Sammy : Penantian Mu Bakal Berakhir

Rona Hidup Sang Ratu - Samantha Katie James

Bercucuran air mata KakPetir bila dapat tau onak duri liku2 hidup ratu kesayangan ramai yang juga Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James @ Sammy. Dari kecil rupanya Sammy dah diuji pelbagai ujian dan cabaran hidup yang penuh gelora.


Paling buat hati KakPetir tersentuh, di saat Sammy berjaya menjadi Miss Universe Malaysia 2017, Sammy sebenarnya dah lama gigih mengesan & mencari ayah kandungnya yang tak pernah dia kenal apalagi bersua muka. Sampailah Sammy masuk ke bidang modelling yang membawa dia merantau hampir ke semua pelusuk dunia dari usia 17 tahun dengan misi bukan jek untuk bekerja cari duit tapi lebih penting dapat menjejaki ayahnya. Sammy hanya tau bapanya adalah seorang lelaki Brazil dan bertekad mengesannya satu hari nanti. Betapa besar kerinduan Sammy untuk seorang lelaki bernama ayah kan uolss 😢.




Rupanya kisah duka lara Sammy bermula sejak dia kanak2 lagi uolss. Sammy terpaksa diserahkan kepada jagaan keluarga angkat sejak dia berusia 2 tahun kerana ibunya seorang ibu tunggal perlu bertungkus lumus bekerja mencari duit untuk diaorang berdua, walaupun pedih hati ibu Sammy untuk berjauhan daripada puteri kesayangan dia, pengorbanan itu terpaksa dibuat demi membolehkan Sammy mendapat penjagaan, tempat berteduh dan masa depan lebih sempurna & terjamin di kala sang ibu keluar membanting kudrat mencari duit. Sammy beruntung kerana dijaga seorang nenek berketurunan India yang tegas mengajarnya menjadi wanita yang kuat termasuk pandai membuat kerja rumah, berdikari dan  sentiasa berdisiplin. Walaupun tegas, nenek angkatnya melayan Sammy dengan kasih sayang seperti cucunya sendiri. Sammy pun dah anggap family angkat dia macam keluarga kandung dan amat menyayangi mereka.



Di sekolah lain pula cerita dia, dek rupa Sammy yang asing & berlainan dari murid lain, dia selalu diejek dan dijadikan sasaran untuk dibuli. Macam2 kata ejekan & gelaran pedih dilontar padanya termasuk Si Hodoh dan Mr Bean. Kalau ada apa2 benda yang berlaku pun murid lain akan menuding jari pada Sammy untuk disalahkan membuat jiwanya semakin lara & tertekan. Selalu dibuli, diejek dan dipersalahkan di sekolah menjadikan Sammy membesar sebagai seorang pemalu & hilang keyakinan diri. Namun kehadiran sahabat2 rapat di sampingnya membuatkan Sammy berjaya mengharung cabaran alam persekolahannya.



Sammy juga dididik supaya terus kental & kuat menghadapi apa jua cabaran oleh ibu dan neneknya, sehingga berjaya mengharungi semua cabaran di sekolah. Apa lagi kehadiran sahabat2 rapat di sampingnya membuatkan Sammy terus bersemangat menghadapi apa jua cabaran mendatang.


Pelajaran hidup yang ditempuhi Sammy sejak kecil sedikit demi sedikit berjaya menjadikan dirinya seorang yang fokus terhadap arah tuju hidupnya sendiri dan ketika itulah Sammy memutuskan untuk menjadi seorang model dan pelakon. Ketika itu jugalah Sammy memberanikan diri mencuba pertandingan Miss Universe Malaysia 2013 buat pertama kali pada usia 18 tahun. Namun langkah Sammy hanya terhenti di Top 8 berikutan sikap pemalunya masih tebal selain kurang pengalaman.

Walau gagal, Sammy tidak putus semangat dan meneruskan kerjaya model walaupun dirinya mulai meragui sama ada dia mampu diterima dan mendapat tempahan modelling. Ternyata sikap fokus Sammy mula membuahkan hasil apabila dirinya dihujani tawaran model fesyen dan iklan di beberapa negara.





