16 Atlet Lelaki Malaysia Paling Memukau

Ketampanan Wajah dan Kehebatan Atlet Lelaki Malaysia Beri Inspirasi

Sukan SEA KL 2017 yang berlangsung hingga 30 Ogos ini semakin hangat kan uolss. KakPetir makin bersemangat tengok wira & wirawati negara menghadiahkan pingat bermacam color kadang2 terasa macam hujan pingat emas pulak kan uolss. Selain hebat di atas padang dan gelangang, KakPetir makin rambang mata tengok kekacakan, ketampanan dan kesasaan atlet lelaki kita yang tak kalah handsome nya dengan atlet luar, sampai ovari KakPetir pun bergegar lite2 gitu 😅

Ok, tanpa merepek dan membuang masa lagi, inilah senarai atlet lelaki Malaysia yang berjaya tarik perhatian hakak dan netizen di luar sana, mereka2 ini bukan saja berjaya gegarkan stadium malah berjaya gegarkan jiwa2 wanita lara seperti hakak & uols semua 😍😍







First stop, penerjun lelaki negara, Ahmad Amsyar Azman,24, yang bukan sahaja tampan malah aksinya di kolam renang amat ditunggu-tunggu rakyat Malaysia.
Amsyar meletop selepas gambarnya bersenam di gym dengan badannya yang amat kekar dan sado itu viral di media sosial. Amsyar pernah disenaraikan sebagai seorang daripada lima atlet lelaki negara paling kacak. Tidak setakat mempunyai paras yang kacak, Amsyar juga hebat dalam acara 3m papan anjal seirama apabila berjaya menang pingat perak pada Sukan Asia 2014 Incheon, Korea Selatan selain merembat emas dalam acara sama pada Sukan SEA Singapura 2015. Lebih hebat, Amsyar turut meraih emas dalam acara sama pada Kejohanan Grand Prix Terjun Dunia 2015 bersama pasangannya, Chew Yi Wei, sekali gus melibas jaguh dunia dari China. Wowww 😱😱







Mohd Al-Jufferi Jamari,25, bukanlah calang-calang atlet kerana beliau adalah juara dunia silat tiga kali berturut-turut, dengan kejuaraan dunia terakhir baru dimenangi Disember lepas pada Kejohanan Silat Dunia 2016 di Bali, Indonesia..😱😱😱 Bukan sahaja tangkas di gelangang silat dunia, sasa dan kacak, malah Al-Juferi dalam misi untuk memburu pingat emas silat Sukan SEA keempatnya pada Sukan SEA KL 2017, selepas cemerlang mencatat hatrik dalam tiga Sukan SEA sebelum ini apabila beliau berjaya mempertahan pingat emas tiga kali berturut-turut. Amboi memang berkelas dunia atlet lelaki kita kan uolss. Sebab itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Al-Juferi diberi penghormatan sebagai pembawa bendera kontinjen Malaysia pada majlis pembukaan Sukan SEA KL 2017 bersama dua lagi juara dunia kita, Azizul Hasni Awang (basikal), Cheong Jun Hoong (terjun). Pada Al-Juferi KakPetir doakan uols berjaya dalam misi membanggakan negara ya.







KakPetir menyaksikan kehebatan atlet olahraga kita,  Mohd Irfan Shamsuddin, 22, membuat hatrik apabila mempertahankan pingat emas dalam acara lempar cakera kelmarin selepas berjaya menang emas pada Sukan SEA Naypyidaw 2013 dan Sukan SEA Singapura 2015. Apa yang membuat KakPetir teruja apabila Irfan mengoyakkan baju jersey pasukan Malaysia yang dipakainya ala2 incredible hulk gitu sesuai dengan nama gelarannya The Beast berikutan amat gembira berjaya raih emas dan membuat hatrik. Walau digelar The Beast kerana kesasaan & kesado-an badan Irfan yang besar tinggi itu, Irfan mempunyai paras rupa yang amat kacak. Tahniah Irfan, teruskan kecemerlangan anda,  KakPetir peminat setia mu gitu 😘😘







Seorang lagi atlet kita yang sasa dan kacak rupawan adalah Adli Hafidz Mohd Pauzi, 27, petinju negara yang juga juara tinju kebangsaan kategori 81kg. Semalam Adli mencatat sejarah apabila layak ke perlawanan akhir kategori Light Heavyweight (81 kilogram) selepas menewaskan peninju Singapura bagi penentuan pingat emas atau perak, walaupun ini adalah kali pertama dia menyertai Sukan SEA. Adli bukan sahaja garang dan tangkas apabila bertinju malah jejaka tinggi lampai yang berketinggian 183 cm atau lebih 6 kaki ini amat menghormati ibu bapanya, apabila sanggup berehat seketika dari dunia tinju sebelum ini bagi merealisasikan hasrat keluarganya itu yang mahu dirinya berjaya mengenggam segulung ijazah dan melanjutkan pelajaran di menara gading. Kini selepas berjaya dalam pelajaran dan menjawat jawatan sebagai pegawai kastam, Adli kini kembali untuk mengegar arena tinju negara dan berjanji akan berjuang habis-habisan masa perlawanan final nanti untuk menghadiahkan emas kepada negara.






