Puteri Raja Kelantan Ratu Cantik Pertama Malaysia

Cipta Sejarah Rakyat Malaysia Pertama Wakili Negara ke Pageant Antarabangsa


KakPetir terkesima gitu bila tengah belek2 sejarah Miss International Malaysia terjumpalah info yang wakil sulung Malaysia ke Miss International 1960, yang pertama kali dianjur di Long Beach, California, USA adalah seorang puteri raja dari Kelantan yang kemudiannya menjadi Sultanah Johor dan Raja Permaisuri Agong Malaysia.
Lebih hebat, Tunku Zanariah Zena Ahmad, yang ketika itu berumur 20 tahun mencipta sejarah sebagai wakil pertama negara yang ketika itu masih dikenali sebagai Malaya ke pertandingan ratu cantik antarabangsa apatah lagi Miss International yang juga antara pertandingan ratu cantik tertua dunia sudah bermula sejak 1960. Miss Universe pertama diadakan pada 1952 manakala Miss World adalah pertandingan ratu cantik tertua dunia selepas mula diadakan pada 1952.


Tunku Zanariah adalah anakanda kepada Tengku Panglima Raja Kelantan, Tengku Ahmad Ibni Almarhum Tengku Temenggong Kelantan Tengku Abdul Jaafar. Tunku Zanariah memenangi edisi pertama Miss Malaysia International 1960 sekaligus melayakkan baginda mewakili negara dalam Miss International 1960 yang diadakan di Long Beach, California pada 12 Ogos 1960. Baginda kemudian bertanding dengan 51 lagi peserta dari seluruh dunia dengan peserta Colombia Stella Marquez, akhirnya menjadi Miss International yang pertama. Stella kini adalah Owner dan National Director Binibining Pilipina yang memilih wakil Miss Universe Filipina ke MU selain wakil Filipina ke Miss International, Miss Suprational, Miss Grand, Miss Globe dan Miss Tourism World.



Tunku Zanariah yang terkenal dengan kejelitaannya kemudian mengahwini Putera dari Johor,  Tunku Iskandar Ibni Sultan Ismail setahun selepas baginda menyertai Miss International. Bermula sebagai seorang ratu cantik pada 1960, baginda kemudian menjadi Sultanah Johor pada 1981 sebelum diangkat menjadi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-8 pada 1984. Tunku Zanariah kini berusia 77 tahun.


Kredit Foto & Sumber Info: warisanpermaisuri.blogspot.my (Amirul Izwan)




Secara keseluruhannya, pencapaian Malaysia kat Miss International amat sendu uolsss...Setakat ini, hanya dua wakil negara iaitu Helen Nicole Tan Hong Lean - MIM 1961 - & Linda Lim Hong Eng -MIM 1965-  pernah bolos ke Top 15. Maknanya Malaysia dah jadi clapper selama 51 tahun di Miss International uolss..😴. Selain itu, Malaysia hanya berjaya menang 2 gelaran sampingan Miss Friendship iaitu menerusi Latonia Chong -MIM 1986- & Jennifer Fong - MIM 1989. Pun begitu seramai 13 gadis Melayu pernah menjadi wakil ke Miss International dengan gadis Melayu terakhir adalah Sarimah Rita Omar - MIM 1996 -.


Selain Tunku Zanariah, Miss International Malaysia yang dikenali adalah Nancie Foo - MIM 1979. KakPetir tau ramai yang tak tau, Nancie Foo sebenarnya terpaksa tarik diri pada pertandingan malam akhir Miss International 1979 di Tokyo selepas Nancie pengsan ketika siaran langsung pada segmen swimsuit berikutan cuaca di Jepun yang ketika itu musim sejuk di samping telah berdiri terlalu lama di atas stage. Namun Nancie kemudiannya muncul sebagai pelakon Cina paling popular di Malaysia sejak awal 80an berikutan kefasihannya berbahasa Malaysia. Malah Nancie Foo berjaya meraih Anugerah Pelakon Baru Terbaik menerusi filem Bintang Pujaan ketika Festival Filem Malaysia Merak Kayangan pada 1981.



Hanya pada 2005 wakil Malaysia ke Miss International dianggap sebagai  hot favourite dan disukai fans luar negara apabila kita menghantar Winnie Chan.Kejelitaan Winnie yang juga gadis asli Cina Malaysia itu mendapat perhatian meluas portal2 pageant antarabangsa termasuk Global Beauties yang membuat coverage meluas pageant dunia. Winnie ketika itu disifatkan sebagai antara front runner yang bakal mengungguli Miss International dengan rambut hitam lurus panjang sehingga paras dada selain kulit putih mulus bak salji. Malah kegagalan Winnie lolos ke babak semifinal bukan saja amat mengejutkan pageant expert dunia apalagi Malaysia amat jarang hantar wakil gojes dan kuat di ajang Miss International.




Selepas itu, wakil Malaysia ke Miss International langsung tidak diendahkan bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa. Wakil terbaru Malaysia ke MI termasuklah Olivia Nicholas - MIM 2016 -, Immaculate Lojuki - MIM 2015 - mahupun Jayarubini Sambathan - MIM 2014 - gagal bolos ke semifinal walaupun mula mendapat sokongan fans tempatan.
Besarlah harapan KakPetir pageant Miss International Malaysia 2017 yang akan diadakan di Pulau Pinang 24 September depan bukan saja akan  dibarisi calon finalis berkaliber malah paling utama pemenangnya nanti sememangnya layak dan gojes jelita. KakPetir dengar ada beberapa otai pageant berminat nak try out MIM2017 & KakPetir harap diaorang dah hantar penyertaan yang akan ditutup 20 Ogos ini. Harap kali ini Miss International Malaysia 2017 dapat naikkan nama Malaysia kalau salah pilih lagi, tak ada lah harapan fans Malaysia nak sokong nanti kan uolsss.. 


KakPetir: Harap sangat ada berita gembira masa pengumuman finalis Miss International Malaysia 2017, 9 September depan di Penang πŸ‘ΈπŸ‘Έ

Comments

  1. Miss World telah diadakan pada thn 1951 dan Miss Universe 1952.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts