Unduk Ngadau 2024 kembali ke daerah Inanam

 




Crowning Moments UNK 2024 Peringkat Kebangsaan!


Unduk Ngadau mewakili daerah Inanam, Hyellene Danius berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) peringkat Kebangsaan 2024.

Hyellene telah berjaya menewaskan 50 peserta lain pada pertandingan Unduk Ngadau peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kadazandusun (KDCA).

Hyellene membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, crown, saah dan juga hadiah iringan yang lain. 

Hadiah disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni dan turut diiringi isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

Tempat kedua berjaya dimenangi Unduk Ngadau dari daerah Kiulu, Elldiwirna Saimen yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, trofi, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan.

Bagi pemenang tempat ketiga telah dimenangi Monicka Majin yang mewakili daerah Keningau dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000, trofi, jambangan bunga serta hadiah iringan.

Selain itu, bagi pemenang tempat keempat berjaya dimenangi Unduk Ngadau mewakili KDCA Johor iaitu Romandawi Gapari yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan jambangan bunga.

Pemenang tempat kelima, keenam dan ketujuh masing-masing dimenangi Liane Melve Grace Lias; Elviana Gunong dan Richella Kan Siang Feng.

Kesemua mereka masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM3,000 dan RM2000 beserta trofi dan jambangan bunga.

Hadiah bagi tempat ketiga dan keempat disampaikan isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliag Salag.

Manakala hadiah bagi tempat kelima hingga ketujuh disampaikan isteri Timbalan Ketua Menteri Datin Cecilia Edwin.

Fans favourite iaitu Nurul Yanadido yang mewakili Kota Kinabalu hanya berjaya melangkah ke top 15 sahaja. Beberapa peserta lain yang juga fans favourite seperti UN Bandaraya, Karambunai, Labuan dan Sook gagal mara ke peringkat seterusnya. Semoga meraka akan dapat kembali ke arena Unduk Ngadau pada tahun hadapan. 


#mbpfc #info #undukngadau #sabah


Comments

Popular Posts