The Next Miss Universe Malaysia 2015


TNMUM 2015. Masih adakah harapan buat Malaysia?



Adakah lebih 50 tahun harapan akan menjadi kenyataan pada edisi 2015 ini? Terlalu banyak rintangan, ranjau dan onak duri yang perlu ditempuh. Adakah bakal Miss Universe Malaysia 2015 mampu menepis semua itu demi membawa nama Malaysia ke satu aras yang lebih tinggi?

Mari kita lihat dah kaji potensi setiap Finalist dalam TNMUM 2015 ini.


1. Vaness Tevi, 23 tahun, Negeri Sembilan.
2. Meera, 23 tahun, Kedah
3. Jasveer , 26 tahun, Serawak
4. Pauline Tan, 23 Tahun, Selangor
5. Pauline Thong, 21 tahun, Selangor
6. Vaisnevi, 23 tahun , Kuala Lumpur
7. Nisha Kumar, 24 tahun, Selangor
8. Ashley Ahn , 22 tahun, Selangor
9. Kelly Jagan, 25 tahun, Sabah
10. Jenny Wong , 23 tahun, Selangor
11. April Tang, 24 tahun, Selangor
12. Amanda Khong, 25 tahun , Kuala Lumpur
13. Sugeeta , 25 tahun , Selangor
14. Shalini , 20 tahun, Kuala Lumpur
15. Shelina , 22 tahun, Selangor
16. Kohinorr, 22 Tahun, Sabah
17. Gloria Tneh, 23 tahun , Peneng

Di antara 17 senarai di atas, masih awal lagi untuk kita lakukan sedikit review atau penilaian terhadap prestasi mereka semua, Namun, seawal sebermulanya webisode di youtube maka Admin telah meletakkan beberapa orang yang admin rasa berpotensi untuk pergi lebih jauh.


Walaupun masih terlalu awal, tetapi Admin berpendapat Kelly Jagan merupakan finalist TNMUM2015 yang paling berpotensi besar untuk dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2015. Dilengkapi dengan pengalaman sebagai model , pakar dalam catwalk dan mempunyai protfolio yang dikenali oleh seluruh industri pemodelan Malaysia , sudah pasti Kelly Jagan akan menjadi pencabar paling hebat bagi peserta yang lain. Namun, pengalaman dalam bidang Beauty Pageant sebelum ini bagi Gloria , Sugeeta, Nisha dan Kohinoor tidak boleh dipandang sepi begitu sahaja.

Jika dipandang dari aspek ketinggian sudah tentu Kelly  mempunyai kelebihan. Sejujurnya admin masih tidak nampak sepenuhnya aura RATU dalam kalangan peserta kali ini. Mari kita tinjau dari aspek Media Sosial para finalist. Finalist kali ini tampak kurang berkomunikasi dengan fans di ruang cyber yang sedia ada. Tanpa sokongan daripada fans sudah tentu amat sukar bagi sesorang RATU untuk meneruskan cabaran dalam dunia Beauty Pagent yang sangat mencabar ini. Admin berpendapat Kohinoor, Kelly Jagan, Nisha , Sugeeta dan Meera pandai berkomunikasi dengan fans di ruang cyber. Terdapat sebilangan finalist yang gagal untuk post update atau info tentang dirinya di fanpage walaupun sekadar 1 post sehari. 

Finalist harus sedar, fanpage adalah merupakan medium yang terbaik untuk mendekatkan diri dengan fans. Mari kita nilai bilangan LIKEs yang diperoleh oleh setiap finalist kali ini di ruang fanpage mereka masing-masing. (sehingga 8:50 malam , 8 Febuari 2015)

1. Vaness Tevi -1390 Likes-
2. Meera - 4143 Likes -
3. Jasveer - 1042 Likes -
4. Pauline Tan - 3938 Likes -
5. Pauline Thong - 857 Likes -
6. Vaisnevi - 1736 Likes- 
7. Nisha Kumar -2564 likes-
8. Ashley Ahn - 1190 Likes -
9. Kelly Jagan - 3873 Likes -
10. Jenny Wong - 1183 Likes - 
11. April Tang - 1117 Likes - 
12. Amanda Khong - 1922 likes -
13. Sugeeta - 1971 likes - 
14. Shalini - 326 likes - 
15. Shelina - 889 Likes -
16. Kohinorr, 5818 Likes -
17. Gloria Tneh - 358 Likes -

Jika dinilai dari prestasi Likes nampaknya masih ada finalist yang mendapat Likes kurang dari 1000 likes. Jika keadaan ini berterusan bagaimanakah finalist terbabit ingin berkomunaski dengan peminat mereka. Ya mungkin juga instagram atau twitter barangkali. Harapnya begitulah. Kohinoor mempunyai fan base yang agak besar melebihi 5000 likes. Meera dan Kelly Jagan juga mempunyai fan base yang agak besar. Kohinoor dan Kelly Jagan fanpage sangat aktif berkomunikasi dengan fans. Dengan fan base yang besar sudah tentu sokongan juga adalah besar. Semua ini perlu di ambil kira oleh seorang RATU,

Jadi adakah nanti kira-kiranya antara Kelly Jagan dan Kohinoor. 

KK vs KJ.


Semestinya ramai yang berkata , masih telalu awal untuk berkira-kira siapa pemenangnya. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti. Mari kita lihat jadual di bawah untuk menononton webisode di youtube dan Siri TNMUM 2015 nanti.





Terima kasih kerana sudi membaca. Sekadar berkongsi pendapat sahaja. Segala kekurangan harap di maafkan.



Comments

Popular Posts