lagi-lagi isu pakaian atlit gimnastik Farah Ann yang dibangkitkan warga netizen.





Apabila Farah Ann membawa nama Malaysia , beliau telah memberikan yang terbaik. Mengerah segala keringat untuk mengharumkan nama Malaysia. Pengorbanan yang dilakukan oleh Farah Ann tidak boleh dipandang mudah dengan mempertikaikan cara berpakaian sebagai atlit gimnastik negara. Membawa cabaran ke sukan Olimpik Tokyo Jepun adalah pencapaian yang harus kita banggakan bersama-sama. Setiap orang mempunyai pilihan masing-masing dalam hidup dan cara masing-masing untuk mengharumkan nama Malaysia. Namun, sikap segelintir masyarakat Malaysia yang suka mengkritik perkara yang tidak sepatutnya harus dihentikan. Walau apa pun, kami di MBPFC tetap menyokong dan memberi penghargaan ucapan terima kasih buat Farah Ann kerana telah berkorban selama ini untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas sukan arena antarabangsa.


Credit photo:  Cover Z Story Zalora Malaysia


Credit photo:  Cover Z Story Zalora Malaysia

Sedikit info tentang Farah Ann.

Nama : Farah Ann Abdul Hadi
Tarikh Lahir : 3 May 1994 ( 27 tahun )
Ketinggian : 165cm
Asal : Subang Jaya, Selangor










Comments

Popular Posts