Malatop ke Ratu Sabah dalam dunia pageant?

KakPetir mau jugalah tengok pesona gadis Sabah ni yang paling malatup!  

KakPetir pernah terbaca pendapat beberapa peminat pageants tempatan sebelum ini yang katakan pageant di negara kita ni cukup gemar crown kan gadis urban & elit dari Lembah Klang sebagai pemenang utama. Walaupun adakala dakwaan tu ada benarnya & berasas, namun pernah gak gadis dari negeri lain khususnya Sabah dan Sarawak yang tapau habis gadis2 urban terpelanting gitu kan uolss.

Nama2 bekas ratu kita macam Rahimah Orchient Yayah, Wenanita Angang, Brynn Zalina Lovett, Joannabelle Ng, Kelly Jagan, Venisa Judah, Appey Rowena dan Madelyn Nandu adalah bukti wanita cantik kelahiran Sabah juga berketerampilan memikat,  mampu ke mercu & menewaskan gadis2 urban dari sekitar Lembah Klang atau negeri lain di Malaysia.

Kali ni KakPetir nak beri fokus kepada pesona wanita2 gojes Sabah yang pernah mengharumkan nama Malaysia atau mewakili negara di pentas pageant antarabangsa.






First stop, ratu kelahiran Tawau, Sabah yang paling unggul pencapaiannya & membuatkan ramai peminat pageant tempatan termasuk KakPetir mengagumi auranya, tidak lain adalah - Rahima Orchient Yayah - yang juga Miss Malaysia World 1994. Bagi KakPetir, pencapaian Rahima menakjubkan kerana berjaya mengakhiri kemarau 15 tahun Malaysia tanpa placement di Miss World. Apalagi Rahima disenaraikan antara 10 jelitawan paling gojes di edisi Miss World 1994, sebaris dengan  pemenang tahun itu,  Aishwarya Rai dari India, yang tersenarai sebagai wanita paling jelita di dunia sehingga kini. Rahima juga menempa sejarah sebagai wanita Melayu Islam Malaysia yang pertama dan terakhir berjaya melayakkan diri dalam peringkat separuh akhir di Miss World apa lagi kini wanita Melayu Islam tidak lagi berpeluang bertanding.




Selain Rahima, pencapaian Wenanita Angang kelahiran Kuala Penyu, Sabah juga KakPetir anggap amat membanggakan sekali apabila berjaya muncul First Runner Up Miss Planet 2016 yang diadakan di negara Eropah, Georgia. Walau dianggap sebagai minor pageant, tapi KakPetir anggap kejayaan Wenanita ini boleh dijadikan pemangkin untuk dia mencuba pageant tempatan lebih besar di masa depan apalagi dia masih berumur 21 tahun dan ada masa untuk memantapkan dirinya bersaing di liga pageant utama negara.




Selain Rahima & Wenanita, pencapaian Brynn Zalina Lovett, anak kelahiran Kampung Bukau, Beaufort, Sabah, juga tak boleh dipandang sebelah mata. Walaupun tak berjaya lolos ke babak semifinal Miss World 2015, bakat dan pesona Bryn yang juga seorang kareografer & guru renang itu,  hampir memenangi kategori Talent Miss World 2015 amat membanggakan peminat. Bryn yang memiliki campuran darah Murut dan Australia itu khabarnya tewas dengan perbezaan markah tipis selepas mengagumkan juri Miss World dengan tarian akrobatik yang lincah, namun kegigihan Bryn tu tetap membanggakan peminat Malaysia apa lagi kita dapat saksikan tarian Bryn dipersembahkan secara langsung di pentas finale Miss World yang disaksikan 1 bilion penonton seluruh dunia. Kelass kan Bryn uolss.



KakPetir pun nak shout out kepada anak kelahiran Kota Kinabalu, Joannabelle Ng,  antara ratu kegemaran hakak. Joanna ni antara ratu cantik berbangsa Cina yang bukan jek cantik & curvaceous, tapi antara ratu kita yang memiliki gaya catwalk ampuh sesuai kerjaya dia as full time model yang kini mencipta nama & famous kat Taiwan. KakPetir suka dengan pesona Joanna yang tampil dengan aura seksi comel menggoda sepanjang pageant Miss Universe 2009 malah NatCos & EG Joanna sama ada untuk sesi photo shoot official dengan prelim pun, agak commendable dan bukan persediaan cincai2 jek kan uols. Cuma kekurangan Joanna di MU KakPetir hanya rasa dari segi communication skill selain sash factor kita yang nan hadoo kat MU.



Ratu yang seterusnya ini walau bukanlah pemenang utama pageant yang disertainya tapi dia tetap pemenang di hati peminat gitu. Orang yang KakPetir maksudkan tak lain, tak bukan adalah Kelly Jagan, pemenang tempat ketiga Miss Universe Malaysia 2015. Kelly anak kelahiran Kota Kinabalu adalah calon 'mega favourite' untuk MUM2015 tetapi terpaksa akur dengan kemenangan yang jadi milik calon bukan pilihan, Vanessa Tevi Kumares. Sebelum masuk MUM2015 pun reputasi Kelly bukan calang2 sebagai model handalan Malaysia menjadikan ramai fans yang nak sangat dia menang, apalagi Kelly adalah wakil Malaysia lepas memenangi Malaysia's Ford Supermodel Search 2009. Namun latarbelakang hebat Kelly tak membantu dia menang MUM2015, membuatkan fans patah hati. Kelly yang juga gadis Chindian ini kini khabarnya dah buka modelling agensi bersama seorang rakan kongsi di Shanghai, China.





Tak lupa kepada 3 serangkai gadis Sabah yang pernah menang Miss Earth Malaysia. Yang buat KakPetir kagum, dua daripadanya adalah otai pageant macam anak kelahiran Penampang, Madelyn Nandu- Miss Earth Malaysia 2009-(Unduk Ngadau 2005) serta anak kelahiran, Papar, Appey Rowena- Miss Earth Malaysia 2010- yang juga bekas Unduk Ngadau 2009. Mandelyn & Appey antara wakil Miss Earth Malaysia yang mencuri perhatian bila bertanding kat Manila dulu dengan kecantikan & keangunan mereka apalagi berpengalaman luas di pentas pageant selaku pageant veteran. Lastly, KakPetir nak mention gak, pemenang Miss Malaysia Earth 2016, Venisa Judah yang kecantikan unik dia dipuji fans Philippines. Namun nasib masih belum menyebelahi Malaysia di ajang Miss Earth.

KakPetir percaya Sabah ada amat ramai gadis2 yang punyai kecantikan & keperibadian memukau yang boleh diketengahkan sebagai ratu cantik di liga pageant utama negara. Mereka hanya menunggu masa untuk digilap sekaligus diangkat sebagai wakil negara & mungkin bakal mengharumkan nama negara kan uolss..the time will come for Sabah to shine gitu.

KakPetir: Boleh bah kalo ko 😍😍

Comments

  1. Rasa nya kamu lupa ada lagi gadis Malaysia pertama ke Miss World 1976 Kartina Osir

    ReplyDelete
  2. Kartina Osir berasal dari Sandakan Sabah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts