Sanjeda & Sanjna Bakal Gegar Pageant Antarabangsa

Dua jelitawan beri sinar harapan baru Pageant Malaysia


KakPetir teruja dengan keputusan Miss Grand Malaysia 2017 yang pertama kali diadakan tetapi membuat pilihan pemenang yang bukan saja disifatkan tepat malah direstui serta diraikan peminat pageant tempatan. Sanjeda John & Sanjna Suri memang mendominasi carta pageant expert dan menjadi finalis pilihan peminat sejak mereka tersenarai sebagai finalis Miss Grand Malaysia 2017.



Sanjeda dan Sanjna turut mencatat sejarah baru kerana masing-masing menjadi wakil Malaysia ke Miss Grand & Miss Intercontinental dalam pertandingan peringkat nasional yang pertama kali dianjurkan negara kita untuk memilih wakil rasmi. Sebelum ini wakil Malaysia ke Miss Grand International hanya di hand picked/dipilih penganjur. Malaysia juga hanya pernah 2 kali menghantar wakil ke Miss Intercontinental pada 2014 dan 2015, walaupun pertandingan ini sudah diadakan sejak 46 tahun lalu. Ia menjadikan Sanjna sebagai wakil kedua Malaysia yang bertanding secara rasmi di peringkat nasional sebelum dihantar pada pageant peringkat dunia selepas Nicole Bungan yang mewakili Malaysia ke Miss Intercontinental 2015, yang dipilih pada pertandingan Miss Global International Malaysia 2015.



KakPetir bertambah teruja bila dapat tau organisasi Miss Grand Malaysia (MGM) kali ini lebih all out & bersungguh menyiapkan Sanjeda & Sanjna untuk mewakili negara. Kagandahang Flores (KF) organisasi pelatih ratu cantik terkenal dari Filipina diberi tugas untuk melatih Sanjeda & Sanjna dari pelbagai aspek dan khabarnya krew KF akan turun ke Kuala Lumpur tidak lama lagi bagi memulakan sesi latihan.

KakPetir dapat rasakan Sanjeda & Sanjna bakal meraih 'sesuatu' di peringkat antarabangsa berikutan keduanya adalah otai atau pageant veteran yang banyak menyertai pelbagai pageant sama ada di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa.



Sanjeda John jelitawan kelahiran Sabah daripada etnik Dusun dan India ini contohnya berpengalaman menyertai Miss Earth Sabah 2015 sehingga meraih  tempat ketiga dan dinobatkan sebagai Miss Sabah Earth (Water). Dengan kemenangan itu, Sanjeda diberi peluang bertanding di Miss Earth Malaysia 2015 yang akhirnya dimenangi Danielle Wong.
Berbekal dengan pengalaman bertanding di peringkat negeri dan nasional pada ajang Miss Earth Malaysia, Sanjeda kembali dengan lebih bersedia dan kuat apabila mencuba pula Miss Grand Sabah 2017. Seperti diduga, Sanjeda meraih tempat kedua di Miss Grand Sabah 2017 dan menerima gelaran Miss Intercontinental malah turut merembat menerima tiga gelaran sampingan iaitu Miss Body Beautiful,  Miss Popular dan Best Evening Gown, hasil rekaan Jamier Ramos Monteron.




Berbekal pengalaman luas Sanjeda bertanding dalam pageant dan senjata utamanya, catwalk ampuh & pasarela yang meletoppp, bukanlah satu kejutan Sanjeda berjaya membuat juri Miss Grand Malaysia 2017 terpesona sehingga menyakinkan mereka Sanjeda paling berhak mewakili Malaysia ke Miss Grand International yang bakal berlangsung di Vietnam, 25 Oktober nanti. KakPetir dapat tahu, Sanjeda mulai mengumpul peminat antarabangsa terutamanya dari Thailand dan Indonesia yang ternyata kagum dengan catwalk dan pasarela dipamerkannya terutamanya pada segmen swimsuit pada Miss Grand Malaysia 2017. KakPetir juga yakin skill komunikasi Sanjeda yang baik akan diasah menjadi lebih cemerlang oleh pelatihnya nanti,  apatah lagi dia seorang gadis yang bijak yan sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Sains Bioperubatan. KakPetir harap Sanjeda teruskan usaha memantapkan diri, mengikuti semua latihan yang disediakan MGM dengan tekun dan tidak lupa sentiasa merendah diri, tidak mustahil Sanjeda akan menempa sejarah baru pageant tanah air di Miss Grand nanti.





