca televisyen ketika siaran langsung bersiaran.


KakPetir: Siapa kata kita tak ada gadis etnik Cina gojes jelita. Ramai kat luar tu cuma organisasi ratu suka sangat nak up kan kroni & suku sakat diaorang jek kan..oppss 🤐



Comments

Popular Posts