Mel Dequanne Abar - Miss Grand Penampang 2019
MEL DEQUANNE ABAR
MISS GRAND PENAMPANG 2019
CREDIT
Photo : @gideongys
MUA : @@muah_joypare
Harido : @jason_chon
Evening Gown : @sierra_couture
Miss Grand Penampang 2019 memilki aura dan penampilan persis sang ratu yang sebenar. MBPFC gemar menggelarkan Mel Dequanne sebagai Mel De'Queen. Walaupun baru berusia 20 tahun dan dikira masih hijau dalam dunia peragaan mahupun ratu cantik, De'Queen kelihatan begitu bersedia bagi mengharungi Pageant Week Miss Grand Sabah 2019. Seandainya tuah tidak memihak kepad gadis dengan berketinggian 175cm ini untuk edisi 2019, MBPFC berharap agar De'Queen terus fokus dan memperkemaskan diri untuk pertandingan yang lebih besar lagi pada masa hadapan. Mel Dequanne Abar boleh dikategorikan sebagai mutiara pelapis ratu cantik Sabah & Malaysia.
Pada edisi Miss Grand Penampang 2019, De'Queen yang masih menuntut dalam bidang Diploma Perbankan di UITM Sabah telah menggondol Best Public Speaking Award. Hal ini menggambarkan bahawa Mel De'Queen seorang yang memiliki kebolehan dalam berucap. Bercita-cita untuk menjadi seorang usahawanita yang berjaya Mel De'Queen yang gemar memasak ini pasti akan membawa sinar baru dunia ratu cantik di Sabah. MBPFC berharap agar team disebalik Mel De'Queen akan lebih berkerja keras menghasilkan Mel Dequanne menjadi De'Queen yang sebenar buat Sabah dan Malaysia.
MBPFC yakin dengan tunjuk ajar dan latihan yang berterusan sudah pasti Mel akan membawa hasil yang akan membanggakan nama Sabah dan juga Malaysia suatu hari nanti. MBPFC mengucapkan selamat maju jaya dan sentiasa lakukan yang terbaik demi pencapaian yang terbaik.
Keyword : Miss Grand Sabah , Miss Grand Malaysia , Miss Grand Penampang , MBPFC
Comments
Post a Comment