Siri 1 : EG MUM sentapan sayang dari MakYam & KakPetir

Detektif Fesyen Bersama MakYam & KakPetir




Levy Li Su Lin - Miss Universe Malaysia 2008

MakYam: EG paling hawokk MakYam rasa dalam sejarah ratu tanahair. Material melekap macam ni is soo yesterday sangat. Dah lah length EG ni macam serba tak kena, lepas tu gold berkilau macam zaman penterama RTM, lepas tu ade cut out lagi..pening MakYam tengok baju ni.

KakPetir: Ya hampunnn dik...no..no no k...mana KakPetir nak mula ek, nape pakai baju penari kabaret ke pentas MU dik? Kalau bra sampai terkeluar nampak memang ko patut bakar jek EG ni..it is a no no gitu. Memang layak la EG ni dikecam fans sedunia dulu.

 


Joannabelle Ng - Miss Universe Malaysia 2009

MakYam: " Boleh lah boleh, datang ke rumahku" ibarat bait lagu Mas Idayu. Syukurlah Joannablle ni cantik orangnya. Kalau tak EG ni MakYam bagi Makcik Senah belakang umah MakYam pakai gi kenduri arwah.

KakPetir: Bolehlah, not bad, not good gitu...biasa biasa jek bagi KakPetir. Safe sangat EG Jonnabelle ni, color dah cantik deep purple/fuchsia. Tak ade x factor EG ni tapi pandai Joannabelle buat twirl sambil tebarkan skirt EG ni, mimik muka/expression dia pun seksi menggoda gitu kan.


Nadine Ann Thomas - Miss Universe Malaysia 2010

MakYam: Rasanya konsep EG Nadine ni dari bilik tidur ke pentas MU kot...ko mampoo? Gaya Nadine macam baru bangun tido lepas tu bergegas bertanding dalam prelim. Dah lah fit EG nampak longgar & x melekap kat badan. Color kusam dah macam bukan finalis MU jek

KakPetir: Haiyoo..masa tengok prelim & Nadine keluar dengan EG ni KakPetir macam nak tikam mata dengan garpu uolss...semuanya serba x kena gaya, make up pucat, color EG lesu, panjang EG nampak tak kena gaya pendek sangat. EG ke MU bagi KakPetir kena labuh length dia biar sampai x nampak kasut, ni senteng jek. Masa official EG potrait nampak not bad EG ni tapi mase prelim, ke laut dalam ke jurang Marinara di Filipina.




Deborah Henry - Miss Universe Malaysia 2011


MakYam: Paling meletop, marvelous, fabulous Debby.. EG simple tapi disebabkan Debby EG jadi wow.

KakPetir: Kan MakYam, terkesima KakPetir bila tngok kegojesan Debby, walo EG electric blue Debby agak simple tapi semua terpana gitu dengan overall look Debby yang sangat queenly & kena gaya..sangat Miss Universe gitu, sayang rezeki x ada 😢


Kimberly Legget - Miss Universe Malaysia 2012

MakYam: Satu je selendang kain belakang tu MakYam nak rentap buat tudung pergi pasar. Tapi MakYam suka baju ni. 

KakPetir: Kimmy antara ratu Malaysia yang KakPetir rasa paling meletop serba serbi. Cuma KakPetir agak split kat sini...rasanya EG pink dengan rumbaian manja bulu burung unta masa photoshoot official Kimmy lagi shantek sikit..ahasil EG terbaik Nnthiran setakat ni. EG Kimmy masa prelim yang Jovian Mandagie design bagi KakPetir macam banyak sangat elemen dengan juraian benang/bulu burung unta lah, selendang/train kat bahu lah, lepas tu kat area bodice ade embelishment silver yang x perlu kot..busy sangat. Tapi KakPetir sangat super like dengan presentation Kimmy masa prelim.Meletop k catwalk dia.

Comments

Post a Comment

Popular Posts