Perenang sensasi negara, Welson Sim, 20, bukan saja berwajah kacak & boyish, malah hebat di kolam renang apabila berjaya merembat emas dan memperbaharui rekod kejohanan dalam acara 400 meter gaya bebas kelmarin. Lebih mengagumkan Welson memecahkan rekod Sukan SEA yang dicatatnya sendiri di Singapura. Semalam perenang sensasi kelahiran Kuching dengan ketinggian 5 kaki 11 inci ini terus cemerlang apabila merembat emas keduanya, dalam
acara renang 200m gaya bebas dengan sekali lagi memecahkan rekod Sukan SEA 😍😍. Jun lalu, jejaka kacak ini turut mencatat sejarah renang negara apabila menang pingat emas dan menewaskan juara Olimpik, Mack Horton dari Australia, di Kejohanan Renang Jelajah Mare Nostrum, Monaco. Welson dijangka bakal menjadi sensasi renang baharu Asia dan dunia sedikit masa lagi. Hebat kan Welson uolss.





Nauraj Singh Randhawa,25, atlet lompat tinggi negara adalah antara atlet lelaki tertinggi pada Sukan SEA KL 2017 berikutan mempunyai ketinggian 194 cm atau 6 kaki 4 inci. Jejaka kelahiran Johor ini bukan saja tampan malah mempunyai rekod cemerlang dalam sukan lompat tinggi termasuklah menjadi satu-satunya atlet olahraga negara yang layak secara merit ke Sukan Olimpik Rio 2016 dan mendapat tempat ke-18 dalam acara lompat tinggi pada penampilan sulungnya itu daripada puluhan atlet dunia yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan. Nauraj juga adalah pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar dan 2015 di Singapura. Good luck pada Nauraj & KakPetir yakin dia mampu mengekalkan pingat emas  untuk KL2017 ini.






Khairul Hafiz Jantan, bagi KakPetir amat layak berada dalam senarai atlet lelaki Malaysia memukau selepas muncul sebagai Raja Pecut Asia Tenggara yang baharu malam semalam. Anak kelahiran Melaka itu, muncul juara selepas melintas garisan penamat acara riben biru itu dalam masa 10.38s, menewaskan juara bertahan Eric Cray dari Filipina. Selayaknya Khairul Hafiz yang juga remaja terpantas Asia itu digelar dengan nama The Flying Youth & The Speedy Jantan. Tahun lepas ketika Sukma di Sarawak,  Khairul Hafiz mencetus sensasi negara apabila meleburkan rekod 10.30 saat yang dipegang Watson Nyambek selama 18 tahun dengan merekodkan catatan terbaiknya 10.18 saat. Julai lalu, The Speedy Jantan lagi sekali cetus fenomena apabila melebur rekod 200 meter milik Tan Sri Dr M Jegathesan yang sudah berusia 49 tahun.





Seterusnya, KakPetir dedikasikan carta atlet lelaki Malaysia memukau kepada beberapa jejaka2 kacak, sasa dan sado pasukan ragbi 7 Sebelah Malaysia yang berjaya melakar sejarah menghadiahkan kilauan emas untuk negara. Pada Sukan SEA Singapura 2015 lalu, pasukan ragbi 7s Malaysia sekadar memenangi perak. Cair uols KakPetir tengok aura lelaki sejati ditambah kekacakan semulajadi mereka ni.






Dimulakan dengan kaptennya, Zulkiflee Azmi, 25, yang amat sasa dan kacak 😘😘








Tak kurang kacak, menawan dan sasa adalah si tinggi lampai Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain, 24, anak kelahiran Kuala Besut, Terengganu 💗💗








Seterusnya si seksi & manis menggoda, Muhammad Zulhisham Rasli, 22 😍😍





Tak kurang sasa dan kacak adalah Mohamad Safwan Abdullah, 24 😘😘





Atlet lelaki Malaysia memukau seterusnya KakPetir dedikasikan kepada beberapa pemain bola sepak skuad bawah 22 tahun negara (B-22) yang mengegarkan seluruh Malaysia kelmarin apabila menewaskan pesaing terkuat bola sepak dalam Sukan SEA iaitu Myanmar dengan kemenangan 3-1. Malaysia semalam berjaya mengatasi Laos dengan 3-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, sebelum beraksi dalam peringkat separuh akhir Sabtu ini.






Pertamanya, sudah pastilah kaptennya, Adib Zainuddin, 22, yang bukan saja tinggi lampai dengan ketinggian 6 kaki malah kacak rupawan dengan aura di padang mampu mencairkan gadis2 dan wanita2 di luar sana. Adib anak kelahiran Mersing, Johor ini memulakan kariernya dalam bola sepak dengan terpilih menganggotai skuad negara, Harimau Muda C sebelum diikat kelab UiTM pada 2014. Kini Adib telah diikat pula kelab Felcra pada awal tahun lalu.