Menyorot pengalaman luas Sanjna Suri dalam dunia pageant pula, KakPetir sebenarnya kagum dengan kegigihan graduan bidang farmasi ini untuk mentransformasi diri dari gadis yang berisi dan chubby sehingga tampil langsing menggoda semata-mata demi meneruskan minatnya bertanding dalam pelbagai pageant dan modelling contest. Bayangkanlah Sanjna berjaya hilangkan lebih 20 kilogram demi mencapai berat yang diidamkannya untuk memastikannya dirinya kompetitif bersaing dengan peserta lain. Sanjna mula bertanding dalam pageant pada 2014 di Miss Malaysian Indian Global dan hanya meraih gelaran sampingan iaitu Miss Web Popular.  Berbekal pengalaman serta badan yang lebih langsing, Sanjna kemudian diberi peluang mewakili Malaysia di pertandingan antarabangsa pada Miss Scuba International 2015 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun tidak berjaya ke Top 5, pengalaman bertanding bersama finalis antarabangsa memberikannya pengalaman berharga.



Tidak putus asa, Sanjna mencuba pula pertandingan modelling, Asia Model Festival Face of Malaysia 2017 dan memenangi tempat ketiga di bawah bimbingan model tersohor, Amber Chia. Dengan kemenangan itu, Sanjna turut berhak mewakili Malaysia di Asia Model Festival Awards di Seoul, Korea, Jun lalu. Walau tidak berjaya meraih kemenangan, Sanjna sekali lagi amat bertuah kerana berpeluang meraih pengalaman di pentas antarabangsa dalam pertandingan yang amat kompetitif itu. Pendedahan pada pertandingan model antarabangsa itu membuatkan rezeki Sanjna dalam bidang modelling semakin murah apabila pereka fesyen antarabangsa yang menghadiri Asia Model Festival Award di Seoul, Korea tertarik untuk menggunakan khidmat Sanjna untuk peragaan koleksi pakaian mereka. Antara pereke fesyen yang menggunakan khidmat catwalk Sanjna termasuklah dari  Mongolia, Korea Selatan,Indonesia dan pereka Malaysia. Malah Sanjna turut dilantik sebagai salah seorang model syarikat kosmetik Korea Selatan, Korean Skincare Mode dek kejelitaan uniknya.

 Peluang datang lagi kepada Sanjna apabila MGM menyenaraikannya sebagai peserta Wild Card sekaligus melayakkannya bertanding di final Miss Grand Malaysia 2017, Sabtu lalu. Dan kali ini, Sanjna mempergunakan semua pengalamannya yang ada sehingga akhirnya memenangi Miss Intercontinental Malaysia 2017 dengan mengalahkan pemenang peringkat negeri lain. KakPetir turut mengagumi Sanjna yang memiliki kejelitaan yang amat universal dan yakin dia mempunyai kemampuan untuk menyinar di peringkat antarabangsa dengan latihan dan persediaan yang sudah diatur MGM.




Bagi KakPetir, Sanjeda & Sanjna bak permata yang hanya perlu digilap sedikit lagi bagi membolehkan sinaran mereka mengegarkan pageant antarabangsa. Mereka berdua antara pemenang pageant nasional yang sudah bersedia untuk dihantar bertanding kerana cukup pakejnya termasuk memiliki kecantikan, potongan badan yang meletop, catwalk yang mempesona dan kebijaksanaan untuk menjawab soalan pada sesi Q & A dan speech nanti. MGM hanya perlu memastikan wardrobe terutama EG dan NatCos mereka buat dua ratu ini perlu yang paling meletop, cantik dan sesuai dengan gaya masing-masing. Buat Sanjeda & Sanjna, selamat berjuang di pentas antarabangsa, ini waktu kamu untuk bersinar dan mengharumkan nama negara.

KakPetir: Teruja sebab selain Sammy, KakPetir tak sabar nak lihat aksi Sanjeda & Sanjna di pageant antarabangsa mereka  😍😍


Comments

Popular Posts