Kuatkan Semangat Mu Ratu Ku, Sanjeda John


Ayuh Malaysia, Bangkit Bersama & Bersatu Untuk Ratu Kita Semua

Hai uolss, KakPetir is back & here to stay gitu. Rindu hakak x uolls? 😜...Ok back to the real issue.  Hati KakPetir makin panas mendidih dua tiga hari ini apabila adalah jiran tetangga sibuk2 nak mengajar kita tentang budaya rumah kita sendiri.  Memang kalau boleh KakPetir memang dah bosan nak melayan skrip sama daripada bangsa yang tak masuk diajar ini, tapi bila dah melampau2 menghina,  memaki hamun sampaikan ratu yang tak kena mengena macam Sammy & bekas Miss Grand Malaysia 2016, Ranmeet Jassal pun diheret & dikecam sehingga akaun IG diaorg diserang sampai kena tutup ruangan komen. Paling buat hakak tak tahan geram bila bangsa Sanjeda pun dihina & diperkotak katik,  itu memang biadap to next level gitu. Apa yang buat KakPetir tak boleh terima sampai tuhan pun diaorang nak kaitkan. WTF... Kebabian apakah ini?? 




Kemuncak amarah KakPetir dan semua PL peminat pageant Malaysia semua apabila portal fb rasmi Miss Grand International terpaksa menurunkan gambar2 official Sanjeda John dalam senarai wakil2 rasmi negara bertanding semalam disebabkan sikap tak bertamadun bangsa yang mengaku memiliki semua kebudayaan yang ada di alam maya dunia ni menyerang profile Sanjeda dengan penuh kata2 nista & kebencian.  Bila orang cakap tak sekolah marah pulak kan,  paling memalukan dia pulak yang membuatkan fakta sejarah negara kita padahal clueless & tak tau hujung pangkal. Memalukan sungguh.  Apa yang paling kelakar,  mengaku orang2 Jawa yang dah berkurun jadi warga Malaysia sebagai rakyat Indonesia lagi,  lawak betul lah.  Ini yang dikata bodoh tak masuk diajar,  patut dikompangkan jek kepala diaorang ni satu persatu. Uolss saksikan sendiri lah kebiadapan diaorang ni yang sempat team MBPFC screen shot. Itu belum lagi akaun di IG dan FB yang dibuat diaorang khusus untuk menghina Sanjeda John.





Namun yang paling terjejas sudah tentulah ratu kita sendiri,  Sanjeda John yang diugut,  dikecam, dihina,  diejek sampai diberi amaran supaya jangan bercakap dengan ratu negara diaorang.  Setakat ni KakPetir tengok Sanjeda masih in control dan tidak terkesan,  tapi sekuat mana pun hati wanita seperti hakak sendiri yang strong ni pun akan tewas jika terus-terusan dijatuhkan sebegini.  KakPetir yakin Sanjeda sudah siap sedia menghadapi apa jua rintangan sebaik dia dimahkotakan sebagai Miss Grand Malaysia 2017. Buat Sanjeda John,  anggaplah ini sebagai asam garam untuk mencapai kejayaan dan just ignore haters walau diaorang semakin gigih memperhebatkan serangan psikologi kononnya untuk menjatuhkan semangat Sanjeda dan negara tercinta.







KakPetir dah jangka Sanjeda John akan terkena tempias buli siber selepas Miss Grand Malaysia buat sidang akhbar revealing NatCos kuda warisan Sanjeda last week. Buli siber bukan sesuatu yang boleh kita diamkan saja apa lagi mengharap ia akan berlalu sepi, sebab saban tahun wakil dan negara kita dibuli sesuka hati.  Sukan SEA KL 2017 yang lepas pun,  tengoklah macam mana negara kita dibuli & dipermalukan bangsa dan negara yang sama. Ini KakPetir lampirkan makna buli siber uolsss.







Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting , e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Malah buli siber dianggap lebih dahsyat daripada perbuatan membuli yang lain. Lebih sedih,  buli siber yang serius dan tak terkawal boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung dan berada dalam tekanan, malah dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Apa yang uols perlu tau,  buli siber adalah salah di sisi undang-undang dan boleh didakwa di mahkamah negara.  Tapi kalau dah  babit negara luar,  amat susahlah nak ambik tindakan kan uolss.






Apa yang kita,  peminat pageant tempatan dan semua PL Malaysia boleh buat dan lakukan adalah terus bersatu,  bangkit bersama dan terus berada di belakang barisan ratu2 negara terutama Sanjeda John, menyokong mereka dengan penuh daya & kasih sayang. Mereka adalah wakil Malaysia, duta kita di pentas dunia.  Ayuh,  kita bersatu hati,  ketepikan perbezaan yang ada untuk terus bersama ratu2 kita di waktu susah dan senang. KakPetir nak sangat lihat macam mana kita semua rakyat Malaysia menangkis serangan kecaman negara jiran tetangga masa Sukan SEA lepas kini kita tumpukan pula pada beberapa pageant grandslam yang bakal bermula dimulai dengan wakil kita Sanjeda John,  di Miss Grand International.  Don't let our girl down uolss,  apalagi Sanjeda bagi hakak sangat berpotensi dengan persiapan penuh teliti disediakan Miss Grand Malaysia. For Sanjeda,  All The Best & Stay Strong Girl,  U Can Do It.  πŸ’Ÿ




KakPetir: Nak jek hakak seru semangat wirawati,  SailorMoon - "Dengan Kekuatan Bulan Aku Akan Menghukummu"... Panah semua haters jiran tetangga... boleh?? πŸ˜†

Comments

  1. Bantuin aku ibu periiiiii.. Hehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Haters gonna hate!! Tapi biarkan lah tu... mmg ada saja mo di viral kalau haters!! Bikin panas��
    To our miss sanjeda... god always be with you ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup haters ada di mana2 kan uolss. Hakak tau Sanjeda John dah bersedia & kuat hadapi semua cabaran & apa jua rintangan kan. 😊

      Delete
  4. kuda bepang atau kuda warisan yang kalian sebut memang budaya Indonesia. dan tak sepantasnya kalian membawa budaya negara lain tanpa acknowledged budaya itu dari negara mana

    ReplyDelete
  5. DENGKI tu je masalah dia.. Tgk la kerajaan2 kesultanan yg ada di negara dieorng dijatuhkan/dihapuskan oleh sapa? Oleh bangsa agungan dieorng jgak..

    ReplyDelete
  6. Jangan nak jadi muka tembok, itu budaya asli punya Indonesia, pencuri mana ada yang mau ngaku, kalau ngaku bunuh diri kerna terlampau malu. Haha

    ReplyDelete
  7. Seharusnya Malaysia bisa menampilkan national costume yang identik dengan malaysia, bukan malah terinspirasi dari suku jawa yang sudah lama tinggal di johor. Itu sama saja dengan memperkenalkan kebudayaan indonesia.sudah di akui oleh akun miss grand malaysia kan.
    Jelas masyarakat indonesia marah dengan hal ini. Sesi National Costume di buat untuk memperkenalkan budaya negara sendiri, bukan budaya negara lain dengan alasan terinspirasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed
      Ngeles sahaja mereka ini, kebabian macam apa cuba πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete

Post a Comment

Popular Posts