Nor Azam Azih, 22, yang diletakkan sebagai pemain tengah skuad B-22 Sukan SEA KL 2017 ini khabarnya, sentiasa diintai ramai gadis jelita yang berbondong-bondong mahu menyaksikan aksi tangkasnya itu. Amboi bertuahnya badan kan uolss...bukan saja hebat main bola rupanya Azam sudah bikin ramai wanita di luar tidak keruan dengan ketampanan wajahnya yang keanak-anakan itu. Anak kelahiran Jengka 21 itu kini bermain untuk pasukan Pahang,  sebelum ini Azam diikat Harimau Muda B pada 2014.






Nama Matthew Davies kini menjadi perhatian rakyat Malaysia kerana bukan sahaja ketangkasannya bermain bola sepak malah ketampanan wajah anak kacukan Malaysia-Australia ini menjadi kegilaan ramai gadis2 muda dan wanita2 di luar sana. Karier Davies dalam bola sepak bermula di Australia apabila pada usia 18 tahun dia menyertai kelab Perth Glory selama dua musim. Namun pada 2015 Davies kembali ke Malaysia bermain untuk Pahang sehingga beliau dilantik sebagai Kapten Pahang pada umur 21 tahun iaitu Kapten termuda Pahang. Davies juga pernah menang Anugerah Pemain Muda Harapan pada Anugerah Bola Sepak Malaysia 2015.






Syafiq Ahmad, 22, yang juga disenaraikan sebagai seorang daripada penyerang skuad B-22 Sukan SEA KL 2017 turut menarik perhatian ramai dek kekacakan wajahnya. Penyerang prolifik skuad Kedah itu mencetus sensasi sebelum ini selepas menyuarakan hasrat hatinya menjadi pelakon malah keinginannya itu disambut positif penerbit tanah air yang menyifatkan pakej lengkap dimiliki anak kelahiran Pulau Pinang itu boleh digilap menjadi pelakon berpotensi negara. Amboi kalau Syafiq betul2 jadi pelakon nanti abis la kena cantas pelakon lain kan uolss. Dah lah hebat main bola sampai wakil negara, maybe lepas ni ada penerbit nak terbitkan drama Suamiku Mr Pemain Bola Sepak 😍😍






Khairy Jamaluddin, 41, mencetus fenomena apabila menjadi menteri Asia Tenggara pertama turut berperanan sebagai atlet yang bertanding dalam Sukan SEA. KJ terpilih sebagai seorang daripada tujuh anggota bagi acara polo berpasukan negara. Lebih hebat, pasukan polo KJ berjaya menjadikan Brunei sebagai 'mangsa' pertama apabila menewaskan pasukan itu 12-4, sambil disaksikan ribuan peminat sukan polo tanah air di Pusat Equestrian Putrajaya, semalam. Lebih sensasi, KJ yang turut terpalit dengan insiden kesalahan cetakan bendera pada buku program Sukan SEA KL 2017 kini menjadi viral di media sosial Asia Tenggara selepas muncul memberikan ucapan bertenaga pada acara perasmian Sabtu lalu. Netizen Asia Tenggara agak terkesima dengan ketampanan KJ selaku menteri sehingga ramai netizen luar yang memuja muji kekacakannya itu malah peminat barunya bertambah kagum apabila mendapat tahu KJ turut bertanding dalam acara polo.



Dan akhirnya,........


Walaupun atlet lelaki ini bukanlah warga Malaysia, KakPetir terpaksa masukkan dalam carta atlet lelaki memukau sebagai bonus selepas ada peminat wanita yang membuat pengakuan berani mati yang ovarinya meletop selepas menatap dan bertentang mata dengan putera raja kacak ini. Amboii sampai meletop eh, please behave girlss..😊😁







Sejak Putera Abdul Mateen Bolkiah tiba di Malaysia untuk menyertai Sukan SEA KL 2017 dan sesi latihan bersama pasukan polonya, setiap kelibat putera raja Brunei ini disambut dengan jeritan histeria peminat2 yang berkampung ke mana jua Putera Mateen pergi. Malah perlawanan sulung pasukan polonya menentang Malaysia semalam menyebabkan kehadiran ribuan penonton tempatan menyerbu Pusat Equestarian Putrajaya sejak awal tengah hari walaupun perlawanan hanya bermula jam 4 petang. Malah KJ yang juga terbabit dalam perlawanan berkenaan mengakui kehadiran sebegitu ramai penonton agak mengejutkan kerana selalunya perlawanan polo hanya dihadiri peminat sejati dan agak krik krik gitu. Namun KJ turut mengakui kebanjiran penonton itu disebabkan faktor Putera Mateen dalam pasukan polo Brunei yang bukan sahaja mempunyai jutaan pengikut di laman media sosialnya malah amat merendah diri dan ramah melayan semua peminatnya. Sudah pastilah kehadiran Putera Raja Brunei itu ditunggu-tunggu kan uols untuk peminatnya melihat dan menatap dengan lebih dekat ketampanan Putera Mateen.


Comments

Popular Posts