Siapakah Miss Universe Malaysia 2018

Debaran kian terasa


Hai uolss,  KakPetir muncul kembali selepas lama bertapa di dalam gua yang paling dalam 😁😂
Pejam celik,  pejam celik, dah tiba masanya untuk Malaysia memahkotakan Miss Universe Malaysia (MUM) 2018 pada Malam Gala yang bakal berlangsung esok malam. Teruja kan uolss.

Walaupun ada pemerhati serta peminat pageant tempatan kononnya seakan-akan tak ambil pot siapa yang bakal menang dek kecewa nasib Malaysia yang kekal unplaced dan kemarau berpanjangan selama 47 tahun di Miss Universe, namun masih ramai juga yang kekal teruja dan tak sabar menunggu jelitawan mana yang bakal dimahkotakan kali ini.


KakPetir sendiri rasa sangat teruja uolss sebab kali ni berpeluang mengikuti dan menonton sendiri siri The Next Miss Universe Malaysia yang disiarkan di saluran Diva Channel.  Benarlah kata pujangga,  tak kenal maka tak cinta.  Lepas KakPetir lihat sendiri performance semua finalis, skodeng akaun media sosial diaorg,  hakak mula minat dan kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan mereka.


Kali ini latar belakang finalis yang terpilih juga amat verstaile dan pelbagai sekali.  Ada pelajar perubatan, ahli farmasi, ahli kimia,  doktor haiwan,  pelajar psikologi,  pelukis,  deejay serta model dan semuanya mempunyai keistimewaan dan kecantikan tersendiri. Kebanyakannya KakPetir tengok mempunyai potensi tetapi perlu dipolish,  digilap dan disental kerana belum mencapai potensi diri paling optimum,  namun ada juga seorang dua yang memang pageant ready dan memerlukan hanya sedikit lagi sentuhan kemasan terakhir untuk dipakejkan sebagai ratu alam semesta Malaysia yang disegani.


Namun KakPetir bangga apabila kali ini kebanyakan finalis bukan sahaja bersungguh-sungguh,  malah sudah bersiap-sedia mempunyai advokasi masing-masing untuk diperjuangkan.  Ada finalis memperjuangkan pesakit Aids dalam negara,  makanan untuk gelandangan serta pendidikan untuk anak-anak kurang bernasib baik. Inilah kelainan yang KakPetir nampak pada finalis kali ni apa lagi MUO sejak dibawah kendalian pemilik baharu,  mahukan bakal pemenang serta semifinalis yang bukan sahaja Confidentaly Beautiful malah bijak,  unik dan mempunyai advokasi perjuangan mereka untuk masyarakat.


KakPetir semakin berdebar apabila semalam siri TNMUM menyingkirkan 2 finalis Top 8 iaitu Charlotte dan Jaipreet dan menyaksikan Top 6 yang bakal bersaing di pentas Malam Gala MUM2018 adalah Kayaatri,  Natasha,  Charmaine,  Alexis,  Jane Teo dan Liliana. Daripada 12 peserta sudah tersingkir awal,  4 daripadanya akan dipilih sebagai peserta Wild Card dan disenaraikan dalam Top 10 yang hanya akan diumumkan pada Malam Gala nanti.  Ramai peminat dan pemerhati mengatakan bakal pemenang MUM2018 adalah antara mereka. Namun KakPetir tertarik dengan amaran National Director MUMO,  Datin Elaine Daly malam tadi yang menyatakan mungkin 12 finalis yang sudah tersingkir,  akan kembali menebus kecewa mereka pada minggu pageant dan Malam Gala seterusnya tak mustahil katanya terjadi kejutan apabila mereka mampu memberi upset kepada official Top 6 yang sudah tersenarai. KakPetir harap finalis Top 6 tidak ambik mudah peringatan Datin Elaine itu dan mengekalkan rentak konsisten sehingga ke garisan penamat.  Dalam sejarah MUM era baharu ni,  belum pernah lagi finalis yang sudah disingkirkan, menang mahkota MUM.  Namun pernah terjadi,  pada MUM 2014, Kasaulya Ida yang sudah tersingkir awal,  memberi saingan sengit kepada finalis Top 8, apabila dia membolot anugerah Miss Body Beautiful MUM2014 ketika Prelims dan menyingkirkan peserta favourite untuk merangkul 2nd Runner Up MUM2014. Akan ada ke kejutan malam esok apabila peserta tersingkir,  mengenepikab calon favourite Top 6 yang sudah disenarikan awal?  Jeng jeng jeng.  Kita tunggu sama-sama malam esok ya uolss.





KakPetir harapkan mereka yang diamanahkan jadi juri Malam Gala MUM2018 dan MUMO supaya membuat pilihan paling tepat jelitawan paling layak mewakili Malaysia. Mereka sedia maklum kriteria yang macam mana diinginkan MUO di bawah pengurusan dan hala tuju baharu WME/IMG. Buat semua finalis Top 6, bakal peserta 4 Wildcards serta tujuh lagi finalis lain,  selamat maju jaya KakPetir doakan. Kehidupan seorang dari kamu bakal berubah apabila dimahkotakan sebagai MUM2018 malam esok.

KakPetir: Bila lah wakil Malaysia nak merasa disenaraikan dalam semifinal MU ek?  🤔🤔

Comments

Post a Comment

Popular Posts