Sangat Impressive! Barisan Finalists Mrs Malaysia World 2019/2020

36 Finalists Mrs Malaysia World 2019/2020 yang bakal berentap di Grand Final

12 September 2019 - Mrs Malaysia World 2019/2020 telah mengadakan Live Audition di Hotel Pavilion Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree untuk memilih finalists yang layak ke Grand Final Mrs Malaysia World 2019/2020. Seramai 650 orang mencuba nasib, namun cuma 36 finalists sahaja yang layak untuk ke peringkat akhir.

Barisan finalists tahun ini nampaknya bukan calang-calang, antaranya : doktor, jurutera, entreprenuer, akauntan, pendidik, nurse dan banyak lagi yang berlatar belakang professional dan berpendidikan tinggi. Gerun pula bila admin baca profile dorang satu persatu. Namun seperti sedia maklum, Mrs Malaysia World bukannya cari model atau supermodel, tapi mencari seorang role model. 

Datin Harveen Kaur (National Director Mrs Malaysia World, Director Mrs Malaysia World Sdn Bhd, & Mrs Malaysia World 2017), Dato Dr Kattayat Mohandas (Founder & CEO Mrs Malaysia World Sdn Bhd) dan Kokilam Kathirvailu (Mrs Malaysia World 2018 & 2nd Runner-Up Mrs World 2019)

Tahun ini, admin percaya, para juri akan pening nak pilih siapakan bakal Mrs Malaysia World 2019/2020 yang bakal mengantikan tempat Kokilam Kathirvailu, yang berjaya membuat Malaysia bangga tahun lepas bila dinobatkan tempat ketiga keseluruhan daripada puluhan negara yang bertanding. 

Awal pagi lagi admin datang, admin perhati je semua yang datang audition. Tapi beberapa finalists yang berjaya menarik perhatian admin dan sempat admin culik dan interview adalah :

Dr. Hani Farhana, 33 tahun, Sumandak berasal daripada Sabah yang juga pemilik kepada Rose Bay Clinic di Kota Kinabalu. Admin sangat impressed dengan penampilan beliau dengan suit berwana cream putih semasa Press Conference, persis anak dara. Seperti sedia maklum, Sabah adalah powerhouse dalam beauty pageant, mampukan Dr. Hani Farhana buktikan di pentas Mrs Malaysia World 2019/2020?

Simmi Priyaa, 24, berasal dari Kuala Lumpur, seorang businesswomen dan designer, pemilik kepada brand Simmi Shimmero, seorang model professional dan juga dancer. Impressive kan profile dia bagi seorang yang berumur 24 tahun? Admin sangat kagum tengok dia masa dia mula2 masuk bilik untuk mendaftar. Banyak kali pandang, betul ke tu peserta bertanding, ke hadirin hadirat yang nak teman kawan audition? Lawa wei....persis Ariadna Guttierez. Catwalk dan communication skills memang letop juga. Kalau belum kawin, join pertandingan Miss, pasti letop #SembahRatu

Sharon Gill, 32 tahun, berasal dari Sabah tapi kini menetap di Kuala Lumpur. Seorang professional model, rasanya paling tinggi yang datang audition. Sekali pandang persis Deborah Henry. Rupanya dia pemenang I AM NEXT SUPERMODEL 2018 anjuran Amber Chia. Bukan calang2 model ni. Banyak big modeling job dia dapat berdasarkan instagram dia. Adakah dia bakal pemenang? Kita tunggu dan lihat.

Martha Mervy Kulen, 40 tahun, berasal dari Sarawak. Admin tengok dia ada auranya tersendiri. Bila admin tengok profile dia, wow super impressive. Selain pemilik Clean Cut Meal, Kuching, beliau juga seorang Certified Fitness Trainer, Athlete Body Builder, Bodybuilding & Physique State Judge and Volunteer for several Charity NGO's in Sarawak. Pageant wise terutama bab catwalk, dia memang zero, tapi bila dia buka mulut dia bercakap, semua akan dengar. Itulah ciri2 Mrs World yang ada pada dia. Adakah dia bakal jadi surprise contender di malam Grand Final?

Ada lagi banyak peserta yang lawa dan berprofile tinggi, tapi admin tak sempat nak culik satu2 untuk interview. Nanti masa final harap Mrs Malaysia World Sdn Bhd sudi jemput MBPFC lagi untuk cover Pageant Week & Grand Final. Terima kasih banyak2 sebab sudi jemput MBPFC untuk cover Audition & Press Conference Mrs Malaysia World 2019/2020. Bagi admin lah, ni baru Audition & Press Conference, pun dan letop cara pengendalian permulaan pertandingan ini. Admin tak sabar untuk menyaksikan pageant week dan malam akhir nanti. Tahniah kepada penganjur Mrs Malaysia World 2019/2020 Dato Dr Kattayat Mohandas & Datin Harveen Kaur kerana berjaya menyediakan platform yang sangat berprestij seperti ini. 

Barisan penganjur dan penaja utama Mrs Malaysia World 2019/2020

Mrs Malaysia World 2019/2020 akan mewakili Malaysia ke Mrs World 2020 yang akan diadakan di Las Vegas tahun hadapan. Pemenang akan menerima wang tunai RM10,000 dan crown daripada Mrs Malaysia World Sdn Bhd, peninapan 3 hari 2 malam di Pavilion Hotel KL, Beauty Treatments daripada Dr Alice Wellness Centre, Barangan kosmetic daripada Carrisa Collection, Mindset Training and Personalised Public Speaking Skills training dari Jenn Hapa, Fitness and Toning classes dari AMP Burnfit Fitness, Grooming and Personalised Hair Workshop dari La Diva Hair and Make-Up Beauty Saloon, Self Defence Lessons dari Karacardio, personalised catwalk sessions dari Lets Walk Academy, Evening Wear dan National Costume tajaan designer terkenal Malaysia untuk digayakan semasa Mrs World 2020 di Las Vegas.


Official Media Partner Mrs Malaysia World 2019/2020
Malaysian Beauty Pageant Fan Club
#MBPFC

Admin XXX : 17.09.2019






Comments

Popular Posts