MUMO Janji Jane 100 kali Lebih Baik Menjelang MU
-MUMO mungkin hantar Jane ke Philippines untuk dilatih-
Helo uols bertemu kembali bersama KakPetir. So, macam mana pemenang Miss Universe Malaysia 2018 (MUM2018) yang baru dimahkotakan malam Khamis lalu, puas hati kan? Walau bergegar sekejap page-page pageant tempatan, antarabangsa & MUMO apabila sesetengah fans & netizen mempertikai kemenangan gadis manis tinggi lampai dari Penang, Jane Teoh, 20, yang berjaya merebut mahkota MUM 2018 hari tu. Jane dikatakan tidak layak menang kerana didakwa tidak mempunyai aura, tidak menonjol ketika beauty camp apa lagi sifat pemalu dan kurang bercakapnya disalah anggap sebagai bukan ciri seorang ratu sebenar. Apalagi Jane berjaya megenepikan beberapa fan favourite yang kerap disebut-sebut untuk menang termasuklah finalis Top 4 iaitu Alexis Sue Ann Seow Su-Yin, 22 (1st Runner Up) , Liliana Fernandez, 20 (2nd Runner Up), Jasebel Shalani Robert, 22 (3rd Runner Up), Charmaine Chew (Top 10), Shahnen Jade (Top 10) dan Natasha Aprillia (Top 10).
Kemenangan Jane dianggap tidak diduga langsung bagi ramai peminat, namun bukanlah satu kejutan luar biasa bagi sesiapa yang mengikuti serta menganalisis secara tersirat paparan The Next Miss Malaysia Universe 2018 (TNMUM2018) yang disiarkan Diva Channel setiap minggu. Gadis ayu dan sopan ini sebenarnya mula mengeluarkan taringnya sedikit demi sedikit ketika minggu terakhir Beauty Camp sekaligus berjaya menarik perhatian juri pada Pageant Weeks.
Bagi fans yang mengikuti siri TNMUM2018 pasti dapat melihat graf menaik performance Jane yang pada minggu awal Beauty Camp bukan sahaja tidak menyerlah malah sentiasa dikritik hebat juri jemputan sehingga pernah digelar tiada personaliti, berjiwa kosong selain dilihat sentiasa gelisah dan stress dalam cabaran awal.
Apatah lagi, aura Jane pada minggu-minggu awal Beauty Camp ditenggelamkan beberapa finalis berpersonaliti besar & ceria seperti Charmaine Chew, Alexis, Jaipreet selain Liliana yang KakPetir lihat amat konsisten dari minggu awal sehingga malam gala. Namun, graf Jane dilihat semakin menaik dan amat ketara perubahannya di minggu terakhir Beauty Camp apabila berjaya dalam Cabaran Photo Shoot Auto Bavaria selain dipuji juri apabila mula menampilkan keperibadian dan personaliti lebih meyakinkan dan bersahaja dalam Cabaran Personaliti bersama Penaja Utama dan Selebriti sehingga berjaya merebut Subsidiary Award, Miss Online Personality. Kemuncaknya apabila perubahan drastik Jane yang bermula perlahan itu disedari juri-juri apabila dia khabarnya mendapat markah antara tertinggi dalam Preliminary Close Door Interview bersama tiga lagi finalis iaitu Liliana, Alexis dan Charmaine Chew.
KakPetir dan Ratu Mestikah Joseph Montenegro yang turut hadir ke Malam Gala MUM2018 Khamis lalu juga sejak awal sudah membuat ramalan calon underdog akan beroleh kemenangan jika calon favourite termasuk Liliana, Charmaine, Alexis mahu pun Shahnen mengalami masalah atau tersadung pada pusingan Q&A. Ternyata telahan hakak dan Ratu Mestikah benar belaka.
Ini antara analisis yang hakak dan Ratu Mestikah sempat bincangkan ketika menyaksikan Pusingan Q&A Top 10 dan Pusingan Akhir Q&A secara dekat dan Live pada MUM2018 :
Top 10
*Charmaine Chew sebenarnya berjaya menjawab soalan berkaitan isu media sosial dengan cemerlang sekali. Ketiadaan Charmaine dalam Top 4 agak mengejutkan hakak & Ratu Mestikah. Hakak speku kedudukan ke Top 4 amat sengit sekali dan juri bertindak memilih finalis lain berbanding Charmaine.
*Kayaatri sangat jelita dengan persalinan EG biru nila rekaan Ray Aiman. Namun Kayaatri sangat gemuruh ketika menjawab soalan mengenai apa yang akan dilakukannya jika mempunyai duit yang melimpah ruah sehingga tersasar dari soalan.
*Jaipreet bagi hakak berjaya menyampaikan idea dan menjawab isu sexual harrasment dengan baik sekali namun tiada rezeki ke Top 4. Hakak speku kedudukan markah antara Jaipreet, Charmaine dan finalis yang berjaya ke Top 4 amat rapat dan sengit sekali.
*Melissa juga bagi hakak agak berjaya menjawab soalan mengenai isu dunia masa kini apabila memilih bercakap tentang kebimbangan terhadap perang nuklear. Namun jujur hakak rasakan, Melissa kurang aura dan tidak memiliki x factor untuk melayakkannya melangkah ke Top 4.
*Natasha Aprillia sepatutnya merebut peluang memberi jawapan yang baik kerana beliau satu-satunya finalis yang dibacakan soalan 2 kali oleh host malam itu iaitu kali pertama dalam Bahasa Inggeris dan kali kedua dalam Bahasa Malaysia. Namun sayang seribu kali sayang. Natasha juga dikuasai perasaan gemuruh sehingga gagal menenangkan diri daripada memikirkan dengan tenang jawapan terhadap isu wanita masa kini. Natasha sebaliknya bercakap tanpa arah tujuan, tersasar dan tidak menjawab soalan. Kalaulah Natasha berjaya menjawab soalan berkenaan dengan baik, hakak yakin, Natasha akan melangkah ke Top 4 dengan mudah.
*Shahnen Jade adalah antara favourite peminat disebabkan wajahnya yang amat jelita dan memiliki kecantikan yang lembut. Namun sama seperti Kayaatri dan Natasha, Shahnen membiarkan perasaan gemuruh menguasai dirinya sehingga gagal menyampaikan jawapan dengan tenang, teratur dan berkesan. Sangat sayang sekali kerana hakak merasakan Shahnen mempunyai idea yang baik terhadap soalan kerja amalnya apatah lagi Shahnen sebenarnya pernah menjawab soalan yang sama dengan cemerlang ketika siri TNMUM2018. Hakak mengharapkan Shahnen tidak putus asa dan teruskan menambahbaik kekurangannya itu dan mencuba lagi pageant lain atau MUM pada masa hadapan kerana Shahnen mempunyai potensi yang amat besar dan mempunyai kejelitaan yang sangat timeless.
Top 4
*Jane berjaya menjawab pusingan Q&A dengan cemerlang di Top 10 & Top 4, dengan jawapan sweet, simple & straighforward selain benar-benar menjawab soalan di kedua-dua pusingan. Jane juga berjaya mengawal diri, bersikap tenang dan yakin sepanjang menjawab soalan di kedua-dua pusingan, maka tidak hairanlah jika juri-juri malam itu menganggap prestasi Jane paling terbaik di dalam Top 4, apatah lagi menjawab soalan sambil disaksikan hampir 1,000 penonton bukan satu tugas yang mudah.
*Alexis cemerlang dan memberikan jawapan paling menyakinkan ketika Final Q&A Top 4. Namun jawapan di Top 10 agak kurang umphhh dan sedikit melalut di minit2 terakhir. Hakak pun ingat Alexis bakal dimahkotakan selepas mendengar jawapan padu di Q&A Final malah pasarela & catwalk Alexis juga adalah yang terbaik pernah disaksikan di pentas MUM, tapi apakan daya tuah tidak menyebelahinya kali ini.
*Liliana cemerlang dan menjawab soalan dengan penuh ikhlas, menyakinkan serta berkesan malah merujuk contoh dirinya dalam isu Body Shaming ketika Top 10. Namun Liliana mengalami sedikit masalah ketika Q&A Final. Walaupun Liliana bermula cemerlang pada Final Q&A Top 4 namun pada minit-minit terakhir jawapan beliau mula terganggu & sedikit tergesa-gesa apabila loceng masa tamat dibunyikan. Hakak memang mengharapkan Liliana antara finalis yang dimahkotakan sebagai MUM2018, namun rezeki tidak berpihak padanya. Liliana juga salah satu finalis paling menyerlah dan konsisten prestasinya dari Beauty Camp, Pageant Week sehinggalah Malam Gala. Hakak mengharapkan Liliana akan mewakili negara ke pageant antarabangsa lain selepas ini kerana Liliana sangat-sangat berpotensi dan amat jelita.
*Jasebel pula memberikan jawapan dengan tenang, bersahaja dan dari hati ketika Top 10 mengenai isu buli sehingga menyingkirkan beberapa calon finalis favourite sekaligus mara ke Top 4. Namun Jasebel gagal menyampaikan jawapan menyakinkan ketika Final Q&A Top 4 walaupun sebenarnya mempunyai idea yang bagus apabila berazam mahu tersenarai dalam semifinal Miss Universe 2018 jika beliau memenangi mahkota MUM2018, selepas Malaysia kempunan selama 48 tahun.
Kesimpulannya, hakak melihat juri MUM2018 tahun ini masih melihat prestasi pada Final Q&A sebelum menentukan pemenang kali ini. Prestasi Jane dilihat paling konsisten malam itu dari pusingan catwalk untuk Swimsuit, Evening Gown dan Q&A. Alexis Dan Liliana yang dilihat paling menyerlah sejak pusingan awal dikecewakan apabila melakukan sedikit kesilapan pada pusingan Q&A masing-masing pada Top 10 dan Top 4, sehingga Jane berjaya menyusup masuk menewaskan mereka. Apalagi apabila hakak melihat tema MUM2018 kali ini, 'Beauty Beyond You' seakan-akan kena dengan struggle Jane yang bermula sebagai pemalu & pendiam itu namun berjaya bangkit dan memperbaiki kelemahannya pada saat-saar terakhir yang penting sehingga meleburkan impian 16 lagi finalis lain.
KakPetir dan Ratu Mestikah tidaklah terlalu terkejut atau terkesima sehingga mahu meroyan-royan melainkan bersikap redha dan menerima keputusan juri Malam Gala 2018 MUM2018, apabila mereka melakukan tugas seadilnya mengadili semua finalis sehingga Jane Teoh berjaya memenangi mahkota bernilai RM4 juta hasil rekaan dan sponsor oleh Ceres Jewel itu .

Apatah lagi apabila melihat dan meneliti Jane Teoh dari jarak beberapa inci dari kami pada sidang media MUM2018 ternyata kejelitaan Jane yang berwajah oriental agak menyerlah dengan ketinggian 178 cm. Kejelitaan Jane bagi hakak amat verstaile sekali sama ada mahu dipakejkan sebagai wanita sopan penuh ayu mahu pun ratu diva seksi penuh attitude. Yang penting make up Jane perlu difokuskan di bahagian matanya yang mampu mengubah seluruh hala tuju penampilannya.
KakPetir berharap MUMO dan Jane turut bersedia dengan advokasi yang mahu diperjuangkan Jane di pentas MU, apatah lagi advokasi sudah menjadi kriteria baharu pengadilan MU yang menitik beratkan finalisnya perlu mempunyai ciri 'woman with substance' terutama perjuangan advokasi tertentu yang menjadi platform sebagai influencer di dalam masyarakat. KakPetir ingin mencadangkan MUMO dan Jane bekerjasama dengan NGO tertentu bagi melakukan advokasinya. Jane perlu terbabit aktif dalam advokasi pilihannya iaitu mahu membantu anak-anak miskin dan kurang kemampuan. Pada hakak, contohilah apa dilakukan Miss Universe 2017, Demi Leight Nel Peters yang terbabit menubuhkan NGO Unbreakable di South Afrika bagi membantu wanita di sana mempelajari seni mempertahankan diri. Ia bertolak dari pengalaman Demi yang diculik oleh penjenayah bersenjata. KakPetir yakin Jane boleh menggunakan pengalaman dirinya yang pemalu, pendiam dan sopan itu untuk mendekati kanak-kanak kurang bernasib baik dan melatih mereka menjadi lebih yakin diri dan berdikari seperti apa yang dilakukannya di pentas MUM2018.
