Ada ke Ratu Malaysia dari Sarawak?

Nang kacak juak ratu cantik Sarawak

Lepas KakPetir dah fokus ratu cantik Sabah yang malatop & gojes2 semalam, tak adil la kan kalau KakPetir tak highlight ratu2 Sarawak yang tak kurang meletop & vass kan uolss.


KakPetir amat yakin ratu cantik Sarawak yang paling top top meletop & paling diingati dalam sejarah pageant tanahair tak lain dan tak bukan adalah Dewi Liana Seriestha - Miss Malaysia World 2014. Pencapaian Dewi KakPetir sifatkan satu dalam sejuta bila dia menjadi rakyat Malaysia pertama yang meraih gelaran 'Miss Talent' dalam Miss World yang diadakan di London.




KakPetir salah seorang dari 1 bilion umat manusia seluruh dunia yang tak lepaskan peluang mengikuti siaran secara live Miss World 2014 selepas mengikuti aktiviti pre pageant & dapat tau Dewi disenarai pendek ke Top 2 talent yang akan diadili secara lansung oleh juri Miss World pada malam finale.



Memang berbaloi2 KakPetir & rakyat Malaysia lainnya yang tunggu kemunculan Dewi yang bertanding merebut takhta 'Miss Talent' menentang Miss Scotland, Ellie McKeating yang mempertaruhkan vokal ‘gaelic’ menerusi lagu rakyat Scotish. Ellie rupanya adalah penyanyi yang turut dilatih secara klasikal di negaranya sama seperti Dewi yang mendapat pendidikan formal vokal dan seni persembahan di pusat pengajian tinggi seni berprestij negara, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)







KakPetir bukan sahaja terkesima dengan keampuhan vokal Dewi yang juga kelahiran Kampung Tematu, Kuching itu, di saat mempersembahkan lagu klasik opera ‘Don Juan Triumphant’ yang dipetik daripada teater antarabangsa tersohor,  ‘The Phantom of the Opera’, malah semua bulu2 roma badan KakPetir meremang bila Dewi mengalunkan nada whistling vocal dengan sempurna sekali. Keputusannya kita semua tahu, Dewi berjaya menang Miss Talent dan secara automatik disenaraikan sebagai peserta semifinal Top 25.


Kejayaan Dewi ni KakPetir rasakan amatlah signifikan dan KakPetir letakkan kejayaan Dewi kedua selepas Lina Teoh berjaya mengondol Second Runner Up Miss World 1998. KakPetir letakkan Dewi di tempat teratas selepas Lina Teoh kerana kemunculan Dewi bertanding secara lansung menunjukkan bakat dan kemampuan dirinya secara solo hampir 3 minit di kaca TV adalah melebihi mana2 ratu cantik negara kita malah Lina Teoh pun dalam portion soal jawab akhir pun hanya muncul tak lebih 2 minit menjawab soalan, itu pun bersama host Ronan Keating.


Dewi pula bukan saja diberi fokus bersama Miss Scotland dalam segmen Talent Miss World yang berlangsung hampir 15 minit malah KakPetir anggap dia insan terpilih kerana diadili juri final di kalangan pemenang Miss World termasuk Agbani Darego (MW2001), Zhang Zilin (MW2007) , Azra Akin (MW2002) dan Kaiene Aldorino (MW2009) selain Julia Morley yang juga pemilik Miss World. Pencapaian Dewi berjaya membuat persembahan secara langsung juga satu yang luar biasa & bersejarah kerana produksi Miss World buat pertama kalinya, membuat keputusan mengadili Top 2 pada siaran finale disebabkan bakat luar biasa Dewi dan pesaingnya Ellie. Dewi bukan sahaja mencatat sejarah sebagai pemenang malah bakat besarnya dipuji peminat pageant dunia. Sebagai peminat & pemerhati beauty pageant tempatan, KakPetir dan rakyat Malaysia sesunguhnya amat berbangga sekali & menyifatkannya sebagai our finest hour in beauty pageant history gitu. Malah kejayaan Dewi mendapat liputan meluas media di negara kita & dan disiarkan dalam media2 di London.



Selain kejayaan hebat Dewi ni, KakPetir nak shout out kepada beberapa anak Sarawak yang pernah memenangi Miss Unierse Malaysia ni uolss. Rupanya ramai gak anak Sarawak pernah mewakili Malaysia ke Miss Universe ni. Antaranya,
Liza Isabella Koh - Miss Universe Malaysia 1994 - yang berbangsa Iban Cina Sarawak. Liza tak kurang hebatnya kerana pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi ketika minggu pageant di Manila sehingga mendapat liputan meluas akhbar antarabangsa ketika itu. Kalaulah Liza wakil Malaysia di zaman Trump or IMG ambik alih, dah tentu dia tersenarai as semifinalis kan uolss.



Antara ratu cantik Sarawak KakPetir paling suka selain Dewi adalah Jeanette Ooi - Miss Universe Malaysia 1999. Kecantikan Jeanette yang juga Orang Ulu Sarawak ini bagi KakPetir sangat tersendiri dan unik dengan kulit mulus putih serta potongan badan yang modesleque. Jeanette juga membawa EG antara yang terbaik wakil Malaysia pernah gayakan untuk prelim iaitu EG seksi hitam yang moden dengan high slit dan cut out di bahagian perut lengkap dengan gloves hitam.




Mesti ramai yang tak tahu, Sarawak menang Miss Universe Malaysia back go back apabila Lynette Mei Ling Ludi - Miss Universe Malaysia 2000 - selepas Jeanette Oii menang MUM pada 1999. Lynette yang juga gadis dari enik Bisayan dengan campuran darah Eurasian sebenarnya amat gojes walau ketinggian dia tak seberapa. Lynette juga antara wakil Malaysia yang amat bijak dalam berkomunikasi kerana latar belakang dalam bidang medikal, selain fasih bahasa Portugis. Malah Lynette menjadi best friend Miss Venezuela, Claudia Moreno, yang akhirnya menang First Runner Up kepada Lara Dutta. Maybe latar belakang Claudia sebagai doktor gigi yang down to earth & Lynette dalam bidang medik membuatkan mereka ngam kan.




Seorang lagi Miss Universe Malaysia dari kalangan anak Sarawak adalah Adelaine Chin - Miss Universe Malaysia 2007. Ramai fans yang kata Adelaine adalah zaman kegelapan Miss Universe Malaysia. KakPetir separuh setuju gak. Tapi sebenarnya kesalahan utama perlu ditanggung MUMO ketika itu yang gagal buat persediaan & beri latihan sewajarnya untuk Adelaine bertanding di MU2007. Hasilnya, penampilan Adelaine sangat menyedihkan & memeranjatkan ketika menjejakkan kaki di Vietnam dengan wajah polos langsung tiada solekan selain styling tak kena gaya yang membuatkan Adelaine nampak amat berusia dari umurnya. Sebenarnya, dengan styling & make up sesuai Adelaine mampu tampil lebih hebat kan uolss.

KakPetir: Ayuh gadis2 cantik Sarawak munculkan diri & kagumkan dunia di pentas pageant 😘😘

Comments

Popular Posts