Rozita Che Wan - "Kami jadi Miss Malaysia 1992, Zain baru darjah 2".

Rozita Che Wan bukanlah nama asing lagi dalam kalangan peminat seni tanah air. Walaupun sudah berusia 46 tahun wajah Che Ta masih lagi nampak muda dan penampilannya sentiasa anggun dan cantik. Bekas pramugari ini sangat popular suatu tika dahulu dalam sitkom Kiah Pekasam. Tetapi, ramai yang tidah tahu bahawa Che Ta suatu tika dahulu pernah menyertai pertandingan ratu cantik yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1992.

Miss South East Asia Queen yang berlangsung pada 26 Julai 1992 di Hotel Crown Princess , Kuala Lumpur telah dianjurkan oleh D'Touch Promotion. Mengikut sumber daripada realitiabadi, Che Ta juga adalah merupakan Miss Malaysia Intercontinental 1992. Bagi pertandingan Miss South East Asia Queen 1992 ini, Che Ta telah berjaya menggondol subsidiary title iaitu Miss Agfa Color Photogenic dan Miss A O Winning Look. Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang tempat, namun tidak dinafikan kecantikan Che Ta sebagai antara gadis melayu yang memiliki aura ratu dan juga kecantikannya sukar disangkal lagi. Pada pertandingan ini juga terdapat seorang peserta daripada Brunei iaitu Kristina Rahman. Seperti biasa bagi pertandingan Miss South East Asia Queen ini Philippines menjadi JUARA.



Che Ta semasa menajdi cover majalah remaja

Che Ta ada menasihati sesiapa yang masih single dan belum bertemu jodoh seperti di bawah.


Comments

Popular Posts