TNMUM2015 - Selepas Webisode ke 3
Setelah berakhir 3 episode WEBISODE di laman youtube rasmi MUMO , mari kita tinjau apakah pandangan peminat terhadap gadis-gadis yang merupakan finalist pada kali ini.
Mungkin disebabkan masih lagi awal perjalanan TNMUM 2015 ini maka tida banyak yang boleh diperkatakan. Namun , sedikit sebanyak kita boleh lihat prestasi para finalist sehingga episode yang ke 3. Mula-mula mari kita baca pendapat peminat yang admin ambil dari warung Missosology ini. Sesiapa yang mengikuti warung di Misso ini sudah tentu tahu bahawa FAVOURITE UTAMA yang sering diperkatakan untuk merangkul mahkota Miss Universe Malaysia edisi kali ini ialah KELLY JAGAN. Harus di ingat bahawa mereka-mereka di Misso ini bukanlah calang-calang peminat ye. Malahan ada antara mereka sudah mengikut Beauty Pageant ini sejak lama lagi. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang digelar PREDICTIOINIST seperti Miss Camden Town dalam warung terbabit yang sememangnya pakar dalam meramal sesuatu pageant. Maka buah fikiran mereka seharusnya kita pertimbangkan juga.
Bagi yang ingin mengikuti mereka boleh click pada link ini.
Sekarang mari kita lihat pula pandangan admin yang tidak seberapa dan masih junior dalam bidang Beauty Pageant ini. Malu pula rasanya nak komen lebih-lebih. Apa-apa pun hanyalah sekadar pandangan peribadi admin sahaja ye. Sama-sama kita belajar dan perbaiki kelemahan diri masing-masing. Tetapi admin tidak akan mengulas keseluruhan finalist pada kali ini. Hanya beberapa yang admin pilih.
Kelly Jagan
Seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang modelling. KJ tidak menghadiri sesi make over. Hakikatnya tidak perlu sebab she has everything to be our next queen. Walaupun tidak berapa sihat, KJ muncul di saat-saat akhir, make up dan terus shoot untuk official photo shoot bersama Alexio Yeoh. KJ merupakan favourite utama bagi edisi kali ini dah merupakan finalist yang ke 17.
Gloria
Tidak dinafikan Gloria memiliki wajah antara yang tercantik bagi edisi kali ini. Berpengalaman dalam Beauty Pageant menjadi satu kelebihan buat Gloria. Admin menjangkakan Gloria akan pergi jauh dalam edisi kali ini. Mungkin tempat bagi spot top 4 adalah sudah pasti untuk Gloria.
Jenny
Jenny memiliki features wajah yang sangat esotik dan queenly. Tetapi mungkin faktor ketinggian akan menjadi penghalang buat Jenny. Jenny seharusnya pandai mengawal senyuman kerana wajahnya sangat mempersona seandainya senyuman yang lebih terkawal di berikan.
Nisha Kumar
Sangat berpengalaman luas dalam bidang modelling sebagaimana KJ. Malahan, Nisha juga pernah menyertai beberapa contest Beauty Pageant sebelum ini seperti Miss Earth. Jika dibandingkan semasa ME dan MUM ini, Nisha lebih bersedia pada kali ini. Tubuh yang semakin langsing dan sudah pasti Nisha akan lebih berusaha untuk memiliki tubuh yang BANG. Namun, bagi pendapat admin faktor ketinggian masih menjadi batu penghalang buat Nisha.
Sugeeta
Memiliki wajah antara yang paling cantik dalam edisi kali ini. Tidak lupa juga tubuh yang menawan. Berbanding semasa edisi 2012 kali ini Sugeeta kembali dengan lebih bersedia. Sangat rajin update facebook page dan berinteraksi dengan para peminatnya. Admin telah folo Sugeeta sejak 2012 lagi dan kehadiran Sugeeta pada kali ini amat admin kagumi.
Bagi admin, Meera memiliki "something" dalam edisi kali ini. Tinggi, very good speaker tetapi maybe faktor pengalaman yang membezakan Meera dengan yang lain. Namun, itu tidak menjadi alasan kerana sesiapa yang bekerja keras, fokus tentu akan ada hasil yang lebih baik.
Untuk kali ini, setakat ini sahaja coretan dari admin. Sokongan anda semua tetap admin hargai. Maklumlah admin pun masih dalam proses belajar. Banyak lagi perlu pelajari dari anda semua. Sebarang cadangan jangan lupa PM admin di facebook fanpage ye #MBPfc
#killitkelly #Sugeesterz #Meeraformalaysia #GloriaGlory4Malaysia
Comments
Post a Comment