Big Pageant vs Small Pagent
Coretan di teruskan.
Kali ini admin ingin membicarakan perihal Pageant yang dikatakan BESAR/GRAND sehinggakan dikenali sebagai Big 4 Pageant. Bagi musim 2014 Big 4 Pageant diiktirafkan kepada negara USA selepas 2013 diberikan kepada Philippines oleh Missosology.
Adakah perlu diberikan jolokan pageant yang dianggap besar dan kecil? Jika dilihat Miss Universe, Miss World, Miss Earth dan Miss International dikatakan sebagai BIG 4 pageant di dunia ini. Namun sejak kebelakangan ini admin lihat terdapat pageant lain yang penganjurannya adalah lebih hebat mahupun releven untuk diperkatakan pada masa kini.
Cuba kita lihat bagaimana perjalanan Miss Supranational yang begitu hebat diadakan. Tidak kurang juga Miss Grand International yang semakin mendapat perhatian semua.
Adakah Malaysia mempunyai peluang dalam pertandingan seperti MSupra, MGI atau MIntercon. Dalam Big 4, Malaysia nampaknya lebih terarah dalam Miss World. Kejayaan demi kejayaan pernah kita kecapi dalam Miss World. Namun, Miss Universe, Miss Earth dan Miss International terus ketandusan waima penghargaan sebesar kuman sekalipun.
Miss Suprantional telah memberikan kita sedikit kejayaan yakni pihak penganjur mula menerima kehadiran Malysia dalam Miss Supranational. Nancy Marcus pada esidi 2013 telah memenangi Best In Talent manakala Audrey pula bagi edisi 2014 memenangi Best Smile. Sedikit sebanyak kejayaan ini memberi ruang dan peluang kepada Malaysia untuk lebih berjaya dalam Miss Supranational.
Bagaimana pula dengan pageant yang lain yang telah disertai oleh wakil kita? Perlukah kita hendak menidakkan usaha mereka termasuk usaha team mereka bagi menaikkan nama Malaysia. Segalanya dilakukan atas erti minat sebagaimana admin lakukan sekarang atas dasar minat sahaja.
Miss and Mister Diversity Culture International telah menaikkan nama Malaysia dalam dunia pageant walaupun ramai yang mengatakan hanyalah sekadar pageant kecil sahaja. Kalau tidak dimulakan dari yang kecil manakan datang yang besar. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, Apa-apa pun admin tetap kagum dan puji team MDCI Malaysia dan Borneo yang telah berusaha atas nama Malaysia. Hasilnya Lew Voon Khong telah dinobatkan sebagai Juara Mister Diversity Culture International manakala Kueh Mei Fung pula 2nd runner up bagi Miss Diversity Culture International. Team Boneo Republic yang telah menghasilkan NatCos bagi Kueh Mei Fung dipilih sebagai Best National Costume. Satu pencapaian yang tidak boleh ditidakkan oleh kita semua.
Mari kita imbas pula kejayaan Cherish Lim dalam Miss Tourism World 2014. Daripada 55 orang peserta di seluruh dunia Cherish berjaya berada pada ranking ke 8. Satu pencapaian yang sangat membanggakan kita semua. Hakikatnya pemergian Cherish ke sana tidak pula diberikan perhatian oleh kita semua. Apabila Cheris memberikan kerjayaan buat Malaysia barulah ramai orang memperkatakan perihal tersebut. Bayangkan jika dari awal Cherish mendapat sokongan padu dari semua peminat sudah tentu hasilnya adalah lebih baik. Namun, kejayaan Cherish ini admin amat kagum dan masih tidak terlewat untuk mengucapkan Terima Kasih kerana sudi mewakili Malaysia.
Justeru, adakah kita sebagai peminat hanya perlu nak hype BIG4 sahaja. Admin berpendapat sebagai rakyat Malaysia dan peminat kita perlu menyokong semua wakil kita tidak perlu lah sama ada BIG 4 atau pun SMALL 4. Sokongan yang padu kepada semua wakil kita akan memberikan mereka lebih bermotivasi untuk terus berjaya. Janganlah sekadar hendak menghentam sahaja gayanya. Namun, perlulah diberikan cadangan yang lebih membina. Awas CADANGAN dan HENTAMAN adalah dua perkara yang berbeza.
Kita perlu bersatu sebab dunia Beuty Pageant Malaysia ini bukanlah besar mana. Jikalau fans sendiri berpecah-belah akan memberi impak yang negatif kepada Beauty Pageant tempatan. Akhir kata dari admin :-
Semoga kita semua akan lebih bersatu pada edisi 2015 ini.
*mungkin ada pageant lain yang disertai oleh Malaysia pada edisi 2014 dan meraih kejayaan tetapi admin terlepas pandang. Harap maaf.
Comments
Post a Comment