Di sebalik dirinya yang pemalu dan tidak yakin, dunia modelling akhirnya berjaya mendidiknya bukan sahaja mengenali kelebihan tubuh badan malah menyayangi dirinya sendiri membuatkan perasaan malu dan tak yakin berjaya dikikis sedikit demi sedikit. Dunia model juga membawanya merantau dan tinggal di beberapa pelusuk dunia termasuk New York, Brazil, India, Bangkok dan Australia selepas diikat agensi model antarabangsa, Ford Model.





Antara kerjaya model itulah Sammy memberanikan diri mencuba pertandingan Miss Universe Malaysia 2017 buat kali kedua pada usia 22. Berbekal pengalaman dalam bidang modelling dan keyakinan diri yang baru, Sammy akhirnya berjaya memenangi mahkota MUM2017 yang didambakan ramai wanita cantik.




Walau kini Sammy sedikit demi sedikit berjaya mengenggam apa yang pernah hanya diangan-angankannya, Sammy tak pernah lupa diri dan terus berbakti pada ibu kandung dan keluarga angkatnya. Menjalani kehidupan penuh liku sejak kecil, Sammy mula berjinak2 bergiat menjadi aktivis kanak2 memperjuangkan kebajikan anak2 yatim. Sammy yang memang menyukai kanak2 berasakan pengalamannya membesar dengan keluarga angkat amat sesuai digunakan bagi membantu apa yang terdaya termasuk menjadi kawan mereka. Muliakan hati Sammy uolss.




KakPetir nak berkongsi coretan tulus ikhlas, Ollemadthee selepas sahabatnya itu mengalahkan dirinya di tempat ketiga, sekali gus Sammy muncul sebagai pemenang MUM2017....Uolss nilaikan lah sendiri keperibadian ratu bernama Sammy ni..






"Sammy datang (ke MUM2017) dengan kaki yang terseliuh dan terpaksa melalui seluruh minggu orientasi dengan kaki yang berbalut dan dalam kesakitan. Namun ia tidak menghalang dan melunturkan semangatnya. Sammy tidak pernah hanya mahu duduk pada mana-mana aktiviti walaupun pergerakannya terbatas. Itulah bagaimana kentalnya semangat Sammy, kerana dia telah menghadapi cabaran yang jauh lebih berliku ketika membesar. Personaliti Sammy yang ceria dan gila2 berjaya membawa keceriaan dan tenaga positif kepada kami semua pesaingnya. Walaupun kami di dalam pertandingan, Sammy tak lokek berkongsi pengalamannya dan rela berkongsi pengetahuan walau Sammy sebenarnya tak perlu berbuat demikian. Sammy sentiasa ikhlas dan melayan kami pesaingnya dengan baik. Ketika itu, hati saya sudah terdetik Sammy adalah 'ratu sebenar' dan ternyata Sammy akhirnya berjaya mendapatkan mahkota MUM2017 yang sememangnya amat sesuai dengan aura ratunya yang sentiasa bersinar dan memancar. Sammy, anda memberi inspirasi kepada saya, sahabatku tersayang, sekarang masa untuk kamu bersinar dan membuatkan dunia jatuh cinta dengan dirimu. Percayalah Sammy, saya akan sentiasa menyokongmu dengan penuh kasih sayang dan ikhlas sebagaimana anda tulus menyayangi saya sebagai sahabatmu" - Ollemadthee.





Comments

  1. Saya harap admin MBPFC dapat buat translation ke dalam Bahasa Inggeris dan sebolehnya share di ruangan Missosology bagi sesiapa yang mempunyai akaun Missosology Forum. Setidaknya akan lebih mudah untuk difahami dan lebih cepat untuk spread throught out the world. Berharap sangat Sammy dapat jumpa ayahnya semasa pertandingan Miss Universe 2017 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada uols sedang diusahakan terjermahan dalam BI.. Tunggu tau nanti hakak post bila dah siap.. 😊

      Delete

Post a Comment

Popular Posts