Dimensi Baharu MUMO
-Buka Penyertaan Terbuka untuk National Costume MUM2018-
Pada sidang media MUM2018, hakak sangat teruja sekali apabila National Director MUMO, Datin Elaine Daly akhirnya buat julung-julung kali memberi hint akan mempertimbangkan secara serius untuk menghantar Jane Teoh menjalani latihan pageant di kem di Philippines.
Elaine berkata, sudah ramai fans menyuarakan cadangan itu dan beliau kali ini tidak menolak kemungkinan itu.
"Ya, ramai sekali fans yang DM saya di IG mencadangkan pelbagai perkara dan salah satu yang banyak disebut adalah supaya mula beralih arah dan menghantar pemenang MUM ke Philippines menjalani latihan di kem terkemuka di sana.
"Kita juga ada sistem latihan dan kepakaran yang bagus di sini namun saya akui Philippines sudah menemui dan memang ada formula tertentu untuk melatih ratu mereka sehingga berjaya menyinar dengan cemerlang di pentas Miss Universe dan mereka mempunyai reputasi hebat kini.
"Deborah Henry juga pernah dibantu kepakaran luar dari Colombia & Perancis, dan beliau mengakui ia membantunya tampil lebih yakin sesuai dengan acuan MU.
"We will look forward, consider seriously see the possibility to send Jane to Philippines.
"Bagi MUMO, kita akan memberi perhatian terhadap prepartion Jane, dari segi grooming, catwalk dan communication skill. Jane is a wonderful girl and amazing and dia pernah memperaga untuk pakaian Chanel, dan ia sesuatu pencapaian hebat sebagai runway model.
"MUMO kali ini amat serius dan berjanji akan buat senarai checklists sebagai persiapan lebih teliti. Kita akan pastikan Jane akan ditransform 100 kali lebih hebat daripada Jane yang anda saksikan malam ini, " janji National Director berkenaan.
KakPetir sekali lagi teruja apabila Datin Elaine Daly berkata MUMO akan membuka penyertaan secara terbuka untuk sesiapa yang berminat untuk mereka National Costume yang bakal digayakan Jane Teoh di pentas MU.
Katanya, selepas kejayaan NatCos KLCC rekaan Rizman Ruzaini dan Nasi Lemak rekaan Brian Khoo yang viral sehingga ke peringkat antarabangsa sudah tiba masanya momentum itu diteruskan dengan membuka prnyertaan lebih luas untuk rakyat Malaysia mencurahkab idea kreativiti masing-masing.
"Saya sendiri tidak tahu apa lagi tema yang mahu diangkat kali ini. Malaysia sudah sekian lama mengangkat tema pakaian tradisi seperti batik, songket dan kebaya untuk NatCos kita. Kita perlu teruskan momentum yang ada untuk NatCos yang lebih fresh dan penuh kreatif.
"Ramai peminat mencadangkan MUMO menerima penyertaan terbuka yang menghantar rekaan NatCos mereka. Pada saya why not, this year kita akan buat open submission pada yang berminat, " katanya.
Besar harapan hakak, untuk MUMO turut memberi peluang dan membuka penyertaan awam untuk pereka fesyen berminat menata serta mereka busana indah Evening Gown buat Jane juga. Jika boleh adakan pemilihan khas yang diadili juri-juri berkaliber dalam dunia fesyen bagi memilih EG yang benar-benar sesuai bukan sahaja untuk personaliti dan diri Jane malah mempunyai rekaan menarik dan cantik untuk ditampilkan di pentas MU. Ia juga bagi mengelakkan EG dan NatCos Jane nanti dikecam serta dihina golongan 'bijak pandai fesyen' yang hanya tahu mencemuh dan menghina rekaan orang lain tanpa mahu berganding bahu, bekerjasama apa lagi turun padang bagi mencurah idea dan bekerja keras demi nama Malaysia.
KakPetir: Jangkaan hakak dan peminat pageant tempatan amat tinggi terhadap transformasi Jane termasuk EG dan NatCos, harap MUMO bersungguh kali ini dan tidak menghampakan harapan kami.

Comments
Post a Comment