Sensasi EG & NatCos Sammy

Apabila Pageant Lovers (PL)  & Haters bergabung

Hello uolss.  Gempak seantero alam gitu kan lepas MUMO mempersembahkan Evening Gown & National Costume (NatCos) Sammy semalam.  Panas membara,  kecoh di sana sini, itu belum KakPetir kira & senaraikan satu-satu berapa banyak portal yang menyiarkan berita dan gambar Sammy dengan NatCos nasi lemak ciptaan pereka meningkat naik,  Brian Khoo. Komen kat portal2 tentang NatCos Sammy pun meriah kan uolss....ramai yang memuji tapi ada juga yang mengeji dan menghina. Abes semua keluar acah2 expert fesyen,  fashion designer wannabe & fashion designer suam-suam kuku mengeluarkan pandangan masing-masing nak menumpang glamor semangkuk uolss..😂




Namun KakPetir puji Pageant Lover (PL) & fan sejati pageant tempatan yang tak terikut-ikut perangai tak semenggah beberapa fans pageant separuh masak,  fashion designer berangan world class dengan pensyarah cum pengkritik fesyen tempatan sendu yang yang hanya timbul/muncul/menyalak bila ada designer yang berani tampil ke depan untuk sponsor Sammy dan tunjuk hasilnya. Bila kawan2 geng pereka diaorang yang terpilih atau dapat job design untuk Miss Malaysia Universe atau seleberiti gah,  senyap sunyi tak ada langsung kritikan walaupun hasilnya nan hado hazabullah. Tapi bila bukan geng diaorang yang dapat job apalagi designer baru,  habis dijejeh, dipersenda hasil creation diaorang macam la hasil keja dia bertaraf Christian Dior or Chanel.




Bagi KakPetir diaorang ini adalah PARASIT yang sebenarnya merosakkan industri fesyen negara & hanya nak menumpang populariti NatCos Nasi Lemak Sammy jek.  Apa sumbangan dan kejayaan besar diaorang pada industri fesyen negara pun langsung tak tercatat dalam mana2 media & tak diketahui umum, hanya harapkan glamor & perasan diva kritik sana sini macam hasil kerja diaorang bertaraf dunia kan. Tak pernah pulak kita dengar pereka fesyen kelahiran Malaysia yang bertaraf dunia macam Jimmy Choo, Zang Toi (New York),  Bernard Chandran (UK) even fashion mogul Malaysia, Farah Khan yang mempunyai empayar jenama fashion antara terkemuka Asia yang pernah mendabik dada mengecam & mempersenda hasil rekaan pereka lain secara terbuka. Ini baru berjaya dalam circle selebriti Malaysia & VIP tempatan &  pernah muncul kat TV sekali dua or even menulis dalam ruangan fesyen majalah tempatan,  lagak kalahkan Michael Kors  & Nina Garcia. Perangai hadek2 sangat kan uolss. Bukanlah maksud KakPetir, Brian Khoo & hasil EG & NatCos untuk Sammy tu,  langsung tak boleh dikritik & dicuit apalagi ia babitkan nama negara,  tapi kritiklah dengan membina,  beri cadangan & solusi penambah baikan,  tak pun offer diri untuk bantu mana yang patut sebab Sammy bawa nama Malaysia,  Sammy rakyat Malaysia. Kalau mereka jujur nak tengok hasil terbaik,  apa salahnya contact MUMO beri cadangan,  KakPetir yakin MUMO terbuka & mengalu-alukan sebarang input.  Ini tidak mulot puakanya, hasad dengki & perangai lebih jahat dari warga luar yang sah2 tak suka kita. Kita patut malu kerana kalau di Thailand & Indonesia,  pelbagai pihak tampil bersatu & berganding bahu dari budayawannya sampailah ke ahli akademik,  pereka fesyen,  peminat pageant dan hartawan semua bersatu demi untuk menghasilkan rekaan NatCos yang gah & indah.  Tapi tengoklah kita, dari pereka fesyennya sampailah ahli akademiknya saling menjatuhkan, mempersenda, tak bersatu & hanya pandai mencari salah silap orang. Ok bab haters done.  😂



KakPetir bersama Ratu Mestikah Joseph Montenegro semalam sebenarnya sempat hadir dan menyaksikan sendiri dengan mata diva kami ketika sidang media MUMO mempersembahkan EG & NatCos Sammy. Jujurnya, KakPetir dengan Ratu Mestikah pun bukanlah orang yang senang nak rasa teruja tak tentu pasal kalau hasil depan mata nan hado & hawok uolss.  Apa yang boleh KakPetir cakap EG merah membara Sammy is very Sammy to the max. Seksi, Sensasi & a breath of fresh air gitu kaedahnya.  KakPetir dengan Ratu Mestikah sujud syukur uolss,  EG kali ini bukan gaya recycle potongan gaya EG ratu kita yang sudah2 especially mermaid atau gaya kegemaran ramai, EG ala2 baju penggantin glamor yang sarat dengan segala biji, batu permata & manik sampai ratu nak berjalan pun susah sebab terlalu berat. Biar KakPetir beri perumpaan gambarkan EG Sammy ni,  makin lama dipandang makin meletopp uolsss.








KakPetir akui mula2 apabila Sammy berjalan masuk ke auditorium dengan EG merah menyala ciptaan Brian Khoo tu,  KakPetir dengan Ratu Mestikah saling berpandangan sambil berbisik,  camni ke rupa EG Sammy. Namun,  apabila makin ditenung,  dibelek,  dianalisa dan dipandang dari dekat,  EG Sammy mempesonakan uolss. Apa yang menaikkan EG tu adalah aura ratu Sammy yang membuatkan ia gah, fierce & tak jemu dipandang. Taburan batu kristal Swarovski juga dibuat dengan cermat di beberapa bahagian tertentu & tastefully done gitu. EG ini bagi KakPetir ada jiwa Sammy written all over it gitu.  Saling melengkapi. The EG is not wearing Sammy sebaliknya Sammy is wearing the EG kaedahnya.  Akhirnya, KakPetir & Ratu Mestikah memahami yang Brian Khoo telah membuat EG untuk Sammy dengan personaliti dan jiwa Sammy diletakkan sebagai penanda arasnya. Ada juga fans yang kata peha dan betis Sammy kelihatan besar memakai rekaan yang mempunyai belahan serong sehingga ke pinggang tu, tapi percayalah pictures don't give justice to Sammy & her EG gitu. KakPetir saksikan sendiri depan mata hakak dan Ratu Mestikah,  ketika Sammy memperagakan EG merah tu,  peha Sammy tak adalah sebesar yang kita semua tengok dan percaya apabila tengok gambar Sammy. Peha Sammy is just nice & sama seperti gadis2 biasa yang dan sesuai dengan tubuh badan Sammy. Cuma KakPetir berharap Sammy akan all out semasa prelims nanti gayakan EG merah meletop ni dengan penuh fierce supaya fans dapat melihat sendiri kehebatan EG yang memang dibuat untuk menghasilkan kesan dramatik lagi sensasi ketika digayakan di pentas MU nanti apalagi Sammy mengaku betul2 puas hati dengan hasil EG merah menyala ni.







KakPetir dan Ratu Mestikah memang mengaku,  kami berdua agak kurang terkesima apabila Sammy memperagakan NatCos Nasi Lemaknya semalam.  Rasanya macam ada something is missing selain kekurangan wow factor secara keseluruhannya, walaupun NatCos tu sebenarnya dihasilkan penuh teliti dengan 30,000 taburan manik seperti butir beras itu dijahit tangan satu persatu sehingga siap bahagian bodice nya.  Itu belum masuk ikan bilis yang dibuat menggunakan besi boleh lentur, pelbagai saiz manik bertona merah dan coklat untuk menggambarkan sambal tumis dan kacang tanah,  selain telur mata dan timun yang dijahit tangan.  Namun sama seperti EG merah menyala Sammy, apabila KakPetir dan Ratu Mestikah diberi peluang menatap dari dekat NatCos Sammy selepas sidang media selesai semalam,  barulah kami nampak dengan lebih jelas details yang dihasilkan sebenarnya nampak cantik, serasi bersama dan sangat hidup. Walaupun ramai mengkritik NatCos Sammy ini dikata bagai student project dan tafsiran secara harafiah/mudah ala2 direct translation dari bungkusan nasi lemak terus ke costume tanpa ada tafsiran estetika & pemahaman budaya bla bla bla bla,..nak songket bla bla bla... Patut guna sanggul lintang.. bla bla bla.. .patut guna Raflessia atau benda lebih gah.. bla bla bla... Ahhhh persetankan semua tu.  Bila masa pulak Miss Universe ni jadi pertandingan Mari Mempertahankan Pakaian Tradisi kan uolss, sampai setiap manik kena ada bawa pengertian mendalam seni budaya. Motif sangat kan.  Namun KakPetir dan Ratu Mestikah sendiri semalam sudah sampaikan komen2 dan kebimbangan fans & PL sejati pageant kita yang mahu beberapa penambah baikan dilakukan kepada MUMO dan National Director MUMO,  Datin Elaine Daly. Malah Datin Elaine sendiri bertanyakan pandangan jujur fans MBPFC tau terhadap NatCos Sammy semalam,  supaya dapat dibuat beberapa penambah baikan.




Elaine Daly juga berkongsi dengan KakPetir dan Ratu Mestikah bahawa NatCos yang dipertontonkan semalam bukanlah hasil akhir kerana ada beberapa aksesori lagi yang sepatutnya dipakai Sammy untuk final look NatCos Nasi Lemak ini dan antara hint yang diberikan termasuklah head piece moden bergemerlapan. Elain berkata,  MUMO juga sebenarnya ingin mendengar respond & komen2 jujur PL dan fans terhadap NatCos Nasi Lemak Sammy dan mungkin akan mempertimbangkan cadangan yang bernas untuk diaplikasikan ke atas NatCos Sammy.




Elaine Daly juga memaklumkan KakPetir dan Ratu Mestikah, Sammy akan mengayakan EG merah menyala yang dipertontonkan semalam ketika prelims Miss Universe bulan depan. Namun Elaine enggan berkongsi perincian Secret EG Sammy yang turut dihasilkan Brian Khoo namun menjanjikan ia tidak akan mengecewakan sama sekali.  Menurut sumber yang KakPetir risik2 semalam, EG  Secret  Sammy itu bakal membikin sensasi sekali lagi jika ia dipertontonkan di pentas MU nanti.






Apa yang KakPetir nak puji ratu yang dihasilkan MUMO terutama Sammy semalam adalah attitude dia yang tidak penat2 melayan dan sentiasa tersenyum manis ketika melayan segala permintaan wakil media, blogger, portal, wakil sponsors dan undangan khas dari sesi temuramah berasingan dengan setiap wakil media sehinggalah photosboot berasingan yang diminta setiap media,  itu tak termasuk selfie dengan setiap tetamu yang hadir. Malah Sammy tak lekang menyapa semua tetamu yang hadir.  Apa yang pasti KakPetir dan Ratu Mestikah memerhati dengan penuh teliti setiap tingkah laku Sammy yang berdiri memperaga EG dan National Costume dan memakai kasut tumit tinggi lebih tiga jam semalam tanpa duduk dan sedikit pun tidak nampak letih langsung selain sentiasa bersedia untuk fotonya diambil,  malah Sammy semalam setia memakai NatCos dengan dedaunan pisang itu sehingga tetamu yang terakhir meminta diri pulang.  So uols sendiri nilaikan sendiri sikap sebenar & kekentalan jiwa wanita bernama Sammy ini.





KakPetir dimaklumkan MUMO Sammy akan menjalani beberapa persediaan secara lebih intensif termasuk kelas catwalk menjelang tarikh penerbangannya ke Las Vegas yang dijangka antara 10 dan 11 November ini iaitu Jumaat atau Sabtu minggu depan.  Tarikh sebenar akan diumumkan MUMO tidak lama lagi. Kepada MUMO,  congrats kerana NatCos Sammy sekali lagi viral & meletop selain menjadi topik diskusi bukan sahaja di saluran radio terkenal tanahair,  ERA. Fm yang meminta pendengar berkongsi pendapat mengenai NatCos Samny di udara semalam malah hebat didebat di laman sosial dan kedai kopi seluruh negara.  Kepada Sammy,  u go girl & buktikan kepada semua kebolehan sebenar u kepada dunia.


KakPetir: Sammy sangat gojes.  EG meletop. NatCos unik & memorable.  Hanya mampu berdoa masa Malaysia akan tiba akhirnya.

Comments

  1. Betul tuu hakakkkk..love writing hakak bout all...from sy Zher Tayron....mmuaahxxx

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ 💗.. Jangan lupa terus support Sammy tau Zher Tayron 😘

      Delete
  2. The most iconic national Costume in the Miss Malaysia history the details is art of majestical really creative congratulations to all of creative people to make this memorable

    ReplyDelete
  3. Sya seorng peminat pageant lover Saya Tau betap sukar untuk kite nak puaskn hati semua pihak kerana semua inginkan yang terbaik semua mahu yang TERINDAH APA APA pun sokonglah wakil kite sokonglah kerana Sammy bawa nama malay sia Ke salah satu pertandingan paling bersejarah dalam arena seni pageant iaitu miss universe bersama kite layarkan kata kata pemangkin semangat pada wakil kite kalau bukan kite siapa lagi bersatu demi Malaysia tercinta Mana Tau Malaysia the time it's come sekali lagi syabassssss kepada pereka yang berjaya mengundang berjutaaaaa pandangan Mata untuk melihat keindahan sebuah iconic national Costume most beloved food by Malaysia people it "NASI LEMAK"😊.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol uols, bukan mudah nak puaskan hati semua kan, padahal designer dah bertungkus lumus hasilkan yang ferbaik. So kita tunggu apa kejutan bakal dilakukan Sammy, Insya Allah. 😘

      Delete
    2. KALAU bukan kite siapa lagi nak sokong wakil sendiri 😉doa yang Baik Baik saje semoga Sammy kekal DENGAN momentum yang va va voommmm gitu 😊

      Delete
  4. Saya dh lihat difb mbpfc meriah betul ramai datang bagi sokongan bersemangat tngok Sammy tadi taniah kepada team mbpfc yg super supportive memberikan liputan terbaik untuk pencinta dunia pageant sesungguhnya kite bukan kuasa besar beauty kite pun tak diberi liputan Maha hebat seperti Negara lain tpi kite cuma mengharapkan Sammy kekal sihat semangat ceria membawa nama MALAYSIA Ke pentas bersejarah itu THE TIME WILL COME

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts