Mengenali Miss Universe Malaysia 2016 dengan lebih dekat. Siapakah Kiran Jassal?









     Kiran Jassal atau nama sebenar Kiranmeet Kaur Baljeet Singh Jassal telah dilahirkan pada 11 Mac 1996. Gadis yang berketinggian 174cm ini menetap di Kuala Lumpur. Anak bongsu daripada 4 orang adik beradik ini mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi pada suatu hari ini. Setelah tamat pendidikan A-Level di Kolej Tunku Jaafar, Kiran sepatutnya menyambungkan pelajaran dalam bidang pergigian di intenational Medical University. Namun, apabila beliau berjaya merangkul tahta sebagai Miss Universe Malaysia 2016 niat murni itu terpaksa ditangguh buat sementara waktu. Untuk maklumat kita semua ibu Kiran iaitu Ranjit Kaur juga merupakan seorang ratu cantik apabila memenangi Mrs Malaysia World 2015. Kakaknya juga iaitu Ranmeet Jassal merupakan seorang ratu cantik dan telah mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Grand International 2016.

     Pada tanggal 30 Januari 2016 Kiran telah dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2016 di Palace of the Golden Horses Hotel, Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. Selain memenangi gelaran utama Miss Universe Malaysia Kiran juga telah memenangi anugerah sampingan iaitu Miss My Dentist Winning Smile dan People's Choice Award dari Malaysian Beauty Pageant facnclub melalui sistem undian. Memiliki tubuh yang tinggi lampai, senyuman menawan dan begitu mesra apabila bertemu adalah tidak mustahil Kiran akan berjaya memecah kebuntuan Malaysia untuk mara ke top 15 Miss Universe edisi ke 65 di Manila , Philipphines pada 30 Januari 2017.


     Duta Malaysian AIDS Foundation ini telah melalui latihan yang intensif di bawah seliaan National Director Miss Universe Malaysia , Elaine Daly. Saban hari para peminat Kiran tidak kira di Malaysia atau pun di luar negara mengikuti perkembangan beliau dengan lebih dekat di akaun Instagram miliknya iaitu @kiranjasaal atau pun di facebook page Miss Universe Malaysia. 

     Daripada pandangan penulis, Kiran Jasal mempunyai potensi dan peluang yang cerah untuk memasuki ke top 15 tetapi segalanya terpulang kepada cara pembawakan diri beliau semasa di Manila nanti dan juga semasa preliminary round. Wardrobe dan make-up dan hairdo yang sesuai juga menjadi penentu kepada kejayaan Kiran di Manila nanti. Jika kita imbau peristiwa lampau akan peserta Miss Universe Malaysia kebanyakaannya mempunyai potensi untuk mara dengan lebih jauh namun kelemahan dan sikap acuh tak acuh dalam penyediaan EG dan wardrobe yang sesuai memusnahkan segala impian yang dibina. Para peminat amat-amat berharap agar EG dan National Costume yang akan disediakan oleh team RR yang bakal dipertontonkan pada 5 Januari 2017 akan benar-benar sesuai dan luar biasa hasilnya. 



     Mengikut pandangan peminat ratu cantik tanah air terdapat beberapa faktor yang harus dibaiki oleh Kiran Jassal sebelum berangkat ke Manila. Antaranya :- 

i. penyediaan pakaian atau wardrobe yang sesuai semasa di Manila. Pakaian yang disediakan hendaklah lari dari imej Kiran yang agak "remaja" dan keanak-anakan tetapi harus kelihatan lebih segar, feminin dan matang. 
ii. cara catwalk Kiran perlu lebih yakin dan benar-benar memberi impak semasa di atas pentas. 
ii. Kiran harus lebih bersedia setiap ketika sama ada di depan jurufoto atau pun di belakang jurufoto. iv. Pembawakan diri yang lebih anggun , matang dan lebih mesra dengan semua peminat tidak kira sama ada secara nyata atau pun maya. Jika dilihat Kiran agak kurang mesra dengan para peminat di alam maya. Beliau amat jarang atau pun tidak pernah untuk berkomunikasi bersama pengikut setianya di akaun instagram atau pun facebook nya. 
v. lebih berfiiran terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran peminat beauty pageant tanah air kera ada dalam kalangan peminat sudah berpuluh tahun mengikut perkembangan pageant dunia.

Kami di Malaysian Beauty Pagent Fanclub mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA buat Kiran Jassal dan #nevergive up untuk terus berusaha menaikkan nama Malaysia di mata dunia. 



 p/s segala cadangan bolehlah email ke malaysianbeuatypageantfanclub@gmail.com atau di facebook page #mbpfc

sumber : wikipedia, google, Miss Universe Malaysia facebook page

Comments

Popular Posts