AsNTM : Siapa wakil kita seterusnya

KakPetir tanya siapa lagi selepas Shikin Gomez & Sheena Liam

Nampaknya Malaysia lebih bernasib baik dalam pertandingan model dari beauty pageant kan uols. Puas KakPetir fikir apa sebabnya ya. Adakah sebab wakil model Melayu berwajah eksotik boleh bertanding or wakil kita memang model yang berbakat besar. Walaupun setakat ini hanya Sheena Liam (AsTNM 2) yang berjaya muncul juara, tapi kebangkitan model Melayu macam Tuti Mohd Noor, Shikin Gomez & Alicia Amin yang menjadi sebutan peminat serata ASEAN buktikan aura yang ada pada diaorang bukan calang2.

KakPetir bangga bila tengok Shikin Gomez & Alicia Amin kencang dapat job lepas habis Asia's Next Top Model (AsNTM). Lepas satu-satu diaorang dapat job. Jadual Shikin Gomez & Alicia Gomez khabarnya penuh sampai banyak majalah fesyen terpaksa beratur tunggu nak buat photoshoot dengan diaorang.

Paling meletop, tak muncul juara pun diaorang terpilih jadi cover majalah fesyen berpengaruh, Marie Claire versi Malaysia sambil gayakan koleksi terbaru label international, Coach (Musim Luruh) 2017.

Itu belum fashion show yang nak kan khidmat diaorang berdua. Korang jangan tak tau, populariti Shikin Gomez sejak dapat tempat kedua AsTNM masih mencanak2 sampai kata nya beberapa produser tawarkan Shikin berlakon tapi nampaknya Shikin menolak sebab tak lebih minat modelling. Lain pulak dengan Alicia Amin yang rupanya minat berlakon sampai jadi antara pelakon utama telemovie raya 'Meh, Sandar Pada Aku Raya' yang TV3 & Tonton siarkan bulan lepas. Lepas ni khabarnya ada lagi produksi drama yang akan dilakonkan Alicia.

Itu belum lagi KakPetir nak senaraikan satu-satu kejayaan Sheena Liam juara AsNTM Cycle 2. Sheena sekarang dah menetap kat Los Angeles, California, USA, sebab di sign bawah agensi Hollywood Model Management (HMM). Kalau dah pernah catwalk untuk ikon fesyen dunia, Diane Von Furstenberg (DVF), so korang sendiri tau lah kan level Sheena kat mana & dia pun selalu gak ulang alik ke London & Paris untuk job modelling.

So lepas diaorang, siapa korang rasa mampu teruskan momentum Malaysia kat AsNTM lepas ni sebab KakPetir rasa Malaysia lepas ni ada peluang cerah menuju puncak lagi dengan syarat wakil Malaysia nanti ada face berkarekter & personaliti yang strong macam Shikin, Alicia or even Tuti selain ada mad skill dalam modelling macam diaorang gak.

Ada fans dah buat wish list diaorang senaraikan nama2 top model Malaysia termasuklah Atikah Karim, Hidayah Baharudin, Rita Nadira, Rita Suraya Haneesya & Rubini. Bagi KakPetir pulak, Atikah Karim tu dah taraf supermodel Malaysia yang berjaya sebab banyak buat catwalk untuk jenama fesyen dunia kat Milan & Paris. Rasanya, untuk AsTNM dia tak akan perjudikan tahap dia just semata2 untuk compete kan, kalau kalah tipis macam Shikin, lagi lah kita dan tuan punya badan geram kan uolss. 

Apa yang penting, siapa pun yang nak try pergi casting AsTNM musim ke-6, KakPetir harap diaorang ada semangat kental & tak  mudah mengalah macam Shikin, Alicia & Tuti yang juri AsTNM pun akui tak perlukan AsTNM untuk berjaya. Diaorang diakui ramai ada bakat & potensi besar muncul sebagai supermodel Malaysia tak lama lagi.

Yang penting, bekas peserta AsTNM musim pertama, Melissa Th'ng pernah beri tips pada model Malaysia yang mahu cuba pergi casting AsTNM supaya perlu ada keyakinan diri tinggi, kekuatan mental dan jadi diri sendiri pada setiap masa. Melissa kata produksi AsTNM mementingkan personaliti sebagai faktor utama pemilihan sampai sediakan 500 soalan untuk dijawab bakal peserta berkaitan senario bila diaorang terpaksa dikurung dalam satu rumah tanpa telefon, Internet & tak boleh hubungi family, bf or kawan2. Diaorang gak perlu dinilai pakar psikitiari kesihatan mental sama ada dapat bertahan tinggal serumah dengan model lain kalau terpilih. Dasyat kan uolss pemilihan dia.

Sebab tu kita tengok kat AsTNM setiap wakil ada personliti yang colorful, ada yang strong, poyo, funny & ada yang ala2 aku insan yang lemah & sentiasa dipandang rendah.Nak2 dah tiga musim pemenang AsTNM macam Gani, Tawan & Maureen mula bukan model yang kuat, tetapi ala2 berjaya harungi cabaran untuk menang akhirnya. Drama sangat kan uolss, manakala calon model yang kuat selalu tersingkir or tak menang akhirnya.

Inilah prestasi Malaysia dalam AsTNM setakat ni uolss...

Musim 1 
Melissa Th'ng (Tempat ke-7) 
Juara: Thailand (Jessica)

Musim 2 
Sheena Liam (Juara) 😘😘😘😘
Josephine Tan (6)
  
Musim 3 
Melissa Tan (8) 
Shareeta Selvaraj (14)
Juara: Indonesia (Gani)

Musim 4 
Tuti Noor (6) 😍😍😍
Juara: Thailand (Tawan)

Musim 5 
Shikin Gomez (Naib Juara) 😘😘😘😘😘
Alicia Amin (10) 😍😍😍
Juara: Filipina (Maureen)


KakPetir: Yakin Malaysia bakal jadi juara AsTNM musim ke-6. Over confident x?? 😄😁




Comments

  1. bangga! Kak Petir mne sambungan Natcos yg kedua. ayoyoyo. jgn lupa ya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts