Guruh KakPetir Berdentum Lagi : Miss Earth Malaysia

Cuit cuit manja Miss Earth Malaysia

Heloo uolss...macam mana penampilan sulung Kak Petir, vass tak?...Ok, kali ni Kak Petir nak sentuh pasal Miss Earth Malaysia pulak. Ikutkan hati, malas Kak Petir nak sebut nama Miss Earth ni dah, ala2 berpatah arang, berkerat rotan gitu..dah tawar hati sebab nasib Malaysia sesendu sendunya kat ajang pageant ni.

Apa taknya, Miss Earth ni macam susah sesangat kita nak lolos ke semifinal. Kak Petir cakap camni sebab wakil Malaysia pernah lolos juga ke babak semifinal pageant gah lain macam Miss Universe, Miss World even Miss International walau dah berkurun lama kali terakhir kita placed, at least merasa gak lah dan tercatit dalam lipatan sejarah pageant.



Bayangkanlah dah 16 edisi Miss Earth sejak 2001, Malaysia kekal pemegang rekod negara clapper paling ampuh gitu. Kak Petir pun garu kepala, kat mana silap dan salah kita sampai penganjur begitu kejam sangat ignore semua wakil yang kita hantar.

Kalau nak kata semua wakil Miss Earth Malaysia buruk, hodoh dan hambar pun agak tak adil sebab ada gak wakil kita yang strong macam tahun lepas,  Venisa Judah yang kecantikan unik dia dipuji fans Philippines. Tapi maybe styling Venisa yang banyak tersasar masa pageant week & final presentation yang menjatuhkan dia dengan EG yang kurang umphhh.Sebelum ni, Renee Tan- Miss Earth Malaysia 2014- pun agak strong dan menonjol namun ke laut China Selatan, clapper gak akhirnya. 

Bila Kak Petir belek belek senarai wakil Miss Earth Malaysia sebelum ini, Kak Petir terkesima apabila nampak ramai gak otai pageant macam Madelyn Nandu- Miss Earth Malaysia 2009-(Unduk Ngadau 2005) serta Appey Rowena- Miss Earth Malaysia 2010- yang juga bekas Unduk Ngandau 2009, pernah wakili Malaysia ke Miss Earth. Itu belum masuk bekas finalis Miss Universe Malaysia, Deviyah Deranee -Miss Earth Malaysia 2012-. Maknanya wakil Malaysia ke Miss Earth bukan calang calang ok. So kat mana ya silapnya ya.


Kak Petir rasa kekurangan utama wakil Miss Earth kita adalah tak adanya preparation serta persediaan rapi. Sama jek masalah pageant kita ni uolss, dah kalau tak bersedia macam mana la nak berlawan, kaedahnya kita dah kalah sebelum berjuang lagi. Kalau tengok wakil negara lain terutama Philippines serta negara latin sanggup berhabis buat persediaan macam nak bertanding kat Miss Universe. Dari catwalk, styling, make over, wardrobe sampai lah ke EG & NatCos semua disediakan dengan penuh teliti dan bukan tangkap muat last minit. Wakil kita dah lah persediaan ke laut, lepas tu serba serba di saat akhir. Dengar khabar pemenang dibiarkan terkontang kanting prepare la sendiri kecuali official photo shoot, EG dan NatCos akan dibantu penganjur. 

Lagi satu, Kak Petir rasa kekurangan wakil kita ke Miss Earth disebabkan kelemahan kemahiran komunikasi aka menjawab soalan close door interview yang menjadi faktor penentu utama lolos ke semifinal. Nak-nak advokasi Miss Earth ala-ala sayangi mother earth dan selamatkan bumi kita, kalau dah jawab soalan pun tak menyakinkan,  camne la nak lepas ke peringkat seterusnya kan. Lepas tu overall styling masa pageant week & EG presentation pun agak lemah dan tak kena gaya, sampai pernah wakil kita macam tak kenakan solekan langsung masa aktiviti sampai muka pucat macam mayat kan uolss. Taulah Miss Earth suka natural beauty tapi berpada padalah tengok aktiviti apa untuk kenakan solekan yang sesuai. Bukan bare face sepanjang masa kan uolss. Pendek kata, Miss Earth cari bakal pemenang yang ada pakej rupa menawan, bijak dan tahu dengan mendalam advokasi pageant tu.

Rakan seperjuangan Kak Petir, Mak Yam sempat bisikkan kat telinga ni yang ada bekas Miss Earth Malaysia beritahu dia, penganjur sebenarnya agak jelak dan confuse kerana Malaysia selalu sangat hantar wakil yang berwajah Oriental, maknanya kalau tak pakai sash, wakil kita macam dari China,  Taiwan atau Hong Kong. Walau Kak Petir mula mula marah gak pada penganjur yang nada dia macam racist, tapi selepas puas bermuhasabah terpaksa akui hakikat yang penganjur mahukan kelainan serta kepelbagaian wajah wakil kita yang tak sama dengan negara lain apalagi kita dah hantar 10 kali wajah Oriental mewakili kita.

So untuk tahun ni, Kak Petir dah mula meninjau ninjau ada ke peserta Miss Earth Malaysia yang punyai pakej lengkap yang dicari penganjur iaitu kecantikan & keunikan wajah, bijak bercakap dan berbakat. Memang Kak Petir tak kecewalah sebab dapat tahu ada seorang finalis complete pakej yang bakal bertanding Miss Earth Malaysia pada 30 Julai ni kat Ipoh.

Kak Petir tertarik betul dengan pemenang Miss Earth Sarawak 2017, Ennette Faith Solomon, gadis kacukan Iban dan Eurasian yang baru berusia 18 tahun tapi teramatlah fasih dan bijak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris plus sangat berbakat bermain gitar, menari tarian gelek dan tarian kebudayaan Iban.

Dari risikan kawan Kak Petir yang tengok live masa Ennette atau Kak Petir panggil Enot ni beraksi pada Miss Earth Sarawak bulan lepas, diaorang terkesima melihat kegojesan wajah serta kemulusan kulit Enot yang putih gebu masa round swimsuit. Pujian melambung diberikan pada Enot membuatkan Kak Petir menaruh harapan besar supaya Enot buat yang terbaik supaya menang mahkota Miss Earth Malaysia nanti. Apalagi, Malaysia tak pernah hantar gadis kacukan macam Enot yang mempunyai kecantikan unik dan fresh untuk wakil negara. Maybe keunikan wajah Enot yang ada darah Iban dan eurasian ni akan menarik perhatian juri Miss Earth sekali gus meloloskan Enot buat pertama kali ke babak semifinal. Apalagi Enot bole menggunakan kebijaksanaan dia bertutur dan berkomunikasi untuk mengagumkan juri-juri nanti.



Pada Miss Earth Malaysia Org. diharap dapatlah buat pilihan yang tepat untuk pilih peserta yang paling layak...Lepas dah pilih pemenang, jangan dibiarkan pemenang macam anak ayam hilang ibu melilau tak ada preparation. Kalau susah susah sangat, hantar jek pemenang train di Philippines sebab Kak Petir dengar penganjur Miss Earth Malaysia ada hubungan cukup baik dan akrab dengan wakil penganjur Philippines yang saban tahun dijemput ke final Miss Earth Malaysia. Gunalah hubungan baik yang ada untuk mintak nasihat dan panduan dari sana khususnya aspek latihan dan persediaan, tak kan ini pun Kak Petir nak ajar kan uolss.

Bila dah ada finalis yang gojes depan mata,  jangan pulak pilih pemenang sendu lagi. Kang 40 tahun lagi Malaysia pegang title negara clapper kat Miss Earth pulak.

Kak Petir: Bila lah organisasi pageant tempatan nak berubah & ambil serius preparation pemenang diaorang ya? Tak teringin ke tengok pemenang diaorang harumkan nama Malaysia 🤔

Comments

  1. Btul tu Kak Petir. apa2 bblik kpd preparations. pttnya mna2 pageant da siap2 buat schedule ok lpas mng kena bt ape. then bt ape. top to toe. setiap inci perlu di perhalusi. baik dri segi catwalk,EG,NC,Q&A. syg kalo kite ade wkil boooom stiap thun tp x di gilap spenuhnya. ya kdg2 budget mslh utama. tp byk alternatif lain utk bt di sebalik kekangan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan tepat sekali. KakPetir rasa kena ada post mortem dan kajian mcm na nak naikkan pageant Malaysia. Selagi tak bersatu dan terima pendapat fans tak kemana pageant malaysia.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts