Kenangan 2014
Salam hormat buat semua pembaca
Sebagai pembuka bicara bagi blog MBPfc ini, admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian membaca dan berkongsi segala idea yang bernas buat MBPfc. Bermula dengan fanpage MBPfc hari ini MBPfc memulakan langkah dengan melancarkan blog MBPfc. Semoga usaha murni ini akan mendapat sokongan dari anda semua.
Mari kita imbau kenangan 2014.
Sepanjang tahun 2014, dunia Beauty Pageant yang berlegar di bumi Malaysia tercinta ini mula menampakkan perubahan dan impak yang sangat besar. Ratu-ratu cantik kita pada kali ini boleh dikatakan adalah lebih bersedia dan sememangnya layak digelar Beauty Queen.
Miss Malaysia Global International (MGIM) telah memulakan langkah yang sangat positif apabila memahkotakan Ratu Cantik Malaysia yang sangat berpotensi. Wakil kita dalam Miss International, Miss Supranational, Miss Globe dan Miss Intercontinental seharusnya telah memberikan impak yang sangat besar dalam dunia Ratu Cantik tanah air.
Rubini yang membawa nama Malaysia ke Miss International boleh dikatakan sebagai wakil negara yang terbaik pernah menyertai Miss International di Jepun.
Kemunculan Audrey di Miss Supranational sukar dilupakan. Semangat Audrey dan personaliti yang menarik sehingga dinobatkan sebagai Miss Best Smile di Miss Supranational di Poland. Hal ini sedikit sebanyak memberi harapan baru buat Malaysia di stage Miss Supranational. Semoga usaha yang telah diberikan oleh Audrey ini akan menjadi titik penyambung kejayaan di Miss Suprantaional 2015 nanti.
Walaupun kehadiran Nicole di Miss Intercontinental dikatakan kurang menyengat namun tetap harus dipuji dengan usaha yang diberikan. Siapakah kita untuk menidakkan usaha Nicole membawa nama Malaysia dia mata dunia? Namun , kebanyakan fans agak kecewa apabila NatCos Nicole berubah tidak seperti asal dan ketiadaan HEADGEAR menyebabkan Nicole kelihatan tidak bersedia dari aspek NatCos. Tidak tahu di manakah salahnya atau pun admin sendiri yang ketinggalan info akan perkara ini. Maaf jika maklumat tidak tepat.
Prestasi Wendy di Miss Globe pula boleh dipuji. Wendy kelihatan sangat bersedia dan sentiasa memberi senyuman yang menawan sebagaimana Audrey di Miss Supranational. Namun, rezeki Malaysia masih tiada buat tahun 2014.
Apa-apa pun ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH buat Rubini, Audrey, Wendy dan Nicole.
Tahniah buat MGIM. MBPfc akan terus menyokong MGIM atas usaha yang tidak pernah jemu menaikkan nama Malaysia di mata dunia dalam dunia Beauty Pageant ini.
Bagaimana pula dengan Miss Earth? Wakil yang sangat rajin. Dari permulaan dinobatkan sebagai Miss Earth Malaysia sehingga ke saat ini masih tetap aktif memberi sokongan terhadapat kegiatan alam sekitar. Renee Tan admin sangat-sangat puji sebagai seorang Ratu Cantik PALING RAJIN dan bertanggungjawab dengan amanah yang telah diberikan.
Renee Tan telah sanggup pergi ke Filipina sebagai langkah awal untuk membantu mempromosikan usaha menyelamatkan alam sekitar di bawah ENO,Kalaimani Cares Program. Renee mempunyai ramai peminat di Filipina. Namun, usaha yang dilakukan oleh Renee dan MEMO masih tidak menjadi pilihan hati MEO. Amat mengecewakan apabila Renee tidak berjaya ke semi final ME.
Terima kasih buat Renee Tan. Walaupun sehingga ke hari ini admin masih sedih dan susah nak percaya yang Renee tidak berjaya ke semi final ME tetapi admin percaya RENEE adalah MEM yang terbaik setakat ini.
Pencapaian tertinggi Malaysia pada tahun 2014 adalah dalam Miss World. Dewi Liana satu sosok tubuh yang menjadi favourite semasa Miss World Malaysia final lagi. Dinobatkan sebagai Best In Talent dalam Miss World 2014 Dewi telah mencatat satu sejarah baru buat Malaysia di pentas Miss World. Admin boleh katakan Dewi adalah seorang yang bekerja keras untuk mengharumkan nama Malaysia. Bermula dengan tubuh yang agak gempal, Dewi berjaya melangsingkan tubuh hanya dalam beberapa bulan. Ratu cantik yang sangat bekerja keras dan tidak pernah menghampakan peminat tanah air.
Tirai Miss Universe baru sahaja berlabuh pada bulan Januari 2015 yang lalu. Sabrina Beneett sesungguhnya adalah MUM yang cantik, tinngi dan berpesonaliti menarik. Begitu banyak cabaran onak dan duri yang terpaksa Sabrina@Sabby hadapi terutama dari fans yang tidak berpuas hati dengan prestasi Sabrina sebelum berangkat ke Doral. Namun, Sabrina telah membuktikan bahawa segala tohmahan dan kata-kata pahit yang dilemparkan adalah bagaikan angin yang bertiup berlalu pergi. Sabby tetap gagah dan teruskan perjuangan di Doral, Walaupun Malaysia masih gagal ke semi finals MU lagi pada kali ini, itu sudah menjadi asam garam buat Malaysia kerana sudah lebih 50 tahun kita gagal lolos ke semi final. Bilakah sumpahan ini akan berakhir agaknya.
Dalam tahun 2014 berita sedih tetap kita hadapi dengan tabah. Pemergian Mr Global Malaysia Allahyarham Muhammad Syazwi pada 3 November amat mengejutkan semua pihak. Arwah yang melawan penyakit leukimia yang dihadapinya sejak sekian lama akhirnya pergi juga menemui yang maha esa. Sama-sama kita doakan dan sedekah al-fatihah buat arwah.
Semoga 2015 memberi sinar yang lebih baik buat Malaysia.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Admin
MBPfc
Comments
Post